Wanita adakalanya memang sanggup melakukan apa sahaja mengikut emosinya melebihi kewarasan akal fikirannya. Awas, jangan memandang rendah dan main-main golongan ini. Nak berpoligami tak salah, namun pastikan adil dan saksama dengan semua isteri-isteri yang ada. Bagi mengelak salah faham dan rasa cemburu dalam diri.
Gara-gara rasa cemburu dan tidak berpuas hati, seorang wanita yang juga isteri tua kepada seorang lelaki bertindak mengupah dan menghantar sebuah jentolak bagi merobohkan rumah madunya.
Suami Beli Rumah Baru Untuk Isteri Muda
Kejadian berlaku di Desa Mangga Dua, Kabupaten, Indonesia itu dipercayai berlaku selepas isteri tua tidak puas hati apabila suaminya membelikan rumah baharu untuk isteri muda.
Ads
Video yang tular dilaman sosial sejak minggu lalu juga mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.
“Isteri tua telah menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda.
“Dia (isteri tua) marah dan cemburu selepas mengetahui rahsia suaminya membelikan rumah baharu untuk madunya,” ujar Sugi, individu yang merakamkan kejadian itu.
Ads
Video berkenaan jelas menunjukkan suasana riuh penduduk kampung yang memanggil isteri muda yang juga didakwa hamil tiga bulan. Jengkaut juga dilihat merobohkan dinding dan juga bumbung rumah isteri muda itu sehingga rata.
Ramai juga yang mengecam tindakan isteri tua itu dan nekad melaporkan ia kepada pihak berkuasa. Kes masih lagi disiasat dan belum ada sebarang perkembangan mengenainya dilaporkan.
MW: Macam-macam hal. Pengajarannya, jangan dibuat main dengan wanita, bila dah nekad memang sanggup buat apa sahaja asalkan puas hati. Emosi melebihi akal fikiran.
Pengakhiran yang baik, seorang lelaki menemui ajal selepas pulang dari masjid. Pemuda ini dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan. Sudah tertulis kematian itu pasti, tidak akan terlambat walaupun seminit.
Pemuda ini dikatakan baru pulang dari masjid maut dilanggar kereta di Kilometer 30 Jalan Pantai arah Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus, semalam.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Mohamad Ammar Lukman Roslan, 23, yang membantu bapanya menjual ikan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari masjid selepas selesai menunaikan solat Asar.
Akibat pelanggaran itu, mangsa melambung di bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Pemandu kereta bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Semoga keluarga mangsa tabah dengan pemergian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan allahyarham di kalangan para solihin. Insyallah. Al-Fatihah.
Pengacara cantik yang begitu ramah, Dayah Bakar telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki petang semalam.
Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 31, bersalin menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, dengan ditemani ibu dan keluarga.
Difahamkan suami Dayah, Muhammad Hanif Hamidi yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.
Berkongsi kisah gembira tersebut di akaun Instagram miliknya, Dayah menulis;
“Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi tadi.
“Both mommy and baby doing fine, Alhamdulillah,”beritahu Dayah.
Titipkan Doa
Pengacara rancangan Borak Kopitiam itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi yang baru sahaja dilahirkan.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little baby is already out.
“Macam mimpi. Indescribable feeling masha-ALLAH. Syukur Alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.
Untuk rekod Dayah dan Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.
Anugerah Terindah
Sehari sebelum melahirkan, Dayah juga berkongsi luahannya yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang juga seorang perajurit.
“Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸”
Sedari awal Tok Tam teringin sangat nak ke Cameron Highlands, oleh sebab itu dia sanggup naik kereta yang sama dengan yang lain walaupun kereta penuh.
Pada awalnya Fatimah Mat Isa atau Tok Tam menaiki kereta bersama cucu saudaranya. Begitulah, sudah tiba ajalnya, tak lambat walaupun sesaat serta tak mampu dihalang.
“Saya ada cakap ramai sangat jumlah naik kereta itu, tetapi Tok Tam yang awalnya menaiki kereta bersama kami sewaktu ke Pulau Pangkor, teringin sangat hendak ke Cameron Highlands,” kata Muhammad Hilme Zakaria.
Muhammad Hilme, 29, adalah cucu saudara kepada Fatimah Mat Isa, 68, yang mesra dipanggil Tok Tam iaitu seorang daripada tujuh mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke Cameron Highlands, semalam.
Tambah Muhammad Hilme, dia terkejut menerima perkhabaran berhubung kejadian itu daripada anak kepada Fatimah pada 6.30 petang semalam.
“Kali terakhir kami bertemu mereka di jeti ketika pulang dari Pulau Pangkor ketika mahu mengambil barangan mereka untuk dibawa pulang memandangkan mereka menaiki kenderaan itu seramai 10 orang.
“Oleh kerana Tok Tam teringin sangat hendak ke Cameron Highlands, dia naik kenderaan sama dengan mereka yang lain manakala saya dan keluarga pulang ke Kulim,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang, Kulim.
Di samping itu, menurut Muhammad Hilme, biarpun sedih dengan kejadian menimpa ahli keluarganya itu, dia pasrah dan mendoakan segala urusan pengebumian semua jenazah dipermudahkan.
Sementara itu, isterinya, Norazila Abdul Karim, 27, berkata mereka bertolak dari Kulim ke Pulau Pangkor bersama dua keluarga terbabit dalam nahas itu pada awal pagi Ahad lalu dengan menaiki dua kenderaan berasingan.
Dia berkata, mereka merancang percutian bersama ke Pulau Pangkor sejak seminggu lalu, namun dua keluarga berkenaan meneruskan percutian ke Cameron Highlands pada Isnin lalu.
“Sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Tok Tam beberapa kali ajak kami ke Cameron Highlands, tapi kami tak boleh pergi sebab suami bekerja pada Selasa.
“Jadi, pada Isnin kami pulang ke Kulim manakala mereka pergi ke Cameron Highlands dan dikatakan akan pulang ke Kulim semalam,” katanya.
Menurutnya, sepanjang berada di Pulau Pangkor, Tok Tam sering mencium dan belanja dua anak mereka macam-macam sehingga dia merasakan agak pelik dengan sikap ditunjukkannya itu.
Katanya, apabila mendapat tahu kemalangan menimpa arwah, barulah dia sedar mungkin itu petanda warga emas itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.
Jenazah tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Kulim, dalam satu liang lahad pada 8.30 malam ini.
Kesemua jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada 6.15 petang.
Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan dibenarkan hadir menziarahi jenazah. Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu.
Selain tujuh maut, kemalangan pada 5.30 petang itu turut menyebabkan dua lagi parah, manakala seorang dirawat di zon kuning selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.
Mangsa yang cedera dan masih dirawat di HRPB, Ipoh dikenal pasti sebagai anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Shah, 11 dan seorang remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai ‘Apit’, 16.
MW: Alhamdulillah urusan pengebumian telah selesai. Sekali lagi MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah. Semoga Allah mengurniakan ketabahan buat adik Haziq yang kehilangan ibu, ayah dan adiknya.