
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.
Pasangan Curang Dalam Diam

Curang ini bukan sekadar tentang perbuatan fizikal, tetapi juga melibatkan pengkhianatan kepercayaan dalam hubungan.
Kalau ikut situasi semasa, banyak kes curang sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja artis, orang awam pun banyak kongsi kisahnya di media sosial. Bila baca kes curang, kita pun turut rasa sakit hati dan geram!
Menerusi perkongsian Puan Farizal Radzali, curang ini terjadi pada kebanyakan pasangan. Kantoi dengan tidak kantoi sahaja.
Yang berlainan ialah siapa yang mencurangi dan siapa yang dicurangi. Siapa yang diuji dan siapa yang teruji.
Apa yang berbeza ialah cara menempuh dan menyelesaikannya. Nak terima dan redho atau menolak dan melawan.
Manusia adalah makhluk yang berakal tapi dialah makhluk perosak paling berjaya. Hanya kerana dia ada AKAL.
Dapat suami baik, isteri buat hal.
Dapat isteri baik, suami buat hal.
Dalam kebanyakan kes, pasangan yang dicurangi tahu dan sedar bahawa pasangannya curang tidak kisah lah apa kecurangan tu. Tapi dia memilih untuk diam.
Dan ada kes, pasangan mengamuk, tersebar segalanya pada pengetahuan umum, bila dapat tangkap pasangannya curang.
Bergantung kepada niat dan sikap masing-masing. Curang ini bukan hanya bila mana pasangan ada kekasih gelap.
Bila Kantoi, Makin Banyak Drama & Pembohongan!

Ada curang yang melibatkan hati dan perasaan. Mula-mula saja-saja, nak test market konon atau nak bantu sahaja. Sampai satu waktu, jatuh hati gedebuk-gedebak.
Yang sini sayang, yang sana rindu. Bila terkantoi, banyak drama dan pembohongan perlu dibuat demi menutup kecurangan.
Ada curang yang tidak melibatkan hati dan perasaan. Yang hanya suka-suka. Yang suami, langgan pelacur konon nak kepuasan lain, nak aksi dan gaya lain, melawat rumah urut konon nak sihatkan badan.
Yang isteri, simpan anak ikan, berhubung dengan suami orang. Pergi dan balik tanpa rasa takut sebab tiada yang akan menuntut. Balik rumah, buat macam tiada apa.
Buat baik dengan pasangan, ajak makan, ajak tidur, ajak tengok movie. Untuk menutup rasa bersalah. Supaya tiada yang berprasangka.
Sertai apps bukan-bukan, tengok gambar bukan-bukan, try yang bukan-bukan, chatting dengan orang yang bukan-bukan, semua itu CURANG. Tanpa sedar atau memang sedar pun.
Anda mungkin berminat dengan
Terlupa Ada Tuhan Yang Maha Mengetahui

Mereka yang curang ini sebenarnya terlalu mendongak ke langit. Pada mereka, tiada siapa yang akan tahu sebab dah expert dalam menipu.
Tanpa mereka sedar, ada yang lebih ‘expert’ di ‘atas’ sana. Ada yang menulis di kiri dan kanan mereka. Ada balasan yang sedang menunggu mereka.
“Zaman dulu tak pernah pun dengar hal curang ni…”
Eh, siapa cakap? Ada juga kes dulu-dulu. Tapi mereka sembunyikan atas alasan jaga aib dan demi anak-anak. Sekarang pun ada yang macam tu. Baik suami mahu pun isteri.
Jadi, kepada mereka yang ada hati nak curang atau sedang curang, ingatlah bahawa ada yang lebih ‘expert’ dari anda yang sedang memerhati.
Beringat sebelum terkena dan fikirlah kesan pada orang sekeliling, terutamanya anak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

