Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua usai “rujuk” semula, lupakan kisah dipukul separuh nyawa. Pasti ramai mengingati kisah kekejaman rumahtangga dilalui oleh penyanyi dangdut Lesti Kejora.
Ini kerana dirinya dapat menghidu kecurangan suaminya, Rizki Billar yang kemudian melakukan keganasan rumahtangga dengan mencekik dan memukulnya hingga separuh nyawa dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Dalam kes pasangan ini menjadi tumpuan termasuk Rizki yang hilang banyak job, Lesti dikatakan telah menarik kembali laporan dia dipukul suami dan mereka kembali berbaik dan tinggal bersama kembali walau pun sebelum itu kencang khabar angin mereka bakal berpisah.
Terkini, seakan mahu melupakan kejadian dipukul, dikhabarkan dirinya berbadan dua selepas kembali serumah dengan suaminya. Bahkan pasangan ini sering menunjukkan kemesraan dihadapan awam.
Ads
Saat khabar angin itu bertiup kencang, rakan pengacara Sandy Arifin enggan mengulas khabar angin itu bahkan tersenyum. Bahkan mereka hanya bertanya khabar setiap dua hari sekali dan Lesti memaklumkan kepadanya bahawa dirinya baik-baik sahaja dan keduanya cuba memperbaiki hubungan sedia ada ke arah lebih baik.
Dalam pada itu, pengurus pasangan ini, Aril Lobster atau Boril mengaku belum tahu hal Lesti hamil anak kedua. Tapi kata Boril, dia memohon doa dari semua andai berita ini benar. “Kalau hamil lagi, itu tandanya rezeki. Banyak anak juga rezeki,” katanya.
Dalam pada itu dikhabarkan Lesti ada menemani Rizki bermain bola dan mereka dilihat kerap bersama dan dilihat fokus untuk memperbaiki hubungan satu sama lain.
Ads
“Sekarangkan dapat dilihat keduanya sibuk memperbaiki diri lebih intim satu sama lain. Bahkan mereka juga dilihat lebih gemar cool down dan sama-sama belum aktif di kaca tv.
RAMAI TAK TAHU, SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI JIKA PERDAYA WANITA DALAM PERKAHWINAN. IKUTI PANDANGAN PROF NOOR AZIAH MENGENAI ISU INI.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenangan seumur hidup. Itulah yang boleh digambarkan oleh setiap pengantin baru. Duduk bersanding di atas pelamin yang indah bersama pasangan tercinta.
Persandingan menjadi detik bersejarah dan ditunggu-tunggu oleh setiap mempelai yang mendirikan rumahtangga. Masa inilah sanak saudara jauh dekat dan kawan-kawan datang untuk meraikan. Maklumlah raja sehari dan kenangan seumur hidup.
Namun, kita hanya merancang, Dia Yang Lebih Mengetahui. Ada juga cerita tentang pasangan yang tak sempat untuk bersanding bersama. Lebih menyayat hati bila pasangan pergi semasa inai masih merah di jari.
Walau bagaimanapun, lain pula halnya dengan pengantin lelaki ini. Segalanya telah dirancang dan majlis akan nikah berlangsung dengan penuh kebahagiaan. Tapi, sedihnya bila tiba hari persandingan, pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri tanpa isteri di sisi. Ini pun boleh juga dijadikan kenangan seumur hidup.
.
Menurut Syaf dalam video tiktoknya. Isteri tersayang diuji masalah kesihatan dan terpaksa ditahan di pusat perubatan pada hari persandingan mereka.
Cukup terkilan kerana dia teringin sangat untuk menyarungkan busana songket bersama isteri dan meraikan hari penuh bermakna itu. Dalam video tersebut juga, kelihatan pengantin sebak di pentas pelann dan makan beradab tanpa ditemani isteri.
.
Lagipun, pasangan ini telah lama menanti detik bersejarah ketika musim PKP lagi. Walau bagaimanapun, dia reda dan berharap pengalaman ini bakal diganti dengan sinar bahagia.
.
Dalam perkongsian juga, dia turut mengatakan sebelum ini mereka terpaksa tangguh pernikahan dan sehari sebelum nikah pula dia dapat panggilan PULAPOL dengan inai masih merah di jari.
.
Mingguan Wanita : Kalau dah tertulis. Kita dah rancang elok-elok, tapi DIA Lagi Maha Perancang. Nanti buat majlis bersanding bertiga la pula ye. Tahniah kerana bakal dapat cahaya mata nanti.
Berhenti sekolah. Mungkin kita fikir susahnya bila nak minta sebarang pekerjaan kerana kelulusannya di peringkat bawah saja. Ada juga yang sanggup berhenti kerana faktor-faktor tertentu, tiada duit dan berkorban untuk adik beradik yang lain.
Tak kisahlah apa pun sebab berhenti sekolah dan tidak beroleh kejayaan dalam akademi. Tapi, kalau dah rezeki dan usaha kuat pasti akan berjaya juga. Apa rahsianya? Inilah perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk kita.
Seorang wanita yang berhenti sekolah pada usia 16 tahun dan ambil keputusan untuk berkahwin. Pada masa sama, dia bekerja sebagai ejen hartanah dengan memperolehi pendapatan sebanyak £100 (RM537) seminggu dan kini bangga memiliki 4 buah rumah sendiri.
.
Dia sendiri akui agar sukar dengan keadaan inflasi dan kadar faedah yang tinggi, Rachel Ollington mampu lakukan walaupun tidak mempunyai gaji yang besar.
“Ayah saya Derrick ialah seorang pemandu lori, dan ibu saya Wendy, meninggal dunia akibat kanser pada 2008 pada usia 48 tahun. Pada waktu itu, ibu saya menjaga kanak-kanak dari latar belakang serba kekurangan. Keadaan inilah membuatkan saya berazam untuk memilki harta sendiri.
Akhirnya, 2 tahun selepas dia berhenti sekolah, Rachel berjaya memiliki rumah pertama. Sehingga hari ini, ibu kepada 3 orang anak ini pemilik bangga dengan apa yang dimilikinya. Malah, dia berpendapat, setiap orang mampu lakukan perkara sama seperti dirinya.
.
Dia berkata: “Ketika membeli rumah pertama saya, kadar gadai janji lebih tinggi daripada sekarang. Masa itu, saya tidaklah mempunyai simpanan yang banyak. Itu pun selepas membayar segala bil dan simpanan untuk waktu terdesak.
Rachel dan keluarganya tinggal di rumah ketiganya – sebuah rumah empat bilik tidur bernilai £475,000 di Wickford, Essex, yang dibeli dengan harga £183,000 pada 2005.
.
Dia dan suami Mike kini memiliki tiga hartanah beli untuk disewa dan rumah terbarunya terletak di Lincolnshire.
Di samping portfolio pembelian hartanahnya yang panjang, Rachel kini telah mengasaskan perniagaan agensi hartanah sewaan dan jualan yang dipanggil Vesta Essex – di mana dia mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut di Instagram membantu golongan muda berjaya seperti dia.
Rachel dan Mike, 49, berkongsi anak Abbie, 21, Erin, 15, dan Aiden, 11.
.
Ibu itu berkata: “Saya membeli rumah pertama saya pada usia 19 tahun, kedua saya pada 23 dan ketiga saya pada usia 24 tahun tanpa memperoleh gaji yang besar.
“Saya kini mempunyai portfolio hartanah sewa dan perniagaan agensi harta pusaka. Ramai beranggapan saya dan suami ‘gil’ kerana memulakan kerjaya ini di tengah-tengah kemelesetan.
“Saya dan suami saya memiliki empat hartanah, yang mana kami membayar £183,000, £195,000, £124,000, £90,000 – sejumlah £592,000.
“Kini rumah itu bernilai £475,000, £260,000, £165,000 dan £90,000 – iaitu £990,000. Dan sekarang kami sedang mencari untuk membeli lebih banyak belian untuk disewakan.”
“Sebaik sahaja saya mendapat kerja, terus tiada keinginan untuk belajar dan kembali ke sekolah. Sekurangnya, bila saya tidak ke sekolah, mak ayah dapat jimat kira-kira £500 sebulan. Mula bekerja pada hujung minggu dan selepas lulus ujian memandu pada usia 17 tahun, gajinya meningkat kepada £175
.
Dia kemudian bertemu dengan Mike yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai jurutera mesin fotostat.
“Dia mempunyai minat yang sama. Jadi kami mula menabung bersama-sama.
Pada tahun 2001, Rachel mengandung pada usia 18 tahun. Keadaan ini membuatkan saya lebih berazam untuk membeli rumah sebelum lahirkan anak.
Lima bulan kemudian, pasangan itu mempunyai wang yang cukup untuk membayar deposit £37,000 untuk banglo dua katil berrharga £91,000 di Wickford.
.
Rachel sudah mempunyai £5,000, dan pasangan itu telah menjimatkan £8,000 bersama-sama. Mike menjual keretanya dengan harga £9,000 dan mempunyai simpanan £15,000.
Pasangan itu memulakan pengubahsuaian, menggantikan papan lantai, meletakkan dapur dan bilik mandi baharu. Dia berkata: “Kami tidak keluar untuk makan malam atau bercuti kerana kami perlu menyelesaikan kerja.
“Ada orang yang menderma dengan memberi perabot dan barangan kelengkapan. Kami juga membeli barang terpakai.
Abbie dilahirkan pada September 2001 dan tahun 2004, mereka menjual rumah itu pada harga £187,000 dengan mengaut keuntungan hampir £100,000 dan membeli banglo dua bilik tidur dengan harga £183,000.
Pada tahun 2007, Rachel melahirkan anak kedua pasangan itu, Erin, dan pada tahun 2011 mereka mempunyai seorang anak lelaki, AJ.
Dia mula menyelidik pasaran beli-untuk-sewa, dengan tujuan untuk melabur dalam tiga hartanah – satu untuk setiap anak-anaknya apabila mereka lebih besar.
Pasangan itu kini memiliki empat rumah bernilai £990,000 selepas membayar £592,000 untuk mereka – dan meletakkan sasaran mereka untuk membeli lebih banyak rumah untuk disewa.
Mingguan Wanita : Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Bila tahu ilmu hartanah ni, semuanya boleh jadi. Beli, refinance, dapat untung, kumpul duit untuk beli yang lain. Cekal betul.
Nampak macam ikan laga, busana digaya Neelofa & Mira Filzah jadi tumpuan. Nampaknya imaginasi seseorang kadangkala amat tinggi. Saat kita merasakan busana digayakan elok tetapi dari sudut pandang orang lain ianya amat berbeza.
Inilah ini terjadi kepada dua selebriti popular Neelofa dan Mira Filzah yang mana busana digayakan mereka nampak seperti ikan laga yang cantik dengan ekor yang sedang kembang ketika dalam program Next To Neelofa.
Jual Ikan Laga Sejak 14 Tahun, Azamirudin Tak Pernah Rasa Malu
Hal ini ditanyakan oleh peminatnya yang menulis “Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya,” tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn. dan dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.
Perkongsian MeleTOP itu menggeletek hati ramai pengikut termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri.
“Hahahahaha…. Berdosa tak kalau gelak? ,” tulis Radin.
“Hahahahahahaha i pun gelak,” jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin. Bahkan Neelofa turut memberi pantun, pen merah pen biru, u marah I love you.
Apa pun rata-rata peminat begitu terhibur dan mengaku kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga.