Baru-baru ini anak kepada pelakon, allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.
Anak Allahyarham Lydia Ibtisam Luahkan Perasaan
Menerusi perkongsian tersebut, Sarah Alisya meluahkan penghargaan dan berterima kasih kepada ibunya atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan.
“Mama, saya sayang Mama lebih daripada apa yang mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.
Terima kasih untuk setiap pengorbanan, setiap pelukan, setiap nasihat dan setiap detik yang Mama habiskan untuk menyayangi saya.”
Tak Sangka Ibu Akan Pergi Secepat Ini
Sarah Alisya menyifatkan arwah merupakan individu paling berharga dan menjadi sumber inspirasi dalam hidupnya.
Ads
Malah, arwah juga banyak menitipkan nasihat dan mengajar tentang nilai kehidupan sehingga membentuk dirinya menjadi insan seperti hari ini.
“Mama adalah insan yang paling menjadi inspirasi dalam hidup saya. Tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Mama dalam hati saya.
Terima kasih sebab ajar saya banyak perkara tentang kehidupan untuk sentiasa berbuat baik, kuat menghadapi dugaan dan tidak pernah berputus asa. Segala yang saya ada dan siapa saya hari ini adalah kerana Mama.”
Ujar Alisya, dia tidak pernah menyangka akan kehilangan ibunya secepat itu, namun berjanji akan terus membawa segala ajaran dan nilai yang telah diberikan oleh Allahyarham dalam hidupnya.
Ads
“Saya tak pernah terbayang saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Mama secepat ini.
“Hati saya sangat sakit, tapi saya janji akan bawa segala ajaran dan kasih sayang Mama ke mana sahaja saya pergi.
“Saya harap saya dapat buat Mama bangga, sama seperti Mama yang sentiasa membuatkan saya bangga memanggil Mama sebagai ibu saya. Saya sangat rindukan Mama.
Dalam kesempatan itu, Sarah Alisya turut menitipkan doa agar Allah SWT menempatkan arwah ibunya dalam kalangan orang beriman.
Ads
“Saya akan sayang Mama selamanya. Semoga Allah menempatkan Mama di syurga yang tertinggi bersama orang-orang yang beriman.
“Sehingga kita bertemu lagi, ketahuilah bahawa Mama akan sentiasa menjadi anugerah terbesar dalam hidup saya.
Saya sayang Mama selamanya. Al-Fatihah.”
Arwah Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di ibu kota pada Khamis.
Sekadar info, Elliza mendedahkan Lydia sebenarnya telah hampir lapan tahun berjuang melawan penyakit autoimun yang semakin serius apabila turut menjejaskan beberapa organ dalam tubuhnya.
Pada Rabu, Elliza memaklumkan Lydia berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di hospital, selain merayu orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan sahabat baiknya itu.
Syed Saddiq dah dapat “lampu hijau” Mama & Abuyah, hargai tunang setia harungi ujian bersama.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mendedahkan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Mama dan Abuyah untuk meneruskan perancangan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Bella Astillah.
Perkongsian itu dibuat sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembebasannya daripada empat pertuduhan pada Isnin sambil beliau menzahirkan penghargaan kepada keluarga serta Bella Astillah yang setia berada di sisinya sepanjang hampir enam tahun melalui episod penuh ujian.
Dalam sidang media selepas keputusan mahkamah diumumkan, Ahli Parlimen Muar itu dilihat beberapa kali menahan sebak ketika mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah berhenti mempercayai dan menyokongnya. Selain kedua ibu bapanya, nama Bella Astillah turut disebut sebagai individu yang sentiasa memberi kekuatan ketika beliau berdepan saat paling sukar dalam hidup.
Syed Saddiq mengakui bukan mudah buat Bella menerima dirinya ketika mereka mula mengenali antara satu sama lain. Ketika itu, beliau sudah pun berdepan kes mahkamah yang menjadi perhatian seluruh negara.
Namun, menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Bella tidak pernah memilih untuk menjauhkan diri, sebaliknya terus memberikan sokongan sepanjang proses perbicaraan berlangsung.
“Terima kasih juga kepada tunang saya, Bella yang setia bersama. Bukan mudah ya kerana sebelum dia bersama saya, saya merupakan salah seorang pesalah di mahkamah.
“Sumbangan dan jasa dia saya tak lupa.”
Pengakuan itu menyentuh hati ramai kerana Syed Saddiq secara terbuka mengiktiraf pengorbanan Bella yang sanggup berdiri teguh di sisinya ketika pelbagai persepsi dan ujian melanda.
Sejak hubungan mereka diketahui umum, pasangan ini sering menjadi perhatian ramai. Ada yang mengagumi keserasian mereka, tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan tersebut berakhir di jenjang pelamin.
Selain penghargaan buat Bella, kenyataan yang paling mencuri perhatian pastinya apabila Syed Saddiq mendedahkan beliau sudah menerima restu daripada kedua ibu bapanya.
Menurut beliau, isyarat positif itu diterima sebaik sahaja selesai prosiding mahkamah.
“Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga khususnya Mama dan Abuyah, saya fikir ramai tahu apa yang mereka lalui selama ini.”
Ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinan, Syed Saddiq memilih untuk tidak mengulas panjang kerana menghormati institusi kehakiman. Namun, beliau sempat memberikan jawapan yang membuatkan ramai tersenyum.
“Tetapi, boleh tanya (soal kahwin) di luar mahkamah kerana saya menghormati institusi kehakiman ini.
“Saya tak mahu keluarkan respons yang melibatkan perkara peribadi semata-mata, cuma tadi dah dapat ‘lampu hijau’ daripada Mama dan Abuyah.”
Ungkapan ringkas itu pantas tular di media sosial apabila ramai peminat menganggap ia sebagai petanda hubungan pasangan tersebut kini semakin hampir ke fasa seterusnya.
Dalam sidang media sama, Syed Saddiq turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang hampir enam tahun berdepan siasatan dan pendakwaan.
Beliau turut berterima kasih kepada adik-beradik, rakan-rakan, pasukan peguam yang diketuai Datuk Hisyam Teh Poh Teik serta pengamal media yang mengikuti perjalanan kes tersebut sejak awal.
Menurut Syed Saddiq, pengalaman yang dilaluinya bukan sesuatu yang mudah dan beliau berharap tiada sesiapa, termasuk musuh politiknya sendiri, perlu melalui ujian yang sama.
Mengulas mengenai perancangan selepas ini, beliau berkata bercadang mengadakan kenduri kesyukuran khusus buat penyokong dan rakyat Muar yang tidak pernah berhenti memberikan kepercayaan kepadanya.
Katanya, walaupun pernah berdepan keputusan prima facie sebelum Pilihan Raya Umum, rakyat Muar tetap memilih beliau sebagai Ahli Parlimen. Kepercayaan itu menjadi amanah yang akan terus dipikul demi membela kebajikan masyarakat di kawasan tersebut.
Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap Syed Saddiq menerusi keputusan majoriti 2-1.
Keputusan itu menyaksikan beliau dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan majoriti tersebut sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.
Di sebalik keputusan yang memberi kelegaan kepada dirinya dan keluarga, kenyataan mengenai ‘lampu hijau’ daripada Mama dan Abuyah serta penghargaan buat Bella Astillah nyata menjadi momen yang paling mencuri perhatian.
Ramai peminat turut membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah dan doa agar segala perancangan pasangan itu dipermudahkan serta berakhir dengan sebuah ikatan yang diimpikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ditakdirkan kahwin tak sekufu, ini salah satu cabaran buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukan tidak mampu menolak awal-awal tetapi kalau sudah jodoh, lari macam mana pun tetap akan berjumpa dan akhirnya hidup sebumbung.
Ini kisah B40 Sabah dengan T20 Kelantan yang degil nak kahwin walaupun banyak benda yang tak sekufu. Jemput baca dengan hati terbuka dan kautlah apa yang baik daripada perkongsian cerita alam perkahwinan ini.
Aku betul-betul culture shock bila masuk keluarga suami, dan suami aku pun sama bila masuk keluarga aku. Perbezaan keluarga kitorang memang 360 darjah beza!
Beza pertama yang paling ketara ialah mindset pasal anak. Bagi mertua aku, anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Selagi anak-anak belajar, selagi tu kena tanggung semua keperluan. Bahkan yang dah bekerja dan berkahwin pun mertua aku masih support financially ya!
Tapi parents aku pula? Anak-anak adalah investment. “Aku lahirkan kau supaya ada yang tolong aku, kau dah besar nanti kau kasi aku duit, aku dah boleh rehat.”
Ayat itu yang aku hadap. Masa aku tak habis belajar lagi kat universiti, ayah aku dah berhenti kerja sbb malas. Tunggang-terbalik hidup aku struggle nak survive. Harap duit PTPTN memang sesak lepas bayar yuran, sampai aku terpaksa ikat perut makan 6 bungkus maggi sehari. Tak ada real food langsung! Siang study, malam kerja dropship.
Anak-anak B40 kena struggle tanggung parents nak beli barang jenama. “Belikan bapa Levi’s.” “Belikan Nike.” Padahal gaji anak bawah RM2k je. Masa aku baru kerja dengan gaji RM1.6k di Selangor, bapak aku pernah cakap, “Ingatkan dah besar ni kau dah boleh senangkan aku. Rupanya sama je susah.”Mak aku pula bandingkan dengan anak jiran yang bagi RM1k sebulan, padahal aku cuma mampu bagi RM300 masa tu. Sumpah, ayat-ayat tu masih berbekas dalam hati aku sampai sekarang.
Berbeza gila dengan suami aku. Masa study, bulan-bulan dia dapat duit poket. Bila dah kahwin, dia cuba transfer RM100 kat umi dia, tapi umi dia tolak dan cakap, “Utamakan anak bini dulu. Tak payah transfer ke umi.” Kalau mertua aku datang sini pula, diorang yang belikan baju-baju untuk suami aku tau!
Beza kedua ialah bab balik kampung. Parents aku siap cakap, “Tak payah la balik beraya kat Kelantan tu, mertua kau kan selalu datang rumah kau.” Padahal masa tu memang turn balik raya Kelantan! Mertua aku pula sangat prihatin, selalu tanya, “Mak ayah Miza ok ke Miza datang sini beraya? Jangan lupa call mak ayah ya.”
Kalau balik rumah mertua kat Kelantan, kitorang cuci kaki je. Semua benda mertua beli, anak-anak tak payah sibuk keluar duit beli barang dapur. Kalau makan luar pun, mertua yang akan bayar semua dan belanja anak menantu. Tapi kalau balik rumah family aku? Semua benda anak menantu kena uruskan. Kena beli groceries, kena beli makanan, dan kitorang yang kena bayar everything.
Beza ketiga pula bila bab datang melawat rumah kitorang. Mertua kalau nak datang mesti minta izin dulu. “Umi abah boleh datang ke? Miza ok ke kalau umi abah datang?”Dah la minta izin, datang pula bawa makanan penuh sampai tak muat peti ais! Flight diorg beli sendiri, datang sini naik grab atau sewa kereta. Langsung tak susahkan kitorang.
Parents aku pula jenis menuntut. “Bila nak belikan tiket flight?” “Tak nak ajak kami datang sana ke?” “Pukul berapa kau jemput aku kat airport ni?” Pendek kata, A-Z kitorang kena handle. Satu sen duit pun tak mau keluar padahal ada je duit. Bila dah duduk rumah, “Bila kau nak bawa bapak pergi mall ni?”Sampai mall, minta beli Levi’s pula. Makan pun kitorang kena keluar duit, lepas tu siap komplen tak sedap! Sabar jela suami aku hadap. Tu belum cerita dia ajak sekali makcik pakcik aku datang serentak tanpa bagitahu!
Beza keempat ialah priority selepas kahwin. Mertua aku selalu pesan kat suami supaya utamakan aku dulu selepas nikah, padahal syurga lelaki kat ibu dia. Tapi parents aku bergasak dengan prinsip, “Kau anak aku kau kena dengar cakap aku, bukan laki kau.” Banyak kali diorg buat decision tanpa minta izin suami aku, terutama bab bawa masuk orang luar tinggal kat rumah kitorang. Tahu-tahu dah terpacak depan pintu! Nasib baik suami aku ni jenis penyabar, datang dari keluarga yang baik-baik, jadi dia tak ada lah nak halau ke apa. Hadap saja lah.
Tapi sekarang aku dah belajar set boundaries dengan family aku. Aku belajar say NO. Apa-apa hal aku akan cakap, “Tanya laki aku dulu,” atau “Laki aku kata tak boleh.”Aku sayang mak ayah aku, tapi maaf, aku lebih utamakan suami aku sekarang. Duduk dengan mertua rasa satu ketenangan yang aku tak pernah dapat bila bersama dengan parents sendiri.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa lelaki kaya macam dia pilih aku kan? Bagi suami aku, yang kaya tu umi abah dia, bukan dia. Dia mengaku dia miskin sebab sekarang kitorang hidup guna duit sendiri. Cuma adalah abah dia hadiahkan kereta Nissan cash masa baru kahwin sbb tak nak kitorang pening bayar installment. Suami aku pilih aku sebab I was there when he had nothing.
Masa kenal dulu, dia tak pernah menunjuk dan tak suka minta duit parents. Aku ingatkan dia betul-betul miskin sebab masa tu aku dah kerja dan dia baru habis study. Aku selalu belanja dia Foodpanda. Sekali satu hari tu, rider hantar proof of delivery… LAHHH RUMAH BANGLO BESAR KEDABAK! Siot betul, rupanya anak orang kaya!
Satu lagi benda kelakar, biras-biras aku semua hantaran bawah RM10k je sbb ikut adat sana. Tapi kena tang aku, pangggg amik kau RM28k! Tapi mertua aku langsung tak terkejut sbb abah dia pernah kerja kat Borneo dulu, jadi dia faham sangat yang hantaran kat Sabah memang macam tu nilainya.
Kitorang mungkin tak sekufu dari segi harta dan budaya keluarga, tapi kitorang sekufu dari segi education. Bab agama pula, aku tengah belajar slow-slow. Dulu aku jenis salam je sepupu dan pakcik lelaki, tapi sekarang aku dah belajar pakai stokin dan handsock sebab suami aku kata, aurat aku ni cuma dia sorang sahaja yang boleh nampak!
Begitulah perbezaan didikan dan budaya dalam dua buah keluarga yang jadi takdir dalam hidup seorang anak apabila masuk dalam keluarga pasangan.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang kemudian digunakan bagi mengurus permohonan pekerja asing.
Menurut polis, suspek dipercayai mengambil kesempatan sebagai ejen berdaftar Jabatan Imigresen untuk menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.
Kegiatan itu terbongkar menerusi empat serbuan di sekitar Kulim pada 27 Jun lalu yang membawa kepada penahanan 24 individu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga Bangladesh berusia lewat 40-an itu berkahwin dengan wanita tempatan berusia 69 tahun yang lumpuh serta mempunyai tiga syarikat iaitu sebuah kedai runcit, kedai komputer dan syarikat kontraktor pembinaan bertaraf G7.
Memetik sumber Sinar Harian, polis percaya syarikat-syarikat tersebut digunakan sebagai alasan bagi membolehkan permohonan pekerja asing dibuat.
“Siasatan mendapati suspek berkahwin dengan wanita tempatan dan mempunyai tiga syarikat iaitu kedai runcit, kedai komputer dan kontraktor pembinaan bertaraf G7.
“Polis percaya syarikat itu digunakan sebagai alasan untuk membolehkan permohonan pekerja asing dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Selasa.
Adzli berkata, suspek dipercayai memperoleh bayaran kira-kira RM4,000 bagi setiap individu yang mendapatkan permit kerja.
Katanya, selepas menjadi ejen berdaftar Jabatan Imigresen, suspek dipercayai mengambil kesempatan menghasilkan permit kerja palsu.
“Dia mendapat upah kira-kira RM4,000 bagi seorang. Modus operandinya, apabila sudah menjadi ejen, pada masa sama dia mengambil kesempatan membuat permit palsu.
“Dia sudah menjadi ejen berdaftar, mempunyai syarikat dan boleh membuat permohonan permit. Individu yang ditahan beramai-ramai di rumah itu dipercayai sedang menunggu permit palsu dikeluarkan,” katanya.
Dalam operasi itu, polis merampas 40 pasport, 10 telefon bimbit, empat komputer riba serta satu permit kerja palsu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket tersebut.
Semakan bersama Jabatan Imigresen mengesahkan semua pasport yang dirampas adalah tulen namun sebahagiannya bukan milik individu yang ditahan.
Pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik salah seorang suspek turut menemukan dokumen pasport dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang memaparkan gambar individu sama tetapi menggunakan nama serta nombor siri berbeza.
Bagaimanapun, semakan terhadap satu daripada nombor pasport berkenaan mendapati ia didaftarkan atas nama individu lain.
Analisis forensik terhadap komputer riba pula menemukan dokumen berkaitan permohonan kad UNHCR, templat kosong serta perisian yang dipercayai boleh digunakan untuk menyunting dokumen.
Dalam perkembangan sama, polis kini memburu seorang lagi lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun yang dipercayai turut menjadi dalang sindiket berkenaan.
Katanya, isteri suspek yang juga wanita tempatan berusia 33 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kesemua 24 individu direman sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen.
Polis turut meneliti kemungkinan memperluaskan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Masa yang sama, polis tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain yang turut terlibat dalam sindiket berkenaan dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta tampil membantu siasatan, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kemudahan permohonan pekerja asing.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hijab Uniqlo cetus perdebatan netizen selepas iklan produk itu dipersoalkan kerana cara pemakaian model. Ini pandangan kedua-dua pihak mengenai isu berkenaan.