Doa Ashraf Muslim Sebelum Tinggalkan Dua Isteri Dan Anak-anak, Ke Makkah

Pagi tadi, pelakon Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan dua isteri yang dicintai, Dayana dan Sakinah serta anak-anaknya di tanah air selama 40 hari.

Sebelum berangkat pergi, Ashraf sempat menitipkan doa untuk isteri-isteri dan anak-anaknya.

Doakan Saya Dapat Haji Mabrur

Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.

Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.

IKLAN

Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yang paling agung.

Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yang cukup di sana.

IKLAN

Doa Ashraf Muslim Untuk Isteri-isteri dan Anak-anak

Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah SWT saya dapat menunaikan haji.

Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah.

IKLAN

Anak-anakku Sarah , Adam, Anas  dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber’spiderman’, teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tambak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak, teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.

Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy

Sumber/Foto : Ashraf Muslim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI