makan-asid-folik

Isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi tip dapat anak perempuan di usia 40-an. Salah satunya, lepas mendirikan rumah tangga sudah menjadi amalannya makan asid folik.

Kongsi Rahayu lagi, lama dia menanti kehadiran cahaya mata perempuan ini. Dekat enam tahun lamanya dan akhirnya doa mahukan anak perempuan, tuhan makbulkan.

Sememangnya asid folik ini untuk kesuburan dan kehamilan. Biasanya vitamin ini diambil sepanjang kehamilan ibu mengandung. Antara kelebihannya juga adalah untuk mencegak berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defets-spina bifida).

Isteri Tomok Amal Makan Asid Folik, Usia 40-an Rezeki Dapat Khadijah

Jadinya, ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil, boleh hadamkan perkongsian Rahayu yang lebih mesra dengan panggilan Dibu di media sosialnya.

Alhamdulillah….1 tahun 2 bulan….macam-macam akal. Lasak memang lain maciam. Penantian selepas 6 tahun. Dibu memang teringin anak perempuan sebab tu habis semua rambut Arrian & Andra ku sengaja panjangkan. Andra memang tak suka but no choice u have to follow me.

IKLAN

InsyaAllah nanti kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah. Raya dapatlah main masak-masak sekali.”

Baca juga : Ada ijazah tapi jadi suri rumah, ini jawapan isteri tomok

Lepas Kahwin Memang Makan Asid Folik

Yang tanya Dibu tips, sebenarnya Dibu pun takda tips apa-apa. Semuanya rezeki di usia 40-an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat.

Tapi Dibu lepas kawin memang makan je acid folic… sampailah dapat khadijah. Dibu stop sebab dah tutup kilang… tu jela yang Dibu amalkan.”

IKLAN

Rahayu juga mendoakan agar ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil akan direzekikan cahaya mata. Pesannya lagi, agar bakal ibu-ibu mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan lain-lain yang berkaitan kesihatan bayinya.

Dibu doakan semua ibu-ibu yang belum dapat zuriat atau yang menanti zuriat akan dimakbulkan. Tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin.

Vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi & mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya terkena jangkitan.

Ini comply untuk semua vaksin yg diambil dari baby sampailah kebesar. Jangan takut ikut je saranan doktor. Stay safe guys.”

IKLAN

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35 mendirikan rumah tangga dengan Rahayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Arrian, Andra dan Siti Khadijah.

Mingguan Wanita : Haa.. mana-mana ibu yang TTC tu bolehlah cuba amalkan saranan Dibu ini.

Sumber/Foto : Ayu Abas

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI