
Sungguh bagai dikata, cinta tak kenal usia. Inilah yang dilalui oleh sepasang suami isteri yang mana perbezaan usia mereka 48 tahun, tetapi bahagia walau ada sesetngah orang menyangka wanita ini adalah ‘anak’ kepada lelaki yang juga suaminya sendiri.
Cinta Tak Kenal Usia

Che Zainun Che Ahmad, 32, mengakui pada mulanya dia berasa janggal apabila sering menerima tanggapan sedemikian, namun kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Menurutnya, dia tidak menyalahkan orang ramai kerana sudah bersedia berdepan pelbagai persepsi, sebaik membuat keputusan memilih warga emas sebagai suami.
“Saya mendirikan rumah tangga dengan suami, Hazlan Hajar, 80, sejak 10 tahun lalu, selepas beberapa tahun berkenalan di Facebook.
“Pada mulanya, kami sekadar kenalan biasa tetapi sikap penyabar dan kematangan suami berjaya menambat hati dan saya bersetuju melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.
“Tambahan pula saya memang lebih meminati lelaki lebih berusia untuk dijadikan pasangan,” katanya.
Beza 48 Tahun Bukan Penghalang Untuk Jadi Suami Isteri

Che Zainun yang menetap di Kelantan berkata, sebelum berkahwin, dia pernah berkenalan dengan lelaki yang sama usia tetapi tidak menemui keserasian.
Menurutnya, reaksi keluarga apabila mengetahui hubungannya dengan lelaki berusia membuatkan mereka terkejut pada peringkat awal.
“Keluarga mereka merestui, cuma mereka gusar dengan kemampuan suami untuk memberi nafkah batin berikutan faktor usia suami. Suami berusia 70 tahun ketika itu sedangkan saya baru 22 tahun.
“Namun bagi saya, umur hanyalah angka. Alhamdulillah, kami dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang berusia sembilan tahun, manakala yang bongsu berumur satu bulan.
“Suami saya sangat menjaga pemakanan dan Alhamdulillah kesihatannya masih baik serta bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.

Mungkin suaminya tidak romantik tetapi sikap berterus terangnya menjadikan kehidupan rumah tangga mereka tenang dan tanpa drama.
Anda mungkin berminat dengan
“Memandangkan jurang usia yang jauh, maka minat dan gaya hidup kami juga berbeza. Namun, saya memilih lebih banyak mengalah demi keharmonian rumah tangga kerana ego lelaki berusia agak tinggi,” katanya.
Menurutnya lagi, dia tidak menggalakkan perkahwinan dengan pasangan perbezaan usia terlalu jauh.
“Apatah lagi dengan lelaki berusia dan berstatus duda seperti suami saya. Hubungan seperti ini memerlukan kekuatan emosi yang tinggi kerana jika emosi tidak stabil, dikhuatiri rumah tangga dibina tidak dapat bertahan lama.
“Carilah pasangan yang matang, sekufu dan jarak umur tidak terlalu jauh,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

