Suami meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 di kilang, pampasan tidak mampu gantikan nyawa mereka yang terkorban.

Mana mungkin wang mampu menggantikan nyawa. Tindakan majikan yang tetap meneruskan operasi kilang walaupun diarahkan untuk menutup operasi memberi impak apabila 16 orang daripada pekerjanya telah meninggal dunia.

16 Pekerja Jadi Korban Covid-19

“Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suami saya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui ini,” kata Nancy Endi, 41.

Nancy berkata, suaminya, Hani Sha’ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas, Tangkak, Johor.

Menurutnya, suami yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.

Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.

Kali Terakhir Bertemu Suami

“Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.

“Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas,” katanya.

Nancy berkata, kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.

Bagaimanapun, katanya, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan.
Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.

Baca Juga Di Sini:

COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan

IKLAN

“Tinggal Seorang Diri, Beritahu Demam Panas.” DiTemui Meninggal Positif Covid-19

Mak Ayah Meninggal Akibat COVID-19 Selang 2 Hari, 8 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang

“Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, saya menerima khabar berkaitan pemergian suami.

“Arwah suami seorang yang penyayang dan suka bermanja dengan saya, saya tidak sangka tiba-tiba dia sudah dijemput Ilahi serta pesanan terakhirnya adalah supaya saya menjaga anak dan solat.

“Yang paling saya terkilan, saya tidak mampu melihat dan memeluk jenazahnya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.

“Arwah suami dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian,” katanya.

Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban

Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan Covid-19 di premis berkenaan.

IKLAN

“Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.

“Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.

“Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak,” katanya ketika dihubungi.

Ambil Tindakan Tegas

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor, Mohd Ridhwan Othman berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sesuai sebelum bencana menimpa kumpulan pekerja kilang berkenaan semakin buruk.

“Kami menggesa kementerian berkaitan mengambil kira nasib pekerja dan keluarga masing-masing.

“Kami bukan meminta kilang itu ditutup 14 tahun sebaliknya 14 hari demi keselamatan ramai.

“Setakat ini, masih tiada tindakan terhadap pemilik dan pengusaha kilang berkenaan oleh pihak berkuasa, ia seharusnya ditutup bagi memberi ruang kepada siasatan dan proses sanitasi,” katanya.

IKLAN

Mingguan Wanita : Semoga kematian Hani Sha’ari mendapat pembelaan yang sewajarnya dan buat isteri serta keluarganya semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Sumber : myMetro

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang, Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang, Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI