Intermittent Fasting (IF)

Salah satu jenis diet yang kian popular untuk mencapai berat badan ideal ialah dengan mengamalkan ‘Intermittent Fasting’. Ramai para selebriti antarabangsa yang mempraktikkan diet ini antaranya Beyonce, Nicole Kidman, Jennifer Lopez, Miranda Kerr dan sebagainya.

Namun, diet ini kian popular dan menjadi sebutan baru-baru ini apabila pelakon cantik Lisa Surihani turut mengamalkannya. Lisa mendedahkan, dia mempraktikkan diet Intermittent Fasting (IF) ini sebagai salah satu amalan dalam menurunkan berat badan dan berjaya kembali langsing macam zaman anak dara.

Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!

Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk perkongsian nota oleh Dr Siti Aniza Basir mengenai Diet ‘Intermittent Fasting’ ini sebagai panduan.

Intermittent Fasting (IF)

IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIET TERBAIK. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 6.30 pm, esok jam 9.30 am baru breakfast. Kalau 8.30 malam – 11.30 pagi baru start makan/breakfast.

Apa kebaikan IF??

Banyak!!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 pm.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

IKLAN

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,

  • Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan
  • Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30 /10.30pagi!

Tatacaranya Banyak :

As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Contohnya kita start last dinner kul 6.30 pm, esok breakfast 6.30 pagi.

Bila dah ok, buat 14 jam .Contohnya 6.30pm dinner dan 8.30 am breakfast.

Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Contohnya dinner 6.30pm, breakfast merangkap lunch kul 10.30am.

IKLAN

Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.

Its fleksible . Buat ikut keperluan . Contoh , semalam ada kenduri makan kul 8.30 pm , esok tu tak yah breakfast, terus lunch!

Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!

Lapar ?

In between tu, anda BOLEH untuk;

1. Minum air masak.
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea

No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap tak boleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti!

IKLAN

Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu contohnya Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!

Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!

Lepas dah ok buat Daily .

Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu….

Dr Siti Aniza Basir

#MasterMyHormones

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

MW: Jadi buat para wanita yang dah cuba macam-macam jenis diet tapi tak berjaya, boleh cuba diet Intermittent Fasting (IF) ini. Manalah tau serasi, boleh kembali langsing dan tubuh pun bertambah sihat!

Sumber: Dr Siti Aniza Basir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI