Pencarian selama 6 hari ahli keluarga seorang wanita, Painah Siwan berakhir dengan berita gembira apabila warga emas ini ditemui lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parti Sayang, Senggarang.

Painah yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu diyakini masih hidup kerana semasa usaha pihak berkuasa mencari secara fizikal, ada pengamal perubatan memaklumkan dirinya masih hidup namun disorok oleh bunian.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan, 79, ditemui oleh orang awam yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.

“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

BACA SINI :Gunung Berembun, Lokasi Akhir Nora Anne Ditemui Tersimpan Cerita Mistik Tersendiri

TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.

Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul. Ibunya mulai tidak dapat dikesan sekitar jam 3.30 petang sebelum laporan polis dibuat.

IKLAN

Jelas anak kesembilan ini, kebiasaan ibunya akan pergi ke kebun untuk mencari sisa daun sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.

“Tapi bila ibu tak pulang-pulang, kami mulai risau kerana hal ini tak pernah terjadi. Semasa operasi mencarinya, kami ada bertemu mereka yang arif dalam agama dan mereka membantu mencari emak. Mereka mengatakan emak dalam keadaan selamat di alam ghaib.

“Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik tapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata. Kami sekeluarga sudah melakukan solat hajat dan semoga ada keajaiban untuk emak kembali pulang dalam keadaan selamat serta reda dengan ketentuan Allah SWT,”

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.

“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.

Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI