
Isi Kandungan
ToggleAshraf Muslim tunai umrah grup pertama ke tanah suci. Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ini pelakon terkenal ini memaklumkan dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia ke Mekah dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci
“Assalamulaikum.. first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yg mengenali saya.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt.
“Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yg membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yg baru. Allahuakbar , besar betul kuasa Allah.. tiada kata yg boleh terucap dgn Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.
Rasa Macam Tak Percaya
“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” tulis Ashraf.
Baca Sini Juga :

Ajar Anak 3 Tahun Baca Iqra, Ashraf Muslim Guna Pendekatan Sabar
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ashraf Muslim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Rasa Rendah Diri Kita Tak Bergaya.’ Paling Penting Adab Kita Dengan Orang Lain

Isi Kandungan
Toggle‘Jangan rasa rendah diri kita tak bergaya.’ Paling penting adab kita dengan orang lain. Biarlah kita hidup cara kita, tak perlu terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.
Sesetengah orang memang sengaja memilih untuk hidup sederhana daripada bermewah-mewah. Walaupun berkemampuan, mereka memilih untuk dalam keadaan ringkas dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada.
Ikuti perkongsian Natalia Aivy Dibit ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Jangan Rasa Rendah Diri
Gaya hidup minimalis.
Antara orang yang mendorong saya untuk jadi minimalis adalah kakak saya sendiri. Orangnya simple. Pakaian simple. Rambut kemas dan rapi.
Beg pun beg yang dia jahit sendiri. Dompet pun beli di Shopee. Perhiasan di badan tak pernah sebesar jari telunjuk. Hanya sebesar jari kelinking saja. Kadang macam tak pakai.
Baca Di Sini:
Ada Orang Sanggup BERHUTANG Sebab Ikut Trend dan Sekadar Suka-Suka!
Biar Berhutang Asalkan Bergaya?! | Sembang Wanita EP8
Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!
Kita Tak Bergaya
Kalau dia pakai masdora, tak pernah penuh. Hanya letak seketul dua charm. Saya tanya, kenapa tak pakai banyak charm tu? Katanya, lebih manis kalau guna sikit saja.
Kalau pakai banyak, besar nanti mengundang bahaya. Satu lagi, mengundang hasad dengki orang. Bayangkan kalau yang melihat itu orang susah. Itu jawapannya.
Orangnya sangat tegas. Tajam. Berakal. Nampak macam dia tak tahu apa-apa tapi berisi. Mungkin kerana dia anak sulung, perempuan lagi, dia perlu jadi tegas dan keras untuk adik-adiknya.
Paling Penting
Hanya satu doa saya yang tak pernah putus sejak dulu. Semoga lelaki yang berjaya menawan hati kakak saya, tidak persiakan permata dalam keluarga kami.
Lelaki itu bertuah kerana dapat seorang wanita yang tak kenal pun apa itu Coach, Gucci, Prada, Louis Vuitton. Lelaki itu beruntung dapat seorang wanita yang tak tahu pun ada emas pattern ketum, coco, lipan, boba. Apalagi kalau barang mekap. Dia cuma tahu jenama Silkygirl dan Maybelline saja.
Jika dipersiakan, watch me turn into dragon. Saya tak kisah masuk penjara untuk ahli keluarga saya. Benda lain saya boleh runding meja bulat tapi kalau keluarga, no.
Adab Kita
Gaya hidup minimalis lebih menenangkan. Tak perlu banyak barang. Tanpa perlu banyak perhiasan. Tak perlu perabot mewah dan besar. Tak serabut kepala nak fikir banyak benda.
Hanya fokus pada matlamat hidup yang mahu dicapai. Selebihnya hanya kehendak, keinginan dan hawa nafsu yang kehausan minta diisi. Self reward tak salah namun kata guru, berpada-padalah. Sederhana itu indah.
Jangan malu kalau kita tak punya apa-apa di badan. Jangan rasa terhina bila kita hanya mampu pakai beg jahitan sendiri atau sekadar beli di Shopee harga RM10.
Dengan Orang Lain
Jangan rasa rendah diri kalau kita tak bergaya macam orang lain. Kuncinya hanya satu. Kelihatan kemas dan rapi. Yang utama adalah, adab kita dengan orang lain.

Kata guru lagi, simpanlah duit untuk ilmu dan kembara. Tuntutlah ilmu di mana saja kita berada. Mengembaralah selagi usia masih muda.
Lihat rona kehidupan masyarakat seluruh dunia. Di sana kita akan belajar banyak benda. Jika wang sudah cukup, pergilah ke negara lain, ambil masa 4 atau 5 hari menjelajah negara lain.
Lihat dan teliti kehidupan masyarakat di sana. Banyak benda kita akan tahu untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti.
Semoga bermanfaat. Salam damai. Tuhan memberkati.
Mingguan Wanita : Kata orang, ukurlah baju di badan sendiri. Tak perlu mengikut orang kalau sendiri tak berkemampuan.
Sumber: Natalia Aivy Dibit
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan” Maya Terharu Faizal ‘Gentleman’, Kasut Pun Tolong Pegangkan

Isi Kandungan
Toggle“Kesiannya sampai mengigil-gigil tangan” begitulah antara komen netizen di Instagram pelakon popular Maya Karin. Pelakon jelita itu alami serangan panik sebelum naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-32 terharu dengan pertolongan Faizal Hussein yang juga rakan penyampainya ketika mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. .
Maya akui walaupun tidak sepatutnya dia memegang Faizal namun dia benar-benar perlukan pertolongan ketika itu.
“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan”
Seperti mana yang dilaporkan Maya begitu hargai pertolongan Faizal.
“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Dia juga bantu saya ketika saya melepaskan kasut. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’.
“Walaupun saya tidak sepatutnya memegangnya tapi saya betul-betul perlukan pertolongan ketika itu. Malah dia jaga saya sampai tugas kami selesai.
“Orang lain mungkin tak ambil peduli dan tak faham situasi yang saya alami, tapi dia sangat ambil berat. Sampaikan kasut saya pun dia tolong pegangkan,”
“Sebelum naik atas pentas saya sudah bercakap dengan Faizal boleh tak dia umumkan dua kategori utama itu berseorangan. Bagaimanapun, dia pujuk dan yakinkan saya boleh buat dan minta saya kekal bertenang. Jadi saya pun cakap pada diri sendiri dan cuba kuatkan hati.
“Namun, sebaik berada di atas pentas fikiran saya mula terganggu melihat penonton dan kamera sedangkan sewaktu majlis Anugerah Seri Angkasa sebelum ini semuanya okey.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku. Serangan panik ini datang tiba-tiba dan boleh dikatakan kerap juga berlaku sekarang ini apabila ada tekanan yang datang,” terang Maya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Sempat Jumpa Doktor Pakar
Maya juga akui dirinya menghidapi serangan panik hampir empat tahun lalu.
“Saya tak sempat ke hospital untuk bertemu doktor pakar. Selepas menjalani penggambaran filem Telaga Suriram, saya terus ke Amerika Syarikat dan melawat empat bandar dalam tempoh tiga minggu. Kemudian saya ke Bangkok, Thailand sebanyak dua kali atas urusan kerja dan sambung berkerja di sini.
“Mungkin minggu depan saya akan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan memandangkan rakan-rakan sudah mula risau selepas melihat keadaan saya di FFM32,” ungkap Maya.
“Rupa-Rupanya Baru Tahu Ada ‘Panic Attack'” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan serangan panik yang dilalui oleh Maya Karin
Baca Disini : Kebun Komuniti Tempat Maya Karin Buat Kerja Sukarela, Sedia Sayuran Percuma

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Maya Karin
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Bahagia, Isteri Sanggup Berkongsi Kasih Minta Suami Kahwin Lagi!

Isi Kandungan
ToggleDemi kebahagian dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih pada suami isteri memang sanggup lakukan apa sahaja.Bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah Sarifah Salmah Tuan Embong yang menyatukan suami, Saiful Abdul Satar, 34, dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini.Menerusi video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah, 26, duduk berdua di pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Minta Suami Kahwin
Berkongsi kisah, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana dia berisiko tinggi untuk hamil selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.
“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.
“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.
“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya.

Suami Mahu Tambah Zuriat
Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan. Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya.
“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.
“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.
Jodoh Isteri Kedua
Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18 Mac lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.
“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.
“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.

“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.
“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Isteri Bakal ‘Bermadu’, Terima Dan Belajar Kenal Diri
Suami Beli Rumah Baru Untuk Madu, Isteri Tua Robohkan Guna Jentolak!
MW: Hebatnya wanita ini, sanggup berkongsi kasih demi kebahagiaan suami. Semoga kebahagiaan berkekalan selama-lamanya buat keluarga ini.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI