Sumber Foto: Instagram Azizah Ariffin

Terpegun MW melihat wajah Hajah Azizah Ariffin sewaktu menemubul figura hebat ini. Mana tidaknya walaupun usianya sudah mencecah 51 tahun namun dia kelihatan muda, jelita dan kekal langsing.

Wajah ayunya menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebagai penyampai berita di TV3 sekitar tahun 1996-2016. Kemudian menjadi pengacara beberapa program TV popular seperti Nona dan Wanita Hari Ini (WHI).

Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV Al Hijrah secara sambilan. Azizah juga masih aktif menerima undangan sebagai pengacara majlis & terlibat secara aktif sebagai pengacara Aktivis Kesihatan & Penceramah Diet Sihat.

Wanita ini hadir ke studio baru-baru ini sebagai tetamu bagi program secara langsung di media sosial Mingguan Wanita, ‘Sembang Wanita’ yang disiarkan pada 24 Disember lalu. Sembang Wanita merupakan sebuah program yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie. Bagi anda yang terlepas bolehlah saksikan hantaran video ini di saluran Youtube dan Facebook Mingguan Wanita.

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Rahsia Azizah Ariffin, Amalkan Gaya Hidup Sihat

Pesona wanita yang bergelar isteri dan ibu ini masih hebat, walaupun sudah mencecah usia lebih 50 tahun namun dia masih aktif dalam aktiviti kecergasan dan tubuhnya kekal langsing.

Berkesempatan bertanya tentang rahsia awet muda dan kekal cergas, Azizah yang cukup tertib ketika berbicara menyatakan dia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Macam saya, lebih beri tertumpu kepada aspek gaya hidup yang sihat. Saya memberi penekanan dalam pemakanan harian, amalan bersenam, bergaul dengan golongan yang positif, jauhi tekanan dan tidur yang mencukupi.

“Semua sedia maklum, saya memang mementingkan makanan Quranic food ni sejak bertahun. Saya yakin dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, amalan minyak zaitun Olivie 30x dari Olive House yang wajib saya makan dua sudu setiap pagi.

“Dalam minyak zaitun ini, ia mengandungi squalene iaitu merupakan pecahan dari lemak di dalam minyak zaitun yg membantu kelembapan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. Squalene ini juga bertindak sebagai pencegahan dari sebarang kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari yang boleh memberi kesan penuaan kepada kulit.

Kesihatan Yang Baik Dapat Tingkatkan Ketaqwaan Kepada Allah SWT

“Menariknya, Olivie 30x ini mengandungi lima kali ganda Vitamin E berbanding minyak zaitun biasa. Oleh kerana itu la, tindak balas terhadap kesihatan kulit sangat cepat apabila menggunakan Olivie 30x ni. Vitamin E terkandung di dalamnya, dapat menyokong sistem imun dan meningkatkan fungsi sel serta bertindak sebagai antioksidan yang berkesan mengawal radikal bebas yang dihasilkan oleh metabolisma tubuh dan juga persekitaran. Ia juga berfungsi membantu mengurangkan kesan kerosakan oleh cahaya UV terhadap kulit.

IKLAN

“Subhanallah minyak zaitun ni, bukan hanya untuk dimakan sahaja, tetapi boleh disapu terus ke wajah sebagai pelembap. Sekarang dah tak jadi rahsia lagi untuk miliki awet muda yang sihat bertenaga.

“Semoga kesihatan yang dikurniakan dalam usia begini, dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah,” ungkap Azizah yang turut memberitahu amat menitik beratkan kesihatan dalaman terutamanya ketika berhadapan dengan pendamik Covid 19 pada waktu ini.

Aktif Sukan Berbasikal & Aktiviti Mendaki

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Cukup bertenaga, wanita ini juga begitu aktif dalam aktiviti kecergasan. Akui Azizah dia mempunyai gang berbasikal dan gang mendaki.

“Saya sangat suka aktiviti mendaki. Samada bukit atau gunung. Saya seorang yang sukakan aktiviti luar yang lasak.

“Saya ada gang mendaki dan juga gang berbasikal. Biasanya pada hujung minggu, saya dan suami akan habiskan masa dengan mengayuh basikal. Suami memang seorang yang aktif dalam sukan berbasikal.

IKLAN

“Seronok sangat bila dapat lakukan aktiviti yang kita suka terutamanya kayuhan basikal. Malah boleh bantu bakar lemak dalam badan,” terang Azizah.

Ditanya tidakkah dia gusar melakukan aktiviti ini, memandangkan baru-baru ini berlakunya kemalangan maut pada seorang pengayuh basikal.

“Memang sekarang ini tidak dinafikan sukan kayuh basikal ini bagaikan satu trend. Pada saya jika lakukan aktiviti ini kenalah ikut peraturan jalan raya kerana melibatkan nyawa.

“Nasihat saya jika hendak lakukan kayuhan lakukan aktiviti ini dalam kumpulan dan janganlah berseorangan. Jika ada gang akan lebih selamat dan ada yang akan tolong jika jika ada apa-apa yang berlaku. Carilah tempat yang tak banyak kereta sangat,” terang Azizah yang gemar lakukan aktiviti yang mengeluahkan peluh.

Baca Disini Juga: 

Usia 54 Tahun, Maintain Cantik, Rupanya Zakiah Anas Hiking Tiga Kali Seminggu, Badan Sentiasa Fit & Cergas  

Sihat Dan Cantik Dengan Minuman Detoks

Isteri Achey Aktif Berbasikal Kuruskan Badan “Kena Sihat & Steady, Bersedia Untuk IVF”

IKLAN

 

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Rahsia Azizah Ariffin Tampil Jelita & Langsing Walaupun Usia Sudah Cecah 51 Tahun

Makan Suku Suku Separuh Ikut Pinggan Kesihatan Malaysia

Azizah juga berkongsi sebelum lakukan aktiviti kecergasan dia akan mengambil dua sudu minyak zaitun tambahan serta makanan organik seperti kurma. Malah katanya juga, tenaga datang dari makanan dimakan dan perlulah kurangkan gula.

“Saya memang jaga pemakanan. 80 peratus makanan dan 20 peratus saja senaman. Saya juga kurangkan pengambilan karbo dan gula dalam minuman.
“Saya turut amalkan pengambilan suku suku separuh ikut pinggan kesihatan Malaysia.

“Saya memang kena makan nasi. Kalau tak makan nasi nanti akan pening. Tapi saya banyakkan pengambilan sayur. Biar sayur separuh, protein pula besar penumbuk. Jika ambil nasi banyak nanti cepat naik berat badan.

“Air manis memang kena tinggalkan, InsyaAllah akan cepat turun berat badan. Walaupun mencabar namun jika boleh displin memang bagus dan badan akan kekal langsing,” kongsi Azizah.

Sumber Foto: Instagram Azizah Ariffin

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI