Ads

FWD Life First: Perlindungan Menyeluruh Yang Menenangkan Hati Wanita Tentang Masa Depan

FWD Life First

FWD Life First: Perlindungan Menyeluruh Yang Menenangkan Hati Wanita Tentang Masa Depan

“Kalau jadi apa-apa nanti…” – persoalan ini mungkin tidak diluahkan, tetapi sering bermain dalam fikiran ramai wanita.

Dalam diam, ramai wanita pernah terfikir, bagaimana nasib anak-anak jika sesuatu berlaku pada diri mereka?

Kita mungkin tidak menyebutnya secara terbuka, tetapi kita sedar bahawa kita adalah tulang belakang keluarga. Segala urusan harian, kestabilan emosi, dan juga kewangan banyak bergantung kepada kita.

Apabila kita tiada, bukan sekadar kehilangan yang dirasai, tetapi keseimbangan seluruh keluarga boleh terjejas. Di sinilah pentingnya perlindungan yang bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi semua yang kita sayang.

Baca artikel: Pesakit Wanita Cabut Lari, Insurans Tak ‘Cover’ Bil Rawatan Hospital

FWD Life First: Perlindungan Untuk Seluruh Keluarga

FWD Life First oleh FWD Takaful direka dengan memahami realiti kehidupan sebenar wanita. Ia bukan sekadar pelan biasa yang melindungi individu, tetapi merangkumi keseluruhan ekosistem keluarga.

Perlindungan ini meliputi:

  • Pasangan
  • Anak-anak
  • Ibu bapa
  • Tanggungjawab harian yang kita pikul

Hakikatnya, apabila sesuatu berlaku kepada kita, kesannya akan dirasai oleh semua. Oleh itu, pelan seperti FWD Life First memberi pendekatan yang lebih menyeluruh dan praktikal.

Risiko Penyakit Yang Semakin Dekat

Ads

Di Malaysia, penyakit seperti denggi, malaria, dan hepatitis bukan sesuatu yang asing. Malah, ramai antara kita pernah berdepan situasi kecemasan melibatkan ahli keluarga sendiri.

  1. Pelan ini melindungi semua keperluan asas anda dan juga menyediakan manfaat pampasan yang pelbagai sehingga 500% daripada jumlah dilindungi bagi kematian & hilang upaya penuh dan kekal (HUPK) disebabkan kemalangan.
  1. Pelan ini juga memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap penyakit berjangkit bagi membantu melindungi kewangan anda sekiranya berlakunya sebarang kecemasan kesihatan ke atas diri anda.
  2. Pelan ini turut menawarkan Perlindungan Ihsan Keluarga yang melindungi sehingga 6 orang ahli keluarga anda bagi kematian akibat kemalangan sehingga umur 100 tahun pada hari lahir berikutnya tanpa sebarang pengunderaitan.

Di samping itu, jika berlaku kematian akibat penyakit bawaan nyamuk, pelan ini menawarkan sehingga 200% daripada jumlah dilindungi (maksimum RM200,000). Manfaat, ini bukan sekadar pampasan, tetapi sokongan kewangan ketika keluarga amat memerlukan.

Perlindungan Kemalangan Yang Dipertingkatkan

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana – di rumah, tempat kerja atau ketika bercuti. Dengan FWD Life First, tahap perlindungan adalah lebih tinggi dan relevan dengan gaya hidup aktif wanita masa kini.

  • 200% untuk kematian atau hilang upayaakibat kemalangan
  • 300% jika kemalangan berlaku di tempat awam seperti lif atau bangunan
  • Sehingga 500% jika kemalangan berlaku di luar negara

Bagi wanita yang aktif bekerja, sering bergerak atau mengurus keluarga ke sana sini, perlindungan ini sangat penting dan praktikal.

Jaminan Kewangan Untuk Keluarga

Salah satu kekuatan utama FWD Life First adalah perlindungan terasnya. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, keluarga akan menerima:

Ads
  • 100% jumlah dilindungi; dan
  • Jumlah nilai akaun anda dalam Akaun Simpanan Peserta (ASP)..

Ini membantu keluarga meneruskan kehidupan harian, memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas, dan mengelakkan tekanan kewangan secara mendadak.

Kehilangan emosi sudah cukup berat. Kewangan tidak sepatutnya menjadi beban tambahan.

Baca juga artikel: Dapat Selesaikan Baki Hutang, Beli Rumah PENTING Ambil Insuran MRTT Atau MLTT

Sokongan Menyeluruh Selain Kewangan

Apa yang membezakan pelan ini adalah pendekatan holistik yang ditawarkan. FWD Life First bukan hanya tentang wang, tetapi tentang membantu keluarga bangkit semula.

Sokongan Emosi

Sehingga 10 sesi kaunseling dengan nilai sehingga RM2,000 untuk membantu ahli keluarga menghadapi kehilangan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Nasihat Undang-Undang

Bantuan berkaitan wasiat, harta pusaka dan penjagaan anak bagi memastikan urusan berjalan lancar.

Badal Haji

Diuruskan sepenuhnya untuk pelanggan Muslim, atau alternatif tunai RM2,000 untuk bukan Muslim.

Santunan Keluarga

RM15,000 bagi setiap ahli keluarga terdekat (sehingga 6 orang ahli keluarga) jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Wanita Harus Fikirkan Anak-Anak & Pasangan

Wanita jarang meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan. Kita lebih risau tentang anak-anak, pasangan, dan ibu bapa. Namun, satu perkara penting yang sering diabaikan adalah perlindungan untuk masa depan mereka apabila mereka tiada lagi

Dengan adanya FWD Life First, ketenangan itu datang bukan kerana kita kebal daripada risiko, tetapi kerana kita sudah bersedia menghadapinya.

Walaupun Ini Langkah Kecil, Kesannya Nanti Sangat Besar

Hidup memang tidak boleh dijangka, tetapi membuat persediaan adalah satu pilihan bijak. Perlindungan hari ini boleh menjadi penyelamat untuk keluarga di masa hadapan.

Ketahui lebih lanjut tentang FWD Life First dan mulakan langkah pertama untuk melindungi insan tersayang anda. Kerana bagi seorang wanita, ketenangan sebenar adalah apabila keluarga tetap kuat walau apa pun yang berlaku.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain