Perlu tahu selepas berlakunya kematian, antara perkara yang perlu dipercepatkan adalah mengebumikan jenazah. Namun, tragisnya gara-gara tak mampu menyediakan RM500 untuk kos pengebumian, menyebabkan jenazah anak terpaksa disimpan selama tiga hari dalam peti mayat di hospital. Allahu..
“Maafkan ibu, sayang. Kalaulah ibu berduit, mungkin awak boleh dikebumikan dengan cepat.”
Itu luahan Kamaliah Ismail, 21, yang terpaksa menerima hakikat anak dalam kandungan meninggal dunia selepas dia diserang sawan 15 Ogos lalu.
Wanita itu terkilan kerana tidak berkemampuan membayar kos pengebumian berjumlah RM500 sehingga menyebabkan jenazah anaknya diletakkan dalam peti mayat selama tiga hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
“Saya tidak menyangka akan diserang sawan beberapa kali pada 15 Ogos lalu sehingga anak dalam kandungan yang berusia enam bulan meninggal dunia dan perlu dibedah segera untuk mengeluarkannya.
“Saya koma selama tiga hari dan tidak dapat menatap wajah anak sehingga dia dikebumikan. Hidup saya gelap apabila ibu mentua memaklumkan perkara itu sebaik sedar.
“Kesedihan saya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan sahaja tidak berpeluang memeluk anak buat kali pertama dan terakhir, tetapi dia juga terseksa apabila perlu menunggu tiga hari untuk dikebumikan,” katanya di kediamannya di Pandamaran di sini, semalam.
Ads
Salahkan Diri Sendiri
Kamaliah berkata, dia menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menyediakan wang pengurusan jenazah bagi anak sulung yang dinantikan itu.
“Semua ini tidak akan berlaku jika saya ada duit. Saya tidak tahu bila saya boleh maafkan diri sendiri dan sehingga kini saya masih termimpi wajah anak yang pergi meninggalkan saya.
“Dalam kejadian ini, tiada pihak yang patut disalahkan melainkan diri sendiri. Maafkan ibu sayang, semua ini salah ibu,” katanya.
Wanita itu berkata, suami, Mohd Samsul Sazmi, 23 dan ibu mentuanya, Noni Mohd Yassin, 42, sudah sedaya upaya mencari wang untuk menyelesaikan urusan pengebumian anaknya namun hanya mampu mengumpul RM250 saja.
Jenazah Anak Selamat Dikebumikan
Kamaliah berkata, lebih memilukan apabila dia sudah merancang menamakan anaknya Nur Jannah namun tidak kesampaian.
Ads
“Namun, tidak sangka pula pihak yang menguruskan pengebumian anak meletakkan nama Nur Jannah pada kuburnya walaupun saya sendiri tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa mengenai nama itu,” katanya memaklumkan suami tiada pekerjaan tetap.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, pada 18 Ogos lalu hasil bantuan badan bukan kerajaan (NGO), Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
Terbayang Wajah Cucu Dalam Peti Mayat
Sementara itu, Noni berkata, dia hanya mampu mengumpul RM250 hasil bantuan orang ramai dan jiran terdekat untuk proses pengebumian cucunya.
“Namun, jumlah itu tidak cukup dan saya perlu memikirkan perbelanjaan Kamaliah selepas keluar hospital termasuk keperluannya untuk berpantang,” katanya yang bekerja sebagai pengasuh di rumah dan menerima bayaran RM500 sebulan.
Katanya, dia sedih tidak dapat memberikan yang terbaik terutama menyediakan wang pengebumian arwah cucu pertamanya.
Ads
“Nenek apakah jika saya tidak dapat cari wang untuk pengebumian cucu sendiri. Setiap hari saya terbayang wajah cucu kerana dia terpaksa berada dalam peti mayat di hospital,” katanya.
Setiausaha Agung UKVJ, Abdul Hadri Hakimi Abdul Rahman, 38, berkata, dia menerima panggilan daripada ahlinya memaklumkan perkara berkenaan 18 Ogos lalu sebelum menghantar pasukan ke hospital.
“Selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu, kita terus gerakkan unit untuk menguruskan jenazah dengan segera.
“Tidak sepatutnya perkara ini berlaku hanya kerana keluarga tidak mampu kerana yang meninggal dunia perlu diuruskan cepat,” katanya.
Beliau memaklumkan, pihaknya menanggung semua perbelanjaan pengebumian bayi itu.
MW: Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini. Terima kasih kepada pihak NGO yang bertanggungjawab membantu pengurusan jenazah bayi tersebut.
“Berjayanya kita bila lebihkan masa dengan Al-Quran dan faham bacaan” begitulah luahan pelakon Ozlynn Watie menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya.
Sebagai seorang isteri dan ibu sememangnya sangat risau tatkala berada di luar. Namun Ozlynn bersyukur dek kerana suaminya, Johan memikul tanggungjawab dan mendidik anak-anak. Ketika pulang ke rumah, hatinya lega. Malah dia turut akui bergelar suami dan isteri bukannya sesuatu yang mudah
“Balik-balik tengok semua tengah membaca.. ada yang mengaji.. alhamdulillah terima kasih suami.. sb mengambil bahagian membimbing bila mama taka ada. Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Yes! Tak ada manusia yang sempurna.
“Tapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga.. sb tu dlm hubungan komunikasi tu penting.. lebih2 lagi kaum isteri yg lebih byk masa utk anak-anak.”
Suami Perlu Mainkan Peranan Penting
“Suami perlu mainkan peranan juga jgn smp isteri tiada tmpt utk meluahkan lelah.. bkn senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.. sb tu biar kdg terasa dgn kata2 pasangan, makna masih punya hati.. jgn smp apa yg pasangan luahkan kita dh x ambil peduli.. tanda hatinya sudah mati.. tiada pasangan yg x pernah gaduh atau terasa hati.. baru la ada warna warni.. suami plss ambil la peduli.. baik isteri mau pun anak.. jgn smp bila kita mak ayah dh xde.. anak x terasa kehilangan sb kita x penah ada bila mereka perlukan..
“Kurangkan lah masa kita semua dari media social atau HP yg boleh melalaikan kita dan anak2.. sbnrnya nasihat ni lebih kpd peringatan utk aku dan suami.. pesanan aku pada diri aendiri dan anak2, berjaya nya kita bila lebihkan masa dgn Al quran dan FAHAM setiap bacaan.. bkn baca dan katam tanpa faham.. sb segala rahsia kejayaan dunia dan akhirat adalah isi Al Quran,” kongsi Ozlynn.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika pelitup muka atau facemask menjadi keperluan utama dalam membantu mencegah penyebaran coronavirus, seorang artis dari Brazil mengambil peluang untuk menjana rezeki.
Kreatif sungguh lelaki ini!
Melalui laporan yang dipetik daripada Reuters, artis bernama Jorge Silva Roriz, 65, sudah biasa mencipta dunia ajaib Karnival Rio de Janeiro yang terkenal dengan pelbagai hiasan menarik dan kostum berwarna-warni.
Dan kini, ketika dunia sedang berjuang menghadapi pandemik coronavirus, lelaki ini menggunakan bakat seninya untuk membuat pelitup muka yang kelihatannya seperti tidak menutup bahagian bawah wajah.
Jorge Silva Roriz memakai pelitup muka sambil melukis atas pelitup muka yang ditempah pelanggan. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Sebaliknya ia seakan menonjolkan wajah si pemakai kelihatan seperti tidak memakai pelitup muka.
Roriz melukis pelitup muka atau topeng muka dengan begitu teliti, tepat dan hasilnya luar biasa. Semasa dia bercakap sambil memakai pelitup muka, mulutnya seperti ventriloquist, nampak tidak bergerak.
Akui Roriz, “Saya menggunakan pelitup muka ini agar tidak kehilangan identiti saya.”
Roriz melukis bahagian bawah wajah si pemakai di atas pelitup muka berwarna putih. Dia mengambil masa lama untuk meneliti dan melukis setiap butiran seperti warna kulit dan bibir agar sama seperti wajah si pemakai pelitup muka itu.
Pelitup muka ini telah menjadi popular di kalangan orang yang kelihatannya seperti tidak mahu menyembunyikan wajah mereka semasa wabak tetapi berminat untuk melindungi diri daripada virus.
“Sangat penting bagi setiap orang menjaga diri mereka sendiri, amat bagus apabila setiap orang menggunakan pelitup muka,” katanya.
Jorge Silva Roriz menunjukkan pelitup muka yang ditempah pelanggan serta wajah pelanggan yang menempah di telefon. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Reaksi yang diterima oleh Roriz amat positif.
“Ada yang ketawa. Sesuatu perkara yang patutnya sedih menjadi sesuatu perkara yang membawa kegembiraan.”
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan kegembiraan menerima kehadiran menantu di dalam keluarganya. Mana tidaknya, empunya Bawal Exclusive ini membelanjakan lebih RM3.5 juta untuk meraikan hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.
Mingguan Wanita berkongsi info menarik di sebalik perkahwinan anak sulung Haliza Maysuri ini:
Menantu Haliza Maysuri, Sarah menyarung busana mewah rekaan Rizman Ruzaini di majlis resepsi yang berlangsung di Hotel St Regis, Kuala Lumpur semalam. Menariknya, busana tersebut dihiasi dengan 189,936 biji batu Swarovski yang diimport dari Austria.
Busana tersebut menggabungkan lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight dan menggunakan tujuh jenis saiz butiran batu Swarovski. Difahamkan busana mewah itu menelan belanja RM300,000.
Penampilan Sarah disempurnakan dengan pemakaian tiara Swarovski dengan 233 butiran kristal jernih yang direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang juga merupakan acara tari menari terkemuka di Austria.
Tiara tersebut direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert yang diinspirasi daripada perhiasan Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih di mana batuan kristal diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
Ibu pengantin juga tidak kalah gaya apabila mengenakan adi busana rekaan Faizuluzaif yang turut dihiasi 72,000 batu Swarovski. Menyentuh mengenai fabrik pula, ia menggabungkan gabungan fabrik dibawa dari Eropah iaitu Tulle Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk. Busana mewah ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM170,000 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Pakaian akad nikah mendapat sentuhan pereka fesyen Man Kajang yang telah dianggap seperti keluarga oleh usahawan tudung ini. Malah Man Kajang antara pereka fesyen yang sering menyediakan busana untuk kucing kesayangan Haliza Maysuri iaitu Money.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...