Bila mana pelakon terkenal, Datin Diana Danielle memuat naik kesakitan ‘anxiety’ yang sedang dialaminya sedarlah betapa penyakit itu sememangnya wujud malah bukan dibuat-buat atau pun pesakitnya mengada-ngada, minta perhatian.
Itulah yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Malah statistiknya mencatatkan penyakit mental adalah kedua tertinggi di Malaysia (lapor akhbar Kosmo).
Bak kata, Intan Dzulkefli ini, “Bila terbaca post Diana Danielle tentang anxiety, tertarik dengan komen-komen yang memberi solution. Antaranya berkaitan teknik pernafasan untuk mengurangkan anxiety attack dan punca terjadinya anxiety adalah dari bahagian subconscious mind yang mengawal pernafasan kita.
Bagus sebenarnya apabila seseorang yang dikenali voice out tentang hal ini kerana respon dan spread out akan lebih meluas.”
Kredit foto : Instagram Datin Diana Danielle ketika berkongsi kebimbangan melampau yang sedang dialami.
Yang Tak Faham Kata Mengada, Semata Cari Perhatian
Orang yang tak faham memang akan kata, mengada-ngada, seeking for an attention (mencari perhatian). Tetapi sebenarnya situasi yang sebenarnya ibarat orang kelemasan yang tenggelam timbul meminta tolong sebelum dada mereka dipenuhi air.
Ia bukan mengada-ngada. Ia bukan dibuat-buat.
‘Hulurkanlah pelampung jika kita yang melihat. Jika pandai berenang, silalah terjun dan selamatkan mereka ke tepian.’ Begitulah analoginya.
Ads
Air Mata Tiba-tiba Keluar Teresak-esak Menangis
Saya masih ingat, waktu awal kahwin, suami minta saya drive ke tempat dia bekerja dan cadangnya selepas itu kami akan terus pulang ke kampung. Saya, walaupun sudah bertahun memiliki lesen memandu tetapi dalam waktu pengajian boleh kira berapa kali saya pegang stereng kereta.
Waktu memandu keluar dari rumah sudah rasa tak selesa. Tak boleh nak describe perasaan itu. Dalam perjalanan tiba-tiba rasa kepala berkecamuk, tangan yang memegang stereng menggeletar seperti sakit Parkinson, dada rasa nak pecah, susah nak bernafas, perut cramp, air mata tiba-tiba keluar teresak-esak menangis.
Struggle sangat untuk cuba fokus, ‘dah nak sampai dah,’ ‘sikit lagi nak sampai dah,’
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya, tetapi mengambil masa sekali ganda lamanya.
Kredit foto : npwomeshealthcare.com
Jangan Tanya Kenapa, Ia Jadi Lagi Menyakitkan
Suami masa tu belum kenal sangat perangai saya, maklumlah baru kahwin. Itu first time dia deal dengan situasi sebegitu. Dia asyik bertanya, what happened? Tapi saya tak pandai nak explain, end up air mata je keluar masa tu. Dada rasa sakit bila dengar husband bertanya, ‘kenapa, kenapa‘
Akhirnya suami slow down bila tengok saya makin teruk. Masing-masing berdiam diri dan cuba bertenang. Barulah keadaan bertambah stabil.
Ads
Suami sudah tidak lagi bertanya apa-apa kerana dia pun nampak pertanyaannya hanya memburukkan keadaan. Hanya tangannya tetap mengurut bahu dan lengan. Sesekali digenggamnya jemari tangan. Alhamdulillah. That’s was helpful.
Mungkin situasi ini tak seteruk yang Diana Daniele atau ramai lagi orang lain hadapi di luar sana. Tetapi ia tugas semua untuk create awareness.
Jika Ada Tanda ‘Anxiety’, Sila Lakukan Ini
Sesiapa yang pernah mengalami simptom-simptom yang di luar kebiasaan, saya sarankan carilah ilmu dan rujuk orang yang pakar. JANGAN MALU.
(+) Carilah info dan ilmu tentang ketidakstabilan kesihatan mental. Paling tidak google dan compare dengan simptom yang sedang/sering dihadapi (+) Merujuk perunding kesihatan yang bertauliah, membuat ujian DASS (untuk mengetahui tahap sakit dan jenis sakit) dan mengambil preskripsi yang dinasihatkan doktor (jika perlu) (+) Belajar teknik pernafasan dan kawalan diri sekiranya simptom penyakit menyerang, atau cara mengurangkan serangan. (+) Pastikan tidak meneruskan pemanduan, memegang benda berbahaya (pisau, gunting) atau berada di tempat berbahaya seperti tepi tangga ketika simptom penyakit menyerang. (+) Menyertai group sokongan public/closed yang merangkumi pesakit, doktor dan pakar psikologi. (+) Mencari ilmu tentang diet pemakanan yang berkemungkinan dapat membantu mengurangkan simptom serangan. (+) Belajar untuk berkongsi masalah, luahan perasaan kepada orang yang dipercayai. Contohnya suami, kawan baik, adik beradik, ibubapa. Pilih orang yang tidak judgemental.
Ads
Sakit Mental, Sama Serius Macam Cedera Fizikal
Untuk pesakit, jangan sesekali pandang enteng segala simptom yang dihadapi. Sakit mental sama sahaja serius dan perlu dipandang berat seperti sakit fizikal. Malah penyakit mental dikatakan penyakit kedua serius di Malaysia selepas penyakit jantung.
Belajar cara untuk kawal. Kedepanlah untuk proses penyembuhan diri.
Orang yang mendengar dan melihat pula jangan semudahnya melabel. Jika tak boleh membantu, diam sahaja. Tak perlu mengasak dengan pelbagai pertanyaan, atau ‘menasihat’ hal yang hanya menambah burukkan keadaan.
Sakit begini ada banyak peringkat. Ada peringkat yang memerlukan rawatan susulan dan bantuan ubat-ubatan.
Oleh itu, saranan untuk semua golongan supaya memperbanyakkan ilmu tentang penyakit mental supaya yang berpenyakit boleh bertambah baik dan sembuh, manakala yang berada di sekeliling pesakit dapat menjadi tempat sokongan yang lebih baik, insyaAllah.
MW : Mak-mak yang ada tanda, jangan buat main-main atau bertidak-tidak menafikan penyakit yang sedang anda alami. Anda bukan mengada apatah lagi mencari perhatian. Segeralah dapatkan rawatan yang sepatutnya seperti yang disarankan dalam artikel.
Sumber/Foto : Intan Dzulkefli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Mertua Puteri Sarah Doakan “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”. Sebagai seorang ibu pasti mendoakan kebahagiaan buat anak dan menantunya.
Susulan dari pendedahan Syamsul Yusof yang kini sudah sah bernikah dengan Ira Kazar, menerusi komen salah satu posting Puteri Sarah ibu Syamsul turut memberikan komennya.
Ibu Mertua Puteri Sarah
Datin Fatimah Ismail yang juga ibu mertua Puteri Sarah mendoakan “Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya”.
Luahan hati seorang ibu itu jelas menggambarkan hatinya yang berasa hiba terhadap kemelut rumah tangga anak menantunya.
Where Is Ayah Selalu Tak Ada Kat Rumah?
Sebelum itu, Puteri Sarah yang juga masih bergelar isteri kepada Syamsul Yusof, meluahkan perasaannya sejurus suaminya memberi kenyataan perihal sudah bernikah dengan Ira.
“If syaikhul & Sumayyah can give statement in the court, they will say ‘ Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang & adik, not US’ . Where is ayah selalu tak ada kat rumah ?
@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me. Do not use Allah’s name to make u an angel di mata manusia.”
Kanak-kanak termakan keropok beracun, si abang, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia. Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.
Kanak-kanak Termakan Keropok Beracun, Si Abang, Muhammad Akil Syauqi Meninggal Dunia
Kredit foto: Harian Metro
Memetik Sinar Harian, perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi pada Rabu. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
“Betul, anak saya sudah meninggal dunia.
“Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat,” katanya sebak.
Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah difahamkan akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Seorang lelaki warga emas membuktikan makna sebenar bukti cinta abadi apabila mewakafkan seluruh harta peninggalan isterinya bernilai lebih RM60,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Tindakan ini menjadi contoh keikhlasan dan kasih sejati yang melangkaui batas dunia.
Mansor @ Razali Zamzam, 63 tahun, menunaikan amanah arwah isterinya, Rohaya Abd Hassan, yang meninggal dunia pada 29 Oktober lalu. Beliau menyerahkan harta berkenaan seminggu selepas pemergian insan tersayang, sebagai tanda cinta yang kekal dan amal jariah berpanjangan.
Bukti Cinta Abadi Melalui Amanah Wakaf Isteri
Menurut Razali, isterinya sebelum ini menghadiahkan wang tunai dan barang kemas kepadanya sebagai tanda terima kasih kerana menjaga beliau dengan penuh kasih sayang sepanjang dua tahun melawan penyakit kanser. Namun, Razali memilih untuk menginfakkan seluruh harta itu kepada golongan yang memerlukan sebagai amal jariah buat Allahyarham melalui serahan kepada Baitulmal MAINS.
“Ketika sakit, arwah tanya mengenai barang kemasnya. Jadi, saya tunjukkan dan dia kata mahu beri kepada saya sebab saya jaga dia selama ini. Saya beritahu saya tak nak dan tanya sama ada boleh kalau diinfakkan semua emas dan wang itu. Dia bersetuju dan itu perjanjian saya dengan dia. Apabila dia sudah tiada, saya kena tunaikan,” katanya ketika dihubungi.
Razali menyerahkan wakaf bernilai RM60,380 hasil daripada penjualan emas serta wang peninggalan isterinya di Pejabat MAINS Kuala Pilah. Beliau berharap tindakan itu memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi sumber pahala berterusan buat isterinya.
Kisah Perjuangan Dan Pengorbanan Cinta
Menceritakan tentang ujian arwah, Razali berkata isterinya disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2018 sebelum penyakit tersebut merebak ke buah pinggang. Walaupun diuji hebat, kasih sayang dan keutuhan mereka suami isteri tidak pernah pudar — inilah yang menjadi bukti cinta abadi antara mereka.
Beliau yang bekerja sebagai peniaga air soya dan tidak mempunyai anak kandung menjelaskan, keputusan untuk mewakafkan harta peninggalan isterinya dibuat kerana khuatir jika harta itu kelak disalahgunakan.
Keputusan Ikhlas Demi Ketenteraman Hati
“Saya hanya jaga seorang anak angkat. Tiada guna juga ada duit banyak kerana sebelum ini pun saya bekerja kerana isteri, apabila dia tiada cukup sekadar apa yang ada. Takut juga apabila pegang banyak duit termasuk terfikir untuk cari teman baharu. Jadi, lebih baik saya selesaikan segera. Saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati saya sebelum terlewat,” ujarnya.
Tindakan beliau mewakafkan harta ini menjadi satu teladan kepada masyarakat tentang keikhlasan dalam kasih sayang dan pentingnya amanah dalam hubungan suami isteri. Ia bukan sekadar tindakan mulia, tetapi juga manifestasi bukti cinta abadi yang sebenar.
Inspirasi Buat Pasangan Lain
Razali menegaskan bahawa kisahnya dikongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya agar menjadi pengajaran kepada orang ramai tentang erti kasih, amanah, dan keikhlasan dalam rumah tangga. Beliau berkata, “Selepas wakafkannya, saya lega dan tenang kerana sudah menunaikan amanah isteri. Ini adalah bukti cinta dan kasih sayang kami selepas 36 tahun menjadi suami isteri.”
Kisah ini mengingatkan bahawa cinta sejati tidak berakhir dengan kematian. Melalui amal jariah dan keikhlasan, cinta itu terus hidup dan memberi manfaat kepada ramai. Itulah makna sebenar bukti cinta abadi.
Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.