Ads

Percutian Bertukar Jadi Tragedi, Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

Percutian
Percutian

Cerita percutian sebuah keluarga dari Pasir Puteh, Kelantan bertukar jadi tragedi apabila anak perempuan yang merupakan kanak-kanak autistik dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam.

Percutian Bertukar Jadi Tragedi

Percutian Bertukar Jadi Tragedi, Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

Menerusi portal berita, mangsa, Nur Muazzah Aisyah Mubi, 7, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa bersama ibu bapa serta ahli keluarganya baru tiba untuk bercuti di bandar raya ini, semalam dan dikatakan menginap di sebuah inap desa di tingkat 13 pangsapuri tersebut.

Ibunya, Nor Azera Ismail, 36, berkata, dia agak terkilan memandangkan niat asal mereka sekeluarga menetap di situ untuk menginap sementara selama dua malam bagi menghadiri seminar.

​”Saya sampai rumah ni dalam jam 9.30 malam semalam (Jumaat). Tak sangka tingkap rumah ni tak ada geriji. Nak cari rumah lain pun sebab dah malam.

​”Jadi saya dan suami, Mubi Mat Husin, 38, memilih untuk menetap sahaja di situ malam tadi,” katanya.

Ads

Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

Percutian Bertukar Jadi Tragedi, Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

Menceritakan semula detik sebelum kejadian, Nor Azera berkata, dia sama sekali tidak menyangka anaknya akan bangun daripada tidur dan membuka tingkap berkenaan.

​”Saya sebenarnya rasa tak sedap hati bila sedar tingkap di rumah inap ni tak ada jeriji keselamatan dan tidak berkunci. Sebelum tu sekitar pukul 12 tengah malam tu anak saya cuba nak buka tingkap. Sebenarnya saya tak sangka tingkap tu tak berkunci.

“Saya cuba cari sesuatu untuk bagi rasa selamat sikit… cari tali nak ikat pintu atau tingkap tu, tapi tak jumpa apa-apa. Lepas tu saya terjumpa bunga telur dekat atas almari, jadi saya ambil riben dia untuk ikat tangan anak saya dengan tangan saya supaya rasa selamat, lepas tu kami tidur,” katanya.

Ads

Katanya, dia hanya bangun sekitar jam 6 pagi untuk mandi dan bersiap di ruang tamu memandangkan cermin hanya ada di ruangan itu manakala anaknya masih berada di tempat tidur.

Dapat WhatsApp Anak jatuh

Percutian Bertukar Jadi Tragedi, Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

​”Tengah bersiap tu, ada orang hantar mesej melalui WhatsApp, jadi saya pun buka telefon nak tengok. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah dengan kuat.

Ads

​”Saya pelik siapa yang ketuk pintu sebab saya bukan orang situ. Bila saya buka pintu, orang tu beritahu yang anak saya terjatuh. Saya segera meluru ke tingkap untuk jenguk ke bawah dan nampak tubuh anak saya di tempat letak kenderaan,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Percutian Bertukar Jadi Tragedi, Kanak-kanak Autistik Terjatuh Dari Tingkat 13

Jelas Nor Azera, kejadian itu berlaku dengan begitu pantas dan mereka tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan sebelum kejadian.

Berat sungguh ujian yang menimpa keluarga ini, semoga keluarga arwah Nur Muazzah Aisyah tabah dengan apa yang berlaku. Al Fatihah.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Lydia Ibtisam

Anak Allahyarham Lydia Ibtisam Luahkan Perasaan, Tak Sangka Ibu Akan Pergi...

Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.