Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas! Bagi mak-mak penggemar sambal ikan, jika selalu kita masak sambal merah biasa, boleh cuba kelainan buat Ikan Sambal Thailand ini. Guna apa-apa ikan pun boleh, yang penting goreng terlebh dahulu. Memang sedap, makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi Sambal Ikan Thailand yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini sebagai panduan;
Ikan Sambal Thailand
Bahan-Bahan:
Ikan (digoreng)
10 biji cili padi
3 biji cili besar hijau
1 biji tomato
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai (hiris serong)
Daun limau purut
2 sudu makan Sos cili
2 sudu makan Sos tiram
Mushroom seasoning/secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu Gula somtan
1 biji Limau nipis
Hirisan bawang merah
Cara Membuat:
1.Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2.Bahan utama. Kalau nak pedas lagi tambah lebih. Semua bahan ni pakai chooper. Kalau tak ada chooper pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil dia jadi kasar.
3.Pakai minyak goreng ikan tadi je. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu Maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.
4.Masukkan hirisan serai.
5.Masukkan daun limau. Batang tengah buang okeh, nanti pahit.
6.Masukkan pula sos cili.
Ads
7.Kemudian masukkan pula sos tiram.
8.Mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama je.
9.Masukkan sos ikan.
10.Masukkan Gula somtan.
11.Masukkan pula Limau nipis. Gaul rata. Tak yah garam dah, sebab sos ikan tu masin.
Kalau mak-mak nak dapatkan kulit sihat dan cantik seiring dengan amalan berpuasa ini. Mak-mak kenalah usaha amal jus resepi awet muda waktu buka puasa ini.
Tak perlu dah nak telan kolagen bagai. Cuma amal secara konsisten. Hasilnya, tengok kulit wajah Nurasykin Ali ini.. flawless lagi mulus.
“Apa kata dari ibu-ibu buka puasa minum air manis lemak dan gula tinggi macam air sirap, teh ais, bandung. Baik ibu cuba Jus Awet Muda ini.”
So simple dan sedap! Bukan takat awet muda je tau, susu badan ibu pun jadi banyak.
Kak ekin guna bahan dari ulam pegaga, epal lemon dan madu.
Selain minuman ni baik untuk ibu, jus ni pun sangat baik untuk suami.
Khasiat pegaga tu sangat lah banyak. Buatkan ibu awet muda sebab pegaga ni dapat suburkan rambut, bina kolagen secara semulajadi, tingkat tenaga, lancarkan peredaran darah, penghadaman dan macam-macam lah.
Ok jom cikidaut bahan dan cara buat Jus awet Muda.
Cara Buat Jus Awet Muda
Bahan pegaga, epal, madu dan air.
Blend kan semua bahan.
Tapis pegaga untuk ambil airnya. Kalau dapat makan serat-serat ni lagi bagus. Senang nak membuang.
Jus pegaga yang penuh khasiat. Letak beberapa ketul ais dan madu untuk rasa lebih segar.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.
Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:
Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.
2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.
4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.
5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.
6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.
Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...