Ads

Kehilangan Zalina Azman, Ras Adiba Minta Orang Ramai Bantu Jejaki Sahabatnya

Zalina Azman
Zalina Azman

Rindu dengan kelibat sahabat lamanya, Zalina Azman yang sudah bertahun hilang, bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi sekali lagi merayu bantuan orang ramai menjejaki bekas pembaca berita TV3 itu yang hilang sejak lima tahun tanpa dapat dijejaki sehingga ke hari ini.

Kehilangan Zalina Azman

Kehilangan Zalina Azman, Ras Adiba Minta Orang Ramai Bantu Jejaki Sahabatnya

Menerusi hantaran dimuat naik dalam platform Threads, Ras Adiba meminta mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Zalina agar tampil menghubunginya.

“Ini untuk sahabat saya, Zalina Azman. Saya merayu kepada semua supaya membantu saya mencarinya.

“Jika mempunyai sebarang maklumat, sila hantarkan mesej peribadi kepada saya,” tulisnya yang turut menyertakan gambar rakannya itu.

Ras Adiba Minta Orang Ramai Bantu Jejaki Sahabatnya

Kehilangan Zalina Azman, Ras Adiba Minta Orang Ramai Bantu Jejaki Sahabatnya

Misteri kehilangan Zalina atau nama penuhnya Zalina Shaharah Azman, 63, sehingga kini masih belum terungkai meskipun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa sejak dia dilaporkan hilang pada November 2021.

Ads

Beberapa pemeriksaan di kediamannya di Seksyen 3, Shah Alam turut dijalankan polis sepanjang tempoh siasatan, namun tiada petunjuk baharu ditemui.

Dilaporkan bahawa rumah yang pernah didiami bekas personaliti televisyen itu kini terbiar dengan dipenuhi semak samun.

Terdahulu, kehilangan Zalina disedari anaknya, Mikhael Norman pada 24 November 2021 selepas gagal menghubungi ibunya untuk memaklumkan datuknya dimasukkan ke hospital.

Ads

Kehilangan Zalina Azman, Ras Adiba Minta Orang Ramai Bantu Jejaki Sahabatnya

Lima hari kemudian, Mikhael bersama bapa saudaranya pergi ke rumah Zalina dan menemui keretanya masih berada di pekarangan kediaman.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kunci kereta serta wang tunai RM600 masih berada di situ, namun wanita itu gagal dikesan sebelum laporan polis dibuat pada hari sama.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Susulan laporan berkenaan, polis melancarkan siasatan dengan bantuan beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia, selain merakam keterangan 25 individu bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, kehilangan bekas hos program Money Matters itu terus menjadi misteri dengan polis mengekalkan statusnya sebagai Orang Hilang (OH) kerana tiada bukti sahih menunjukkan Zalina meninggal dunia atau meninggalkan negara.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

tip tanam pokok sup

9 Tip Tanam Pokok Sup Subur, Daun Lebih Besar & Gemuk...

Nak tahu tip tanam pokok sup yang subur dan berdaun besar? Ikuti 9 tip mudah daripada Cikgu Kebun untuk hasilkan pokok sup 'giant' yang tahan lama dan segar.