Gunung Berembun, Lokasi Akhir Nora Anne Ditemui Tersimpan Cerita Mistik Tersendiri

Enam hari sudah pemergian Nora Anne Quoirin, 15. Mayatnya yang ditemui kumpulan pendaki SAR dalam keadaan mengiring seperti tertidur meninggalkan simpati orang ramai.

Pencarian demi pencarian terus menggegarkan hutan Gunung Berembun. Rakaman pembesar suara ibu dengan panggilan, ‘Nora where are you’ berterusan bergema memecah kesunyian belantara tebal itu.

Sejarah Gunung Berembun yang letaknya di Negeri Sembilan itu menyimpan lipatan sejarah yang tersendiri. Di antara laluan Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun, ada bangkai pesawat pengebom RAF B24 Liberator yang terhempas semasa Perang Dunia Kedua.

Dikatakan pesawat itu terhempas pada 23 Ogos 1945. Ketika pesawat itu berlepas dari Cocos Island, Australia untuk misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang berhadapan kemaraan penjajah Jepun di Tanah Melayu,

Seramai enam kru pesawatnya terkorban. Serpihan bangkainya pula ada yang masih dalam keadaan sempurna, dan ada tabf tidak. Bangkai pesawat ini boleh dikesan ketika menuruni kawasan curam dan anak sungai.

Barangkali itulah tragedi pertama yang mengorbankan nyawa di Gunung Berembun.

 

 

IKLAN

Bencana Kepala Air, Pendaki Sesat.. Misteri Di Sebalik Keindahan Gunung Berembun

Malah, 22 September lalu, seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia meninggal dunia semasa menyertai aktiviti mendaki Gunung Berembun. Ada juga kes kematian dicatatkan berlaku disebabkan kepala air ketika bermandi-manda di sungai dekat kawasan Gunung Berembun.

Ada juga kejadian pendaki sesat namun dapat ditemui semula dalam masa tak sampai 24 jam. Pada 1 Mei lalu, seorang pendaki tersesat lebih 12 jam ketika mendaki dengan bapanya. Esoknya jam 8 pagi, mereka ditemui di kaki gunung oleh pasukan penyelamat.

16 Otober 2016, lima pelajar kolej perubatan sesat lebih tujuh jam di Gunung Berembun sebelum diselamatkan pasukan bomba keesokan harinya.

Begitulah.. di sebalik keindahan Gunung Berembun yang indah dengan panorama cantik Lata Berembun ada cerita mistik yang sukar dirungkaikan. Tak hairanlah, gadis seistimewa Nora Anne pun boleh jadi begitu teruja.

 

IKLAN

Gunung Berembun, Lokasi Akhir Nora Anne Ditemui Tersimpan Cerita Mistik Tersendiri

 

Cerita Mistik Dari Generasi Ke Generasi

Beberapa penduduk tempatan yang berkongsi kisah dengan Sinar Harian turut mendakwa wujudnya penempatan bunian di Mukim Pantai. Dan ianya dikaitkan dengan kejadian orang sesat atau hilang ketika mendaki Gunung Berembun yang tak jauh dari Pekan Pantai.

Kata Shaari Md Arshad, 71, terdapat banyak ‘kampung’ penempatan bunian. Namun lokasi sebenar tidak diketahui. “Itu cerita orang tua dulu dan kita pun tak ada bukti. Tapi kalau tanya mana-mana penduduk di sini mereka tahu.”

Malah, di Batu 7 dikatakan tempat itu keras dan sukar ditembusi. Biar pun ramai yang cuba ke sana untuk mengambil harta karun. Niat mereka gagal kerana ada saja halangan.

IKLAN

Salah seorang penduduk di situ bernama Ajis juga mengaku berkahwin dengan orang bunian. “Orangnya tak banyak cakap. Kerap hilang dalam tempoh yang lama. Katanya, pergi jumpa anak. Akhirnya keluarga dia pun ambil keputusan kurung dia bagi tak hilang.”

Bagaimana pun, Ajis sudah meninggal dunia.

 

Gunung Berembun, Lokasi Akhir Nora Anne Ditemui Tersimpan Cerita Mistik Tersendiri
Kredit foto : freemalaysiatoday.com

Orang Kampung Pinjam Pinggan Mangkuk ‘Bunian’

Ada juga cerita orang kampung yang dikatakan mahu membuat kenduri kahwin akan pergi ke jeram tak jauh dari Kampung Kolam Air sebab nak pinjam pinggan mangkuk.

Disebabkan orang kampung ada yang tak pulangkan pinggan yang pecah, lama-kelamaan buat orang bunian itu marah dan ‘pinjaman’ itu hilang. Dan di kawasan jeram itu ada ramai orang yang membayar nazar.

Sebagai seorang Islam cerita tahyul dan perbuatan khurafat sebegini tidak harus dipercayai. Bagaimanapun, kewujudan alam ghaib itu ada disebut di dalam al-Quran.

Sumber/Foto : Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI