KL bandar ketiga ‘kuat bekerja’ di dunia, berkorban masa, tenaga demi sesuap nasi. Kehidupan di ibu kota semakin hari semakin mencabar. Apatah lagi hari ini bahan mentah terutama makanan harganya naik mendadak.
Warga Kuala Lumpur sememangnya terkesan dengan pelbagai kenaikan harga. Pastinya keadaan ini menyebabkan ramai pekerja berada dalam tekanan.
KL Bandar Ketiga ‘Kuat Bekerja’ Di Dunia
Terbaru mengikut laporan kajian yang diterbitkan oleh Bloomberg, menunjukkan Kuala Lumpur berada di tangga ketiga sebagai bandar paling ‘overworked’ atau terlebih berkerja di dunia selepai Dubai dan Hong Kong.
Kuala Lumpur, bandar lebih 1 juta penduduk telah disenaraikan sebagai bandar ketiga daripada 100 bandar paling kuat bekerja selepas Dubai dan Hong Kong.
Kemungkinan Pekerja Dari Malaysia Akan Berpindah
Menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat teknologi akses mudah alih Kisi ini menilai bandar-bandar di seluruh dunia untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.
Ia mengkaji 51 kawasan bandar di AS dan 49 bandar utama di seluruh dunia merentasi lebih daripada 130 faktor — seperti kadar kerja berlebihan, akses kepada penjagaan kesihatan dan metrik keselamatan untuk mengukur intensiti kerja, hak dan kesejahteraan penduduk.
IKLAN
Pekerja dari, Kuala Lumpur, Hong Kong atau Dubai mungkin mahu mempertimbangkan untuk berpindah ke Amsterdam, Buenos Aires, atau Sydney, di mana kurang daripada 10% penduduk di sana bekerja sehingga terlebih masa, menurut kajian itu.
Sememangnya warga KL dan juga rakyat Malaysia sentiasa bekerja keras untuk menambah pendapatan demi sesuap nasi.
Ramai pelajar terkandas di institut pengajian tinggi masing-masing apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Prihatin dengan masalah mereka, pihak kerajaan mengambil jalan tengah dengan memberi bantuan makanan kepada pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.
Namun begitu, ada segentir pelajar meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti makanan yang diberikan. Luahan ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat dan melabelkan mereka sebagai tak bersyukur.
Sebaliknya meminta mereka sentiasa bersyukur walau nikmat tak seperti diimpi kerana ada orang lain lebih teruk keadaannya.
Saya tertarik dengan satu posting mengenai makanan yang disediakan oleh sebuah universiti kepada pelajar yang tinggal di asrama disebabkan oleh PKP. Posting oleh pelajar tersebut menunjukkan kekecewaannya terhadap kualiti makanan yang telah disediakan kepadanya.
Percayalah, makanan sebegitu bagi saya sudah cukup sempurna sekali. Masih lagi saya teringat ketika saya belajar Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau, Perlis bagi tempoh 1998 hingga 2000.
Ketika itu, makanan disediakan bagi setiap pelajar, yang meliputi sarapan pagi, tengahari dan makan malam. Saya rasa sungguh bersyukur sekali, lebih-lebih lagi pinjaman PTPTN hanya disediakan ketika saya berada di semester terakhir pengajian (Semester 6).
Telan Juga Sebab Faktor Kewangan
Saya akui, ada ketikanya menu yang disediakan agak kurang menarik, iaitu ‘ikan jaket’ pada setiap hari Jumaat. Keadaan dewan makan akan menjadi lenggang. Ada pelajar yang makan di gerai makan berbayar di dalam kawasan kampus.
Saya juga ada keinginan untuk makan di gerai tersebut, tetapi disebabkan oleh faktor kewangan yang terhad, saya relakan jua untuk menikmati juadah ‘ikan jaket’ tersebut.
Hendak minta duit dengan ayah saya, rasa seganlah pula, memandangkan adik beradik saya seramai tujuh orang, ada yang sudah berada di universiti dan lain-lain masih lagi bersekolah.
Bagi saya, kita perlulah sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah kita perolehi, walaupun nikmat tersebut mungkin tidak seperti apa yang kita impikan. Ketahuilah, pasti ada di antara kita yang menikmati juadah yang lebih lagi kurang sempurnanya berbanding dengan gambar makanan di dalam posting tersebut pada setiap hari.
Renung-renungkan:
Renung-renungkanlah ayat Al-Quran ini dan sentiasalah menjadi seorang yang selalu bersyukur:
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
P/s: Saya dimaklumkan bahawa pihak universiti terbabit telah menafikan akan dakwaan posting tersebut dan ianya dianggap sebagai satu fitnah semata-mata.
MW: Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Beringatlah bahawa ada sesetengah orang tak dapat menjamah makanan kerana tiada wang seterusnya terpaksa berlapar.
Pakar Fertiliti dan Sakit Puan di Pusat Kesuburan Sophea, Dr Salleha Khalid menjelaskan disebabkan Covid-19, banyak persatuan kesuburan seluruh dunia termasuklah American Society for Reproductive Medicine (ASRM), British Fertility Society (BFS) dan European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE) telah menasihatkan agar rawatan kesuburan ditangguhkan buat sementara waktu.
Mengapa Rawatan Perlu dihentikan Seketika?
Ujarnya lagi, keadaan sekarang ini amat merisaukan banyak pihak disebabkan virus Covid-19 adalah virus baru, maka maklumat yang sedia ada teramat terhad.
Namun begitu, setakat ini memang tiada data yang menyatakan bahawa ibu yang dijangkiti Covid-19 boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan sehingga mengakibatkan kecacatan kepada bayi di dalam kandungan.
Covid-19 tidak seperti virus Zika, ini kerana virus Zika boleh menyebabkan bayi dilahirkan mengalami kecacatan.
Data yang ada setakat ini menunjukkan bagi ibu yang dijangkiti Covid-19, bayi di dalam kandungan terselamat dari jangkitan virus. Bayi tersebut tidak dijangkiti oleh Covid-19. Ini bermaksud ianya tidak berjangkit dari ibu ke bayi (vertical transmission).
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Covid-19 juga dilaporkan sihat. Tiada juga data setakat ini yang menyatakan ibu yang dijangkiti Covid-19 mempunyai lebih risiko untuk mengalami keguguran atau melahirkan bayi pramatang.
Pakar Fertiliti dan Sakit Puan di Pusat Kesuburan Sophea, Dr Salleha Khalid
Jadi Mengapa Rawatan Kesuburan Tidak Diteruskan?
Saranan persatuan kesuburan seluruh dunia agar rawatan kesuburan dihentikan seketika adalah kerana telah diketahui umum sebelum ini bahawa wanita yang mengandung mempunyai tahap ketahanan melawan penyakit (immunity) yang lebih rendah jika di bandingkan dengan wanita yang tidak mengandung.
Oleh itu, secara dasarnya, wanita yang mengandung lebih terdedah kepada jangkitan kuman, termasuklah Covid-19.
Tambahan pula, ubat anti-viral yang digunakan untuk mengubati pesakit ada yang tidak boleh diberikan pada wanita yang mengandung kerana risiko terhadap bayi di dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, setakat ini wanita yang mengandung dan dijangkiti Covid-19 tidak mengalami tahap jangkitan yang lebih serius berbanding dengan orang lain.
Mengapakah Tidak Dihalang Semua Wanita Agar Jangan Mengandung?
Jelas Dr Salleha lagi, rawatan kesuburan adalah rawatan perubatan. Sepertimana rawatan perubatan lain, ia boleh dirancang dan dihentikan buat seketika waktu.
Kandungan yang berlaku secara normal kebanyakannya tidak dirancang dan tidak boleh dihentikan. Maka adalah hampir mustahil untuk menghalang wanita untuk mengandung secara normal.
Pada masa yang sama, kemudahan kesihatan yang ada di hospital-hospital awam dan swasta juga akan berada dalam keadaan tepu dan tidak boleh menampung keperluan yang sedia ada sekiranya wabak ini berterusan.
Kakitangan kesihatan yang berkhidmat di kebanyakan klinik kesuburan dikerah untuk memberikan perkhidmatan mereka merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19. Oleh itu, dengan menangguh rawatan kesuburan dapat memberi ruang supaya sumber terhad yang sedia ada dapat dimanafaatkan sepenuhnya kepada yang lebih memerlukannya pada ketika ini.
Penangguhan rawatan ini tidak hanya terhad kepada rawatan kesuburan, tetapi hampir kesemua rawatan elektif telah terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Adakah Semua Rawatan Kesuburan Perlu Dihentikan?
Ujar Dr Salleha, tidak semua rawatan kesuburan perlu dihentikan. Antara rawatan yang akan diteruskan termasuklah rawatan pembekuan telur atau sperma di kalangan wanita atau lelaki yang akan menerima rawatan kemoterapi kerana kanser.
Bagi mereka yang sedang dalam rawatan juga boleh meneruskan rawatan setelah sepertimana yang telah dirancangkan.
Rawatan kesuburan dalam bentuk pembekuan sperma atau telur boleh diteruskan. Begitu juga bagi wanita yang berusia hampir 40 tahun atau mempunyai rizab telur yang rendah. Ada kemungkinan rawatan kesuburan boleh diteruskan sehingga ke tahap pengambilan telur.
Embrio yang terhasilkan akan dibekukan buat ketika ini dan akan diletakkan ke dalam rahim melalui Frozen Embrio Transfer (FET) ketika waktu kembali tenang.
Sekurang-kurangnya sehingga wabak ini berada di dalam kawalan dan risiko bagi ibu yang mengandung adalah pada tahap minima.
Oleh itu bagi wanita yang belum memulakan rawatan kesuburan, rawatan ini dihentikan buat sementara dahulu. Bagi yang telah memulakan rawatan kesuburan, mereka dinasihatkan untuk membekukan embrio mereka buat ketika ini. Serta melakukan FET bila keadaan lebih terkawal.
FET dan fresh transfer mempunyai tahap kejayaan yang sama. Malah FET adalah salah satu teknik yang biasa kami lakukan bagi mengelakkan sesetengah pesakit mengalami hyperstimulasi atau lebih dikenali sebagai OHSS (Ovarian Hyperstimulation Syndrome).
Adakah Virus Covid-19 Memberi Kesan Pada Telur Atau Sperma?
Tiada data yang menyatakan covid-19 akan memberi kesan kepada kesuburan atau kepada kualiti telur dan sperma. Semestinya ramai yang terasa hampa dan sedih atas apa yang berlaku sekarang. Ada yang merasakan dugaan ini teramat berat untuk dipikul. Wabak yang berlaku kini tidak ada siapa yang menjangkakan sehingga ke tahap ini. Ini semua diluar jangkaan.
Namun setiap pasangan mempunyai keadaan dan situasi yang berbeza. Setiap klinik kesuburan juga mengamalkan prinsip rawatan yang berbeza. Adalah dinasihatkan agar setiap pasangan mendapatkan nasihat dan pendapat doktor pakar sebelum membuat sebarang keputusan mengenai rawatan kesuburan.
Pada masa yang sama, sambil kita menunggu agar risiko jangkitan berada dalam tahap yang lebih terkawal, jangan lupa amalkan gaya hidup yang sihat. Makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman walaupun di rumah. Jangan lupa ubat Folic Acid dan Vitamin D sebagai persediaan bagi bakal ibu.
Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.
Dr Salleha Khalid merupakan Pakar Fertiliti dan Sakit Puan di Pusat Kesuburan Sophea dan pada masa yang sama turut menulis berkenaan isu kesuburan di www.kernamu.com
Selama ini, Laila hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut tentang lembaga yang gemar menumpang pemandu kereta yang bersendirian. Setiap kali orang bercerita, pasti Laila menganggap ianya sekadar imaginasi kerana mereka tiada bukti dan tiada saksi lain yang mengakui cerita tersebut benar-benar sahih. Sehinggalah suatu malam dia mengalaminya sendiri.
Kali ini Laila perlu pulang ke kampung kerana ibunya sakit. Mulanya dia ingin memulakan perjalanan selepas Subuh keesokkan harinya. Namun setelah mendapat panggilan daripada adiknya yang ibu sering meracau dan sering memanggil namanya membuatkan Laila tidak berfikir panjang dan terus pulang selepas kerja.
Tugasan yang banyak di pejabat membuatkan Laila kurang tidur sejak seminggu yang lalu. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Laila terasa amat mengantuk. Mengenangkan waktu maghrib hampir tiba, Laila merancang akan berhenti di RNR (RehatdanRawat) yang berdekatan.
Setelah 15 minit meneruskan pemanduan, sayup-sayup kedengaran azan Maghrib dari corong radio. Tidak lama kemudian, hidung Laila menangkap bau yang wangi dari tempat duduk belakang. Bagi Laila, barang kali perasaannya sahaja, maklumlah tak cukup tidur.
Berdiri bulu romanya apabila bau wangi yang dihidunya makin kuat. Laila cuba menguatkan radio untuk mengalihkan perhatian. Tetapi seolah-olah hilang siaran, radio yang dari tadi asyik mendendangkan lagu nasyid sejurus tamat azan, tiba-tiba diam tidak berbunyi.
Bukan sahaja keadaan sunyi, jalan juga gelap-gelita buatkan hati Laila tak tenteram.
Keadaan Sunyi Sepi
Jantung Laila berdegup laju, dalam keadaan tidak cukup nafas Laila membaca Ayat Kursi beberapa kali. Bau wangi tadi tiba-tiba menghilang namun menyusul bau busuk dan Laila sendiri hampir muntah. Laila tetap meneruskan pemanduan tanpa memandang ke belakang. Mulut Laila tak henti-henti membaca Ayat Kursi.
Hinggalah tidak lama kemudian kelihatan RNR yang berdekatan. Hati Laila lega dan beransur tenang. Setelah meletakkan kereta, Laila cuba menguatkan diri mengambil telekung di tempat duduk belakang, alhamdulillah tiada lagi bauan yang memeningkan.
Mujur lembaga itu tidak menampakkan dirinya pada Laila, jika tidak tentu dia tidak mampu mengawal perasaan. Apatah lagi dia perlu meneruskan perjalanan ke utara tanah air. Dalam fikiran Laila, barangkali lembaga itu hanya ingin menumpang seketika dan bukan bertujuan menakutkan Laila.
Usai solat Maghrib, Laila menghubungi adiknya dan mereka berbual sehingga Laila sampai ke kampungnya. Laila bimbang jika berdiam, lembaga tersebut muncul semula. Sejak itu, Laila sering mencari seorang peneman untuk menemaninya pulang ke kampung dan memilih memandu di waktu siang.
Tidak kira dalam pergaulan seharian ataupun medium tanpa sempadan, pasti anda pernah melihat wanita bergelar isteri tanpa rasa segan silu ‘bergurau mesra’ dengan suami orang ataupun lelaki bukan mahram.