panic attack

Hati-hati iya buat mak-mak yang jenis terlampau obses kemas rumah, risau bila rumah bersepah sebab boleh kena ‘Panic Attack’. Nak pastikan rumah bersih, kemas dan teratur tu tak salah, tapi janganlah sampai terlalu obses dan risau bila tak dapat kemas rumah.Akibatnya boleh jejaskan kesihatan diri tau.

Mohon baca perkongsian yang dijelaskan oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar sebagai panduan;

Semalam, ada seorang pesakit wanita umur 45 tahun datang dengan simptom dada berdebar debar, pening kepala, rasa nak muntah & rasa sesak nafas. Dia risau sakit jantung. Bila di check, semua bacaan tekanan darah, bunyi jantung, bunyi pernafasan adalah normal.

Bila di ajak berbual, baru lah tahu kisahnya.
Kisahnya begini…

Sepanjang sebulan yang lalu, dah 2 kali dia pergi ke hospital.Pergi ke hospital swasta, dan hospital kerajaan. Atas simptom yang sama iaitu rasa sakit dada / dada berdebar debar, rasa loya nak muntah, pening/ sakit kepala.

Pemeriksaan menyeluruh dah di jalankan di kedua-dua hospital.
Ujian darah, ECG, X-Ray dada, Echocardiogram…semua normal.
Tiada penyakit jantung, tiada penyaklt thyroid, tiada masalah kurang darah, paru paru OK.Jadi, doktor doktor hospital sahkan dia sihat, cuma ada PANIC ATTACK.

Ada Panic Attack

Bila aku gali lagi cerita dia, aku pun bersetuju, bahawa dia ada Panic Attack.

Kenapa?

Dia bercerita, semuanya bermula tahun lepas, bila dia kena demam Denggi. Dia sakit teruk masuk wad seminggu. Dia ialah seorang surirumah dengan 4 orang anak bersekolah. Bila dia sakit, urusan rumahtangga terganggu. Dia jadi risau.

Sebulan yang lalu, dia sakit badan / penat biasa. Dia mula terfikir nanti tiada siapa yang boleh uruskan hal makan pakai anak. Macam mana nak kemas rumah. Kerisauan berfikir nya mencetuskan panic attack. Suami nya tidak lah demanding, menurut katanya. Cuma dia risau /  obses tak dapat kemas rumah.

Apa Antara Simptom Panic Attack?

Ia boleh mimik simptom penyakit fizikal seperti serangan jantung / hyperthyroidism / gastrik:

– Dada berdebar laju / nadi terasa laju
– Berpeluh peluh
– Rasa sukar nak bernafas
– Tangan menggeletar
– Sakit dada / dada rasa tak selesa
– Loya / muntah
– Pening / sakit kepala
– Rasa kebas kebas / rasa macam cas elektrik
– Sakit perut

* Panic attack pun boleh terjadi pada mereka yang ada masalah Obsessive Compulsive Disorder (OCD), bila mana mereka tak dapat nak buat apa yang mereka selalu buat. Contohnya dalam kes pesakit ni, adakah dia ada mild OCD dalam hal mengurus rumahtangga?

Maka aku pun nasihatkan pesakit ni untuk go slow. Calm down. Jangan fikir sangat tentang kekemasan rumah / urusan masak lipat baju semua tu. Suami dia pun supportive, bukan demanding suruh kemas rumah sentiasa.

Mengemas Bukan Pertandingan

Ingat, rumah kita, cara kita.Jangan jadi kan ritual mengemas rumah tu sebagai pertandingan. Nak compare dengan rumah orang. Orang lain, lain ragam anak-anak nya.

Bukan lah nak suruh sampai jadi pengotor pinggan mangkuk 2-3 hari tak basuh, kain baju berlonggok 2-3 hari tak basuh, sampah lama tak buang. Kebersihan perlu di jaga, cuma jangan nak terlalu perfect, terutama bila dah ada anak anak.

Yang dah ada anak anak kecil, akan faham.Yang takda anak, single..tolong jangan kecam rumah orang bersepah / dinding comot berconteng kartun & tampalan sticker Sponge Bob.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Buat mak-mak jangan ‘paksa’ diri sangat, risaukan keadaan rumah yang nak serba serbi kemas teratur. Pentingkan kebersihan itu perlu, tapi jangan terlalu inginkan kesempurnaan sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri. Bila dah sakit lagi susah, langsung tak boleh nak mengemas nanti.

Sumber: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar