Gambar hiasan

Nampaknya mak-mak boleh menarik nafas lega, tak perlu risau anak tak sempat makan di rumah sebelum pergi ke sekolah selepas ini. Ini kerana berita baik yang baru diumumkan oleh Menteri Pendidikan, bahawa mulai tahun depan setiap pelajar akan diberikan makan secara percuma baik pada sesi pagi mahupun petang. Berbanding sebelum ini, ia diberikan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula.

Terapkan Pendidikan Sivik & Disiplin

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

“Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok di sini, hari ini.

IKLAN

Mulai Tahun Depan, Semua Pelajar Dapat Makanan PERCUMA Sebelum Sesi Pembelajaran!

Makanan Untuk Semua Pelajar

Ditanya sama ada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja yang akan diberikan makanan percuma, Maszlee menjelaskan makanan itu untuk semua pelajar.

“Semua pelajar akan dapat. Pelajar sesi pagi akan menikmati sarapan, begitu juga pelajar sesi petang,” katanya.

IKLAN

Kenyataan Rasmi Menteri Pendidikan

Sementara itu, memetik kenyataan rasmi Menteri Pendidikan ini di laman facebooknya, beliau berpendirian bahawa anak-anak memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

IKLAN

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

MW: Alhamdulillah, Semoga dengan pelaksanaan makanan percuma ini, mak-mak tak perlu lagi risau, jika anak tak sempat makan di rumah sebelum ke sekolah. Malah sedikit sebanyak dapat membantu, meringankan peruntukan duit perbelanjaan sekolah untuk anak-anak.

Sumber: Bharian , Dr Maszlee Malik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI