Demi kebahagian dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih pada suami isteri memang sanggup lakukan apa sahaja.Bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah Sarifah Salmah Tuan Embong yang menyatukan suami, Saiful Abdul Satar, 34, dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini.Menerusi video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah, 26, duduk berdua di pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Minta Suami Kahwin
Berkongsi kisah, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana dia berisiko tinggi untuk hamil selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.
“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.
“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.
“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya.
Ads
Sarifah Salmah Tuan Embong (kiri) bersama dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara dalam persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Suami Mahu Tambah Zuriat
Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan. Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya.
“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.
“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.
Ads
Jodoh Isteri Kedua
Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18 Mac lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.
“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.
“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.
Ads
“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.
“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.
Baru-baru ini, pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti ada memuat naik gambar lauk kegemarannya iaitu Lawa Kuinin didalam instagram. Punyalah sedap lauk Lawa Kuinin ni, sampaikan ibu kepada Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 dan Dariya Inara, 2 bulan berkata dia boleh tambah nasi 8 kali!
Bagi yang mengikuti instagram Sari Yanti, pelakon ini membahasakan dirinya ‘kakak’ buat para pengikut kesayangannya.
Berikut antara perkongsian oleh isteri kepada Jep Sepahtu ini;
“Lauk (Lawa Kuinin) ni kakak boleh tambah nasi 8 kali.”
“Kisahnya hari tu waktu mantai ( sehari sebelum raya) dekat kampung mama buat lauk ni. Jadi waktu orang semua berbuka, kakak tak boleh lah berbuka sama kan.Sebab kena jaga baby, tambahan kakak memang tak puasa. Jadi memang biasanya kalau tak puasa kena makan kemudian.”
“Nak jadikan cerita ada lah mama buat lauk lawa kuinin ni.Kakak tengok lauk tu laju je jalan. Aduh debar-debar hati kakak takut lauk tu habis.Maklumlah kakak time tu baru habis pantang jadi teringat lah nak makan macam-macam. Kuinin pulak musim bukan sepanjang masa. Kalau sentiasa ada tak la kakak risau. kakak dok peteng (tenung/perati) je lauk tu dari tingkap. Sebab tengok cousin ipar kakak @enciksyafa yang baru belajar makan lauk tu memang suka betul. Dia letak lauk depan dia. Pastu dia makan je sampai habis.”
“Mama ternampak kakak macam risau terus cakap. Lawa kuinin tu ada lagi mama dah asingkan dalam almari lauk. Fuhhh .. lega.”
“Kakak harap post kakak yang ni @enciksyafa tak la tengok. Takut cousin kakak @farahidamazlan terpaksa pulak buat lawa kuinin memalam ni. Nak buat tu tak da masalah rasanya. Tapi kuinin tu mana tah nak cari.”
Menerusi perkongsian di ig story pula, Sari Yanti sudi berkongsi resipi Lawa Kuinin yang diminta oleh para pengikutnya.Mudah je rupanya nak buat lauk ni.
Bahan-Bahan:
Bawang Besar
Cili padi
Santan Segar/ Santan Kotak
Garam
Air panas
Cara Membuat:
1.Potong sedikit bawang besar.
2.Potong cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing.
3.Masukkan garam dalam santan segar.Kalau tiada santan segar santan segar pun boleh.
4.Tambah sedikit air panas dalam santan.
5.Tambahkan kesemuanya didalam buah kuinin yang telah dipotong. Siap!
Menurut Sari Yanti, Lawa Kuinin ini tidak perlu dimasak, dihidangkan begitu saja dan cukup mudah disediakan. Boleh juga cuba Lawa Durian, Lawa Terung dan Lawa Jantung Pisang.
Tambahnya lagi, bagi Lawa Terung, terungnya perlu dibakar dahulu atas arang, diperah dengan sedikit limau dan letak sedikit ikan masin yang telah digoreng.Bagi Lawa Jantung pula, jantung pisang tersebut perlulah direbus terlebih dahulu. Namun bagi Sari Yanti, Lawa yang paling sedap adalah Lawa Bacang kerana ada rasa masam-masamnya.
Jadi buat mak-mak yang nak cuba lauk orang negeri sembilan ni, boleh lah cuba resipi lawa kuinin yang Sari Yanti kongsikan.
Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja perempuan 15 Tahun yang dilapor hilang. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.
“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.
Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Hussein Omar Khan.
Remaja Perempuan 15 Tahun Yang Dilapor Hilang
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sana sini orang sebut pasal Expo Negaraku!Expo Negaraku ini antara lokasi menarik yang yang mak ayah boleh bawa anak jalan-jalan cuti sekolah nanti. Buat mak ayah yang masih tak tahu pasal ekspo ni. Ia bukanlah sekadar ekspo biasa.Ia pameran interaktif dan amatlah sesuai bawa anak-anak kesini, sebab ia boleh tanamkan semangat kecintaan dan kebanggaan pada negara.
Serius ekspo ni tak bosan. Katanya ada 5 kubah pameran interaktif kat sini ikut tema tersendiri.
Kubah 1:Tema’Tuah Dikongsi Bersama’ Kubah 2:Tema’Kemudahan Infrastruktur’ Kubah 3:Tema’Kehidupan dan Kesejahteraan’ Kubah 4:Tema’Gaya Hidup Malaysia’ Kubah 5:Tema’Masa Depan Gemilang’
Ia destinasi terbaik untuk beriadah dan bersiar bersama seisi keluarga pada hari minggu.Yang bestnya masuk adalah PERCUMA, bermula dari 15 November- 15 Disember di Dataran Merdeka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jimat sikit duit poket namun tetap seronok.
Berikut antara perkongsian oleh Reza Hamid yang dah pergi ke ekspo ni;
“Dek kerana minyak dah mahal, jom kita bawa anak-anak pergi Ekspo Negaraku 2017 kat Dataran Merdeka KL. Masuk free bermula semalam sampai 15 Disember.Menarik juga pameran interaktif yang ditonjolkan especially Kubah 1 dan Kubah 5 yang membuatkan anak-anak kecik tak bosan bila masuk dalam ni.
Tapi elok pakai jaket tebal skit sebab aircond dalam ni sejuk yang amat especially musim-musim hujan sekarang ni.”
Posted by Reza Hamid on Thursday, 16 November 2017
Posted by Reza Hamid on Thursday, 16 November 2017
Posted by Reza Hamid on Thursday, 16 November 2017
Posted by Reza Hamid on Thursday, 16 November 2017
Jadi mak ayah, rebut peluang ini, luangkan masa bersama anak-anak disini dan rasai pengalaman yang berbeza pada pameran expo negaraku ini.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...