Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran

Pelakon dan model Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini sedang hamil anak sulung dan menunggu hari. Semakin berseri-seri wajah Mawar ini.

Sebaik disahkan hamil, Mawar pernah berkongsi yang dia terpaksa hentikan seketika kerjaya lakonannya, sebab nak beri tumpuan pada kandungannya ini.

Rupanya dalam tempoh tidak berlakon itu, Mawar fokus dalami kelas mengaji Al-Quran.

Mawar belajar mengaji dengan Ustazah Nadirah Mohd Amin. “Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar.”

Sepanjang pregnant ini, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar. Lepas belajar iqra, we all sama-sama baca Al-Quran untuk baby we all.”

 

Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran

IKLAN

Dah Niat Lama Nak Belajar Balik Mengaji

Memang niat Mawar sebelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat dengan Al-Quran.”

Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk mulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni.”

Insyaa’Allah akan mantain kelas mengaji atau kelas apa-apa demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila pun tak apa.”

Itulah hajatnya la, kita perlu dream big kan?”

 

IKLAN
Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran
Momen indah, Mawar raikan hari graduasinya bersama suami tercinta, Raf.

Biar Jujur, Daripada Menipu Diri Dan Orang Lain

Terangnya lagi, sebelum ini dia memang boleh membaca Al-Quran. “Jangan salah faham ya.. tapi tak berapa lancar.”

Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ini kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai atau tak ada kan?”

Biar hati ini jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain.”

Akui Mawar lagi, goals nya adalah mahu belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat-ayat yang dibaca.

IKLAN

Insyaa’Allah and Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat orang luar sana yang kita tak pernah lambat untuk memulakan sesuatu yang baik.”

Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqomah (berterusan) hingga ke akhir hayat.” kongsi Mawar yang mengenakan dress cantik dari psychedelicstore di instagramnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Dan perkahwinan terdahulu Raf, dikurniakan anak-anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

MW : Sebenarnya bagus sungguh ibu hamil yang mengaji Al Quran sepanjang mengandung ini. Bukan saja manfaatnya pada ibu, malah bayi dalam kandungan pun terima kebaikannya.

6 Doa Ini Dibaca Ibu Hamil Dari Mula Mengandung Sampai Selepas Melahirkan.

Sumber/Foto : Mawar Rashid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI