Bekas Pembaca Berita TV3 Zalina Azman, 58, hilang sejak November. Salah seorang bekas personaliti TV3 yang popular Zalina Shaharah Azman telah dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Wanita yang pernah mengendalikan program Money Matters itu juga pernah mendapat jolokan ‘hos wanita paling glamor’ mempunyai pengalaman menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela serta selebriti terkenal antarabangsa seperti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

Bekas Pembaca Berita TV3 Zalina Azman Hilang Sejak November

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.

Zalina dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

“Pada 29 November 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.

Keadaan Rumah Tidak Tersusun

Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.

IKLAN

Hebahan Kepada Orang Ramai

Malah beliau berkata, segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

Katanya, polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

Bekas Pembaca Berita TV3 Zalina Azman Hilang Sejak November, Segala Usaha Mencari Telah Anak Lakukan
Gambar sewaktu Zalina bekerja sebagai Pembaca Berita TV3

Baca Disini : ‘Terpedaya Selepas Berkenalan Dengan ‘Doktor’ Dari Iraq.’ Kasihannya Nenek Penjaga Stor Hilang RM565,700

IKLAN

Usia 54 Tahun, Maintain Cantik, Rupanya Zakiah Anas Hiking Tiga Kali Seminggu, Badan Sentiasa Fit & Cergas  

Menarik Lagi : 

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

 

IKLAN

Bekas Pembaca Berita TV3 Zalina Azman Hilang Sejak November, Segala Usaha Mencari Telah Anak Lakukan

Mingguan Wanita: Semoga dipermudakan usaha mencari wanita ini. 

Sumber : BERNAMA

**PROMOSI: Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita