Pelakon Ashraf Muslim, yang juga bapa kepada empat orang anak ini berkongsi tip mendidik anak bongsunya baca Iqra. Jelas terpancar kesabaran bapa ini semasa mengajar Iqra di rumah.
Pesan Ahsraf tak perlu nak marah-marah anak kecil jika tersalah baca. Asalkan anak bongsunya Safiyyah selesa dengan pengajarannya.
Sememangnya mengajar anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua ibu bapa. Begini Ashraf kongsikan cara bertenang ajar anak mengaji.
“Kira boleh bacalah tu..” tulisnya yang turut berkongsi video Safiyyah membaca Iqra.
“Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni. Tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.”
Tipnya Sabar, Tak Perlu Marah-marah Kalau Anak Salah Baca Iqra
Nak ajar anak baca Iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca. Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa.
Ads
InsyaAllah road to read Al-Quran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca Quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari.
Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.
Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa. Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa.
Ads
InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat.
Ashraf Muslim mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Perkahwinan bersama Noor Dayana dikurniakan cahaya mata lelaki, Anas.
Ads
Dan perkahwinan bersama Sakinah, diserikan dengan kehadiran, Sarah, Adam dan Safiyyah.
Walaupun sedang bertarung nyawa, ibu yang positif Covid-19 tetap fikirkan anak dalam kandungan. Dan minta pada doktor, “Tolong selamatkan bayi saya.”
Ternyata tiada yang lebih utama daripada anak yang dikandung berbanding nyawa sendiri. Di saat antara hidup dan mati, seorang ibu masih merayu agar anaknya diselamatkan.
“Tolong selamatkan bayi saya,” itu permintaan seorang pesakit Covid-19. Kepada Dr Tan Boey Warn, pegawai perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Anestesiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.
Kongsi Dr Tan, 33, sehingga ke saat ini, dirinya tidak dapat melupakan kata-kata pesakitnya itu yang diungkapkan sebelum ditidurkan atau diintubasi.
Biarpun sudah biasa mengendalikan prosedur itu, namun Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa.
“Pesakit itu sedang hamil anak kedua dan mengalami Covid-19 yang serius, malah dia sendiri meminta bantuan pernafasan kerana sudah tidak berupaya untuk bernafas dengan baik.
“Keadaan paru-parunya juga agak teruk dan cara pengendalian pesakit itu agak berbeza kerana keadaannya yang hamil.
“Jadi, saya perlu mengeluarkan bayi dalam kandungannya dahulu sebelum meniarapkan badannya untuk diintubasi,” katanya.
Sebelum menjalankan prosedur intubasi, Dr Tan berkata, dia perlu menenangkan pesakit dan tugas itu bermain dengan emosi.
“Jika pesakit itu Muslim, saya minta mereka berselawat dan membaca doa sebelum diintubasi.
“Begitu juga dengan pesakit yang menganut agama lain, saya akan beri semangat dan minta lakukan perkara sama (berdoa),” katanya yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan dengan enam tahun dalam bidang anestesiologi.
Menyedari keresahan keluarga terhadap keadaan pesakit Covid-19, Dr Tan meminta semua pihak memahami dan menaruh keyakinan terhadap pegawai perubatan dan petugas kesihatan.
“Saya mohon pengertian masyarakat dengan kekangan serta kesibukan kami terutama yang bertugas di ICU.
“Keadaan dalam wad ICU Covid-19 sama sahaja, malah kami seperti angkasawan kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.
“Jadi, jika mereka tidak dapat menghubungi wad, bersangka baiklah kerana kita bukan enggan berkongsi perkembangan terkini tetapi ada kalanya tiada masa menjawab panggilan telefon,” katanya.
Mingguan Wanita : Lumrah seorang ibu, demi anak dia sanggup korbankan apa saja. Semoga semua pesakit Covid-19 di luar sana kuat berdepan dengan virus ini dan cepat sembuh.
Pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan. Ini kerana, ketika ini paras oksigen Siti Sarah itu semakin baik.
Proses pembedahan mengeluarkan bayi tujuh bulan dalam kandungan itu akan dilakukan kira-kira 2 petang ini.
“Assalammualaikum semua. Terima kasih yang mendoakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi lebih kurang 2 lebih Sarah akan menjalani operation untuk mengeluarkan baby.
Saya mohon terus doakan Sarah. Semoga operation tersebut dapat dijalankan dnegan baik. Terima kasih semua.” Kongsi Shuib di instagramnya.
Sebelum itu, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sudahpun ditidurkan. Alternatif daripada berita sedih itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengadakan majlis bacaan Yassin tengahari tadi. Dan bacaan tersebut dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.
Bacaan Yaasin itu adalah untuk kesejahteraan Sarah. Maklum pihak pengurusan Sarah, sebaik tamat bacaan Yaasin doktor memaklumkan yang parah oksigen Sarah semakin baik.
“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan yassin untuk kesejahteraan @sitisarahraissuddin tengahari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh @shuibsepahtu sekeluarga.
Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yassin doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.
Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.” Kongsi pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music.
Sebelumnya, Siti Sarah dikejarkan ke hospital disebabkan batuk dan sesak nafas. Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Mingguan Wanita :Terus mendoakan semoga Siti Sarah dan bayinya selamat dan semoga Shiub dan keluarga tenang menghadapi ujian hebat ini.
Lega dapat tunaikan permintaan arwah emak. Sukarelawan urus jenazah Covid-19 hadapi detik sukar bila kebumikan ibu sendiri.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah apabila berdepan dengan kematian orang tersayang. Ibu yang melahirkan dan membesarkan kita pergi buat selamanya. Apatah lagi nyawa ibu yang disayangi diragut pandemik Covid-19.
Walaupun setiap hari berdepan dengan kematian orang lain, ianya tidak akan sama apabila kita sendiri kehilangan insan tersayang. Insan yang terlalu dekat iaitu ibu, pasti sangat menguji emosi sepanjang menguruskan jenazah emak tercinta.
Meskipun sudah ‘lali’ menguruskan jenazah pesakit Covid-19 saban hari, namun menjadi hari berbeza dan sukar dilupakan Abdul Razak Nordin apabila perlu mengebumikan jenazah ibunya sendiri yang meninggal dunia akibat wabak itu.
Abdul Razak, 34, gagal menahan air matanya daripada tumpah sepanjang perjalanan membawa jenazah ibunya, Patimah Ibrahim, 68, dari hospital ke tanah perkuburan hingga dimasukkan ke dalam liang lahad.
Berat untuk melepaskan ibunya pergi, namun Abdul Razak reda dengan ketentuan Ilahi dan melakukan tugas mengebumikan jenazah demi menjalankan amanah bapa, Nordin Saeran, 70, dan enam adik-beradiknya yang tidak dapat hadir ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.
Abdul Razak berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir di rumah dekat Seksyen 20, di sini, sekitar 11.30 malam kelmarin dan dia hanya dapat tahu mengenainya selepas dihubungi kakak ipar, Nabila Syahrain, 33.
“Abang (Zulkarnain Nordin, 41) kemudiannya bergegas membawa emak ke Hospital Shah Alam dan doktor mengesahkan kematian pada 4 pagi semalam dengan menyatakan puncanya adalah Covid-19 Pneumonia.
“Kira-kira 4 petang hari emak meninggal dunia, saya ada menghubunginya menerusi panggilan video dan nampak keadaannya yang lesu tetapi tak sangka arwah akan pergi serta disahkan positif Covid-19,” katanya.
Bercerita lanjut, anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, dia kebetulan adalah salah seorang sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 (PJC-19) jadi mendapat kebenaran menguruskan jenazah ibunya dengan dibantu lima petugas lain.
Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan, Abdul Razak tidak henti berdoa dan berzikir walaupun dalam keadaan berjuraian air mata.
“Arwah emak pernah menyatakan hasratnya dan harapan supaya anaknya dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan seandainya meninggal dunia.
“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaannya malah berpeluang menatap wajahnya dan mengiringi perjalanan terakhirnya sebelum ke negeri abadi.
“Detik paling sebak dan buat saya ‘terduduk’ adalah ketika mahu memasukkan jenazah emak ke liang lahad kerana tahu itu kali terakhir dapat melihatnya,” katanya yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mula menjadi sukarelawan PJC-19 sejak dua minggu lalu.
Abdul Razak berkata, biarpun bapa, adik-beradik dan ahli keluarga lain tidak dapat bersama, dia ada meminta bantuan salah seorang petugas sukarelawan yang juga rakannya untuk mengaktifkan mod siaran langsung di Facebook (Fb) untuk tontonan mereka.
Menurutnya, dia bersyukur kerana urusan pengebumian ibunya dipermudahkan dengan bantuan Jais, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hospital Shah Alam dan Pengurusan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong yang menyediakan kemudahan van jenazah untuk ke tanah perkuburan.
“Tidak lupa dan terima kasih juga kepada pihak yang menginfaq wang bagi membiayai kos pengurusan jenazah emak walaupun saya tidak tahu siapa gerangannya.
“Saya terima pemergian emak dengan reda kerana percaya Allah lebih menyayanginya lagipun arwah sudah lebih setahun tiada dua jari kaki kanan yang dipotong akibat diabetes.
“Disebabkan penyakit emak juga, saya berusaha membantu pasangan yang berhasrat melangsungkan perkahwinan dalam tempoh pandemik dengan menjawab pertanyaan mereka di Twitter supaya Allah memudahkan urusan saya dan syukur apabila semalam, segala-galanya dipermudahkan.
“Diharap perkongsian saya ini menjadi asbab untuk kita semua ingat akan kematian, percaya Covid-19 benar dan berikhtiar melawannya dengan mengambil suntikan vaksin,” katanya.
Mingguan Wanita : Bila kita memudahkan urusan orang lain, insyallah Allah akan memudahkan urusan kita. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.