Sumber Foto : Instagram Zizi Kirana

Zizi Kirana pilih kekal berhijab, sememangnya penyanyi ini begitu manis apabila mengenakan hijab. Artis kelahiran Sabah ini telah berhijab sejak Ramadan lalu pada awalnya hanya dilakukan bagi menghormati bulan mulia. Namun kini, Zizi telah memilih untuk kekal bertudung.

Zizi Kirana Pilih Kekal Berhijab

Pemilik nama sebenar Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil, 36 ini sangat bersyukur apabila niatnya untuk berhijrah diiringi dengan doa dan kata-kata indah dari peminat.

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan dan saya rasa bersyukur sangat dengan diri saya hari ini.

“Sebenarnya dari dulu saya tidak selesa untuk berkongsi secara terbuka tentang hal berhijab ini kerana pada saya, jika tiba masa saya memilih untuk berhijab penuh, saya akan lakukan sahaja tanpa perlu memberitahu sesiapapun,” luah Zizi seperti mana dipetik menerusi SinarPLus.

Gembirakan Hati Ibu

Zizi juga menerangkan paling gembira perubahan dirinya, ialah ibu kesayangan.

“Ibu paling gembira dan senang hati dengan perubahan ini. Memang dari dulu dia suruh pakai tudung, tetapi tidak pernah memaksa apatah lagi mengherdik saya untuk tujuan itu.

“Apa yang dia lakukan adalah nasihat, nasihat dan nasihat. Alhamdulillah lama-kelamaan nasihat itu masuk ke dalam hati saya,” terang Zizi secara jujur.

IKLAN

 

Kerap Dapat Undangan Program Keagamaan

Zizi juga akui kini kerap mendapat undangan menjayakan program keagamaan di televisyen terutamanya untuk sesi mengaji al-Quran.

“Semuanya di luar jangkaan dan saya percaya itu adalah rezeki yang diaturkan Allah untuk saya sepanjang pandemik ini.

“Biarpun tidak ada persembahan pentas, tetapi hampir setiap minggu menerima undangan menjayakan pelbagai program keagamaan, terutamanya untuk belajar mengaji dengan Tarannum dan sebagainya.

“Bila terlibat dengan program-program begini, semakin ramailah ustaz dan ustazah yang saya kenal dan sekali gus membuka ruang lain pada saya untuk terus memperbaiki diri,” katanya yang juga sering melakukan aktiviti keagamaan menerusi Instagram Live.

Merdunya Suara Zizi Kirana Mengaji Al-Quran, Akuinya Gementar, Gigil Lutut

IKLAN

7 Sekeluarga Peluk Islam, Anak 11 Tahun Nak Jadi Hero Macam Ustaz Ebit

Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran

Antara program keagamaan yang pernah disertai.

Kongsi Ilmu Dengan Peminat Di Instagram

Akui Zizi dia tidak merancang untuk mengadakan program seperti mengaji dengan Tarannum, semuanya dilakukan atas permintaan pengikut di Instagram.

“Selalunya saya tak rancang pun nak buat sesi berkenaan. Ia berlaku secara spontan apabila ada pengikut yang tiba-tiba minta buat selawat, qasidah atau pun Tarannum al-Quran.

“Saya tak buat seorang, tetapi dengan bantuan rakan-rakan ustaz atau ustazah. Kalau ikutkan hati, memang tak berani nak buat sebab segan kalau salah. Namun niat saya hanya satu, nak kongsi ilmu dan sama-sama belajar dengan pengikut IG saya.

IKLAN

“Tak sangka pula ramai yang berminat dan ikut IG live itu. Malah ada sanggup tunggu sampai habis sesi tersebut yang kadang-kala berlarutan hingga dua jam,” ujarnya yang berasa begitu tenang selepas memilih untuk kekal berhijab.

 

Sumber: SinarPlus

Sumber Foto : Instagram Zizi Kirana