CIMBClicks

Hari ini media sosial tular dengan isu sistem portal perbankan CIMBClicks tidak selamat. Takut-takut kita nak transfer duit dibuatnya.

Malahan ada dakwaan daripada pengguna yang mana akaun mereka boleh diakses walaupun memasukkan kata laluan yang salah.

Salah satu perkongsian yang viral hari ini daripada Puan Intaz Dzulkefli, jadi dia selitkan dua nasihat buat pengguna CIMBClicks sebagai langkah berjaga-jaga.

Nasihat Buat Pengguna CIMBClicks

Terbaca tentang kes #CIMB viral satu per satu kes penipuan, duit hilang dan unsafety online transactions.

Ingatkan selama ni transfer guna website dah cukup selamat. Tadi try log in guna wrong password, seriously still log in jugak, terus rasa insecure.

The worst part, cuba transfer duit ke akaun lain dan transaksi itu SUCCESSFUL.

IKLAN

Kawan-kawan yang ada saving dalam CIMB, bersegeralah selamatkan simpanan kalian. The security of CIMB online banking is bad. Please aware, jangan ambil ringan.

Ini bukan cobaan, ini betul-betul.

1) Kalau boleh, tak perlu pun try kaedah (actual password) + extra digits kat belakang password tu untuk log in. Atau saja-saja test masukkan wrong password. Baik guna actual password dan transfer terus duit ke lain tanpa buat macam tu. Atau buat withdrawal guna ATM. Incase dah terbuat guna wrong password tu, ada baiknya reset semula password walau dalam akaun tu dah tak ada duit.

2) Ada yang kata CIMB sedang upgrade sistem security cimbclicks. But as a user, tak salah sekadar berjaga-jaga sebab kalau duit hilang, proses nak dapat semula duit kita yang hilang tu tak semudah petik jari.

IKLAN

Siapa ada pengalaman duit lesap dalam bank dia akan tahu, boleh jadi duit hilang tu pun tak berganti. Jadi, terpulanglah.

Kenyataan Dari Pihak CIMB Bank Bhd

Susulan itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) tampil menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Polis menasihatkan orang ramai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu kepada pihak bank berkenaan tentang apa sahaja perkara yang mencurigakan.

IKLAN

Pihak bank juga telah memberi kenyataan tentang perkara ini dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Cuma pengguna kena sentiasa berwaspada dan pastikan apa-apa yang diperoleh, dapatkan pengesahan dari bank berkenaan. Orang ramai usah khuatir, kalau ada kemusykilan dapatkan pengesahan bank.

Dalam satu kenyataan dari CIMB, pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

Selain daripada memastikan sistem CIMB boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, pihak bank turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web.

Jadi orang ramai yang ingin membuatkan urusan perbankan online boleh berjaga-jaga dengan nasihat ini dan jika ada sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi talian +603 6204 7788.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI