Ads

Allahyarham Amir Ashraf Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Asrama, “Allah Pinjamkan Abe Cuma 13 tahun…” Luahan Pilu Ibu

Allahyarham Amir Ashraf
Allahyarham Amir Ashraf

Gambar pelajar tingkatan satu, Allahyarham Amir Ashraf kini menjadi kenangan paling berharga buat keluarga yang ditinggalkan.

Tiada kata-kata mampu diluahkan, nak-nak perginya secara tiba-tiba ketika berada di asrama sekolah. Baru belajar berdikari, kini Alah ambil semula dalam usia yang muda.

Allahyarham Amir Ashraf Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Asrama

Allahyarham Amir Ashraf Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Asrama, “Allah Pinjamkan Abe Cuma 13 tahun…” Luahan Pilu Ibu

Bukan mudah seorang ibu untuk telan ujian ini, sekelip mata anak pergi. Namun ibunya reda. Tullisnya:

“Al Fatihah untuk anak syurga umie. Umie simpan segala kenangan Abe biar Umie boleh tengok selama-lamanya.

“Abe seorang anak yang bertanggungjawab, penyayang, sentiasa menjadi pendengar Umie,pemberi semangat Umie.

“Allah pinjamkan Abe untuk hanya 13tahun..

“Ya Allah,engkau tempatkn anakku di syurgamu di kalangan orang-orang yang beriman. Aaamiinn,” demikian luahan pilu ibunya, Puteri Zana.

Ads

Menurut beliau, arwah merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar setia serta pemberi semangat dalam setiap ujian kehidupan yang dilalui.

Baca Artikel: Guru Kongsi Kisah Sedih, Pelajar Meninggal Dunia, Tak Sempat Tengok Keputusan SPM

“Al-Fatihah untuk anak syurga umie. Umie simpan segala kenangan abe supaya umie boleh tengok selama-lamanya,” luahnya lagi penuh hiba.

“Allah Pinjamkan Abe Cuma 13 tahun…” Luahan Pilu Ibu

Allahyarham Amir Ashraf Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Asrama, “Allah Pinjamkan Abe Cuma 13 tahun…” Luahan Pilu Ibu

Ads

Allahyarham Amir Ashraf dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah, semalam.

Hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair.

Tiada kata mampu menggambarkan perasaan ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah untuk menuntut ilmu, namun akhirnya menerima khabar duka yang amat menyayat hati.

Ads

Allahyarham Amir Ashraf Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Asrama, “Allah Pinjamkan Abe Cuma 13 tahun…” Luahan Pilu Ibu

Anda mungkin berminat dengan

Pemergian Amir Ashraf turut mengundang rasa sedih dalam kalangan rakan-rakan, guru serta masyarakat setempat yang turut bersimpati atas kehilangan insan muda ini.

Tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah.

Gambar: Puteri Zana

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

ibu dijemput Ilahi

Anak Baru Lahir Melihat Dunia, Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25...

Berita pemergian seorang ibu, Haridatul Bahiyah Amsuri benar-benar meruntun jiwa ramai netizen yang ikuti kisah ibu muda ini.