Pengakhiran yang baik, seorang lelaki menemui ajal selepas pulang dari masjid. Pemuda ini dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan. Sudah tertulis kematian itu pasti, tidak akan terlambat walaupun seminit.
Pemuda ini dikatakan baru pulang dari masjid maut dilanggar kereta di Kilometer 30 Jalan Pantai arah Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus, semalam.
Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Dari Masjid
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Mohamad Ammar Lukman Roslan, 23, yang membantu bapanya menjual ikan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari masjid selepas selesai menunaikan solat Asar.
Ads
Ketika dalam perjalanan pulang, sebuah Perodua Bezza dipandu wanita berusia 60 tahun tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar mangsa.
Akibat pelanggaran itu, mangsa melambung di bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Pemandu kereta bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Semoga keluarga mangsa tabah dengan pemergian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan allahyarham di kalangan para solihin. Insyallah. Al-Fatihah.
Tahniah diucapkan buat Ashira yang telah bergelar isteri, apabila selamat disatukan dengan Bad Indigo, 46, dalam majlis ijab kabul yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 2.45 petang semalam.
Pasangan yang berstatus ibu dan bapa tunggal itu mula menjalinkan hubungan istimewa setelah sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7, sebelum sepakat mendirikan rumah tangga. Malah apabila dikhabarkan akan bernikah tempohari ramai yang terkejut dan mendoakan mereka berdua selamat dijodohkan.
Ashira & Bad Gembira Anak-Anak Terima Hubungan Baik Hubungan Mereka
Malah Bad turut menyatakan dia berasa sangat gembira apabila hubungan dengan Ashira diterima baik anak-anaknya sejak awal perkenalan mereka lagi. Bad mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11, daripada perkahwinan terdahulu.
“Anak-anak saya sangat terbuka dan menerima Ashira dengan baik sejak dari mula lagi. Mereka juga kini memanggil Ashira dengan panggilan ‘mom’,” ungkapnya.
Anak-Anak Jadi Kawan Rapat
Selain Bad, anak Ashira, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, juga gembira menerima kehadiran suaminya itu dalam hidup mereka.
“Alhamdulillah anak saya boleh menerima Bad dengan baik, malah mereka juga sudah rapat macam kawan.
“Saya bersyukur anak kami masing-masing dapat menerima kehadiran kami dalam hidup mereka,” sambung Ashira.
Mohon Maaf Tidak Jemput Media
Untuk makluman, pasangan pengantin ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ashira, Syed Abd Aziz, dengan dua kali lafaz, bersaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak.
Pengantin perempuan juga menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin, sementara wang hantaran tidak dinyatakan.
“Kami mohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat jemput untuk meraikan majlis ini kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
“Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak, selain anak-anak kami. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar sebagaimana dirancang,” kongsi Ashira menerusi sebuah video yang dikongsi bersama media.
Sudah sebulan lelaki tua itu menjadi penghuni wad di hospital. Sejak itu, dia gagal melaksanakan perintah solat. Tubuhnya berselirat wayar, dan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk bersolat dalam keadaan demikian.
Sehinggalah suatu hari, tuhan pertemukannya dengan pesakit Covid-19 ini, Ustaz Mohd Zulkifli Azzikry yang di wadkan sekitar April lalu. Rupanya itulah asbab yang membuka jalan untuk lelaki tua tadi belajar solat cara orang sakit.
“Nak, Tolong Doakan Pakcik..”
Seperti biasa, masuk je waktu, kedengaran alunan azan akan bergema di setiap bahagian ward, bahagian aku, akulah muazzin yang mengazankan setiap waktu solat. Imam orang Arab, jemaah tabligh. Kami laksanakan rutin seperti biasa. Selesai solat, zikir, dan sedikit pengisian ilmu. Aku lebih gemar mendengar. Sebab itu pengalaman baru bagiku.
Di hujung katil sana, ada seorang pakcik yang baru dipindahkan wad ke wad kami. Aku rasa dalam lingkungan 70-an. Dia agak janggal melihat kami. Pelik mungkin tiba-tiba ada solat berjemaah. Kali ni, aku hanya memandang dan tersenyum. Agaknya dia tidak larat nak bersolat dengan kami. Solat sendirian di katilnya mungkin.
Waktu Asar masuk, seperti biasa, aku azankan. Setelah solat sunat, mataku tiba-tiba meleret ke arah pakcik xdi nun di hujung bahagian ward kami.
“Nak, tolong doakan pakcik“. Suaranya sayup kedengaran sebab agak jauh.
“InsyaAllah pakcik.” Aku menjawab ringkas.
Selesai solat, kami laksanakan rutin, zikir dan pengisian ilmu. Dwibahasa.
Aku bangun dan mengemas kawasan solat. Aku ingin ke katilku. Namun hati tiba-tiba ingin ke katil pakcik tadi, nak bertanya khabar.
“Assalamualaikum pakcik! Saya da doakan pakcik. Apa nama apa ye?”
“Ahmad.” Jawabnya (bukan nama sebenar).
“Kenapa pakcik suruh saya berdoa ye? ” Aku saja timbulkan pertanyaan.
Dia mengeluh dan perlahan lahan menjawab.
“Pakcik sudah sebulan di sini, da berapa kali pindah ward, sebulan da tak solat nak. Tu yang pakcik suruh anak doakan pakcik,” Tegasnya.
Aku bertanya lagi.
“Kenapa pakcik tak solat, sakit ye? ”
“Bukan nak, pakcik tak tahu nak solat macam mana.” Jawabnya dengan nada kerisauan. Di mukanya ada wayar oksigen. Tangannya ada drip.
”Oh! takde orang ajarkan ye? Mari saya ajarkan cara wudhuk dan solat pesakit kat pakcik.” Aku cuba membantu.
Gambar sekadar hiasan : Cara pelaksanaan solat untuk orang sakit.
Merah Mata Lelaki Tua Itu..
Serta merta diterima perlawaan aku. Selesai aku mengajarnya. Aku cuba meyakinkannya.
“Alhamdulillah, pakcik da pandai berwudhuk dan bersolat cara orang sakit ye. Nanti kita boleh solat sama sama, pakcik pon boleh berdoa sendiri. Lagi Allah suka.”
Mukanya terus berubah. Nampak ketara kegembiraan. Mungkin sebelum ni, dia khuatir doanya tidak diterima disebabkan tidak solat. Itulah sebabnya dia menyuruhku berdoa untuknya.
“Pakcik jika nak pertolongan, panggil je saya ye. Saya duk di sana.” Aku mempelawa sambil tanganku tunjuk ke arah katilku.
“Baik nak, pakcik ucapkan terima kasih,” sambil air mata lelakinya menitis di kedua pipinya. Merah matanya.
Aku juga tersentuh jiwa ini. Aku meminta izin untuk bergerak. Bagi ruang kepadanya bersama tangisan dengan Allah SWT.
Aku berfikir. Kerja ini kerja dakwah yang wajib diteruskan. Masih ramai yang tidak faham solat ketika sakit. Bukan sebab mereka tak nak solat. Bukan sebab mereka malas.
Allahuakbar. Besarnya hikmah aku kena penyakit COVID-19 ini. Untuk aku turun ke lapangan realiti. Gerak kerja ini mesti diteruskan.
Ini bukan salah siapa-siapa, bukan salah petugas perubatan, ini tanggungjawab bersama. Tugas Kita semua. Yang sihat. Yang sakit. Semua kita. Baru Islam itu indah.
Pesakit bukan dirawat fizikalnya sahaja, tetapi kekuatan roh juga perlu seiring. Inilah dakwah Islam yang perlu sebati dalam diri kita. di mana kita, siapa kita, kerja tabligh kena ada.
Tanpa solat, siapalah kita?
Tanpa doa, sombonglah kita.
“Nak, tolong doakan pakcik ye... ” masih terngiang giang di telingaku. Allahuakbar. Maafkan aku Ya ALLAH
MW : Semoga rakyat Malaysia kekal #DudukRumah dan terus berjuang untuk melawan Covid-19.
Ternyata watak Nurul Ain yang digalas dalam drama tersebut berjaya memberikan impak besar, sekali gus memberi ruang baharu buat gadis ini meniti populariti. Meski memulakan kerjaya seni dalam bidang nyanyian, tuah ternyata menyebelahi Wafariena dalam lakonan apabila namanya mula dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut mengakui menerima banyak kecaman daripada netizen yang terkesan dengan lakonannya dalam drama tersebut sehingga terbawa-bawa dalam dunia nyata.
“Sepanjang drama tersebut disiarkan saya menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga dihujani dengan pelbagai mesej langsung di Instagram.
“Tidak hanya itu, pengurus saya juga menerima nasib sama dan dijadikan tempat meluahkan kebencian mereka, selain diganggu menerusi mesej dan panggilan telefon tanpa mengira waktu.
“Saya tidak ambil hati pun dengan kecaman tersebut kerana faham mereka hanya terbawa-bawa dengan watak dalam drama itu.
“Cuma ada masa rasa terkilan bila ada yang melampaui batas sehingga mencetuskan rasa kurang selesa pada saya dan keluarga,” akuinya.
Tidak Sangka Dapat Perhatian Sebegitu
Menurut pemilik nama lengkap Wafariena Roslan, 25, dia sendiri tidak menyangka mendapat perhatian sebegitu kerana masih baharu dalam bidang lakonan.
“Saya bermula dalam bidang nyanyian dan sebelum ini berusaha keras mencari peluang untuk mengetengahkan bakat dalam bidang itu. Tidak sangka pula apabila muncul dalam drama ini, orang mula nampak dan menerima saya.
“Saya percaya perhatian itu kerana watak Nurul Ain dan tempias populariti drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang berjaya menambat hati penonton,” ujarnya seperti yang ditemui di baru-baru ini.
Sumber Foto: TV3 & Instagram Wafariena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...