Bendera Malaysia atau disebut Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara. Ia juga lambang maruah kerana di dalamnnya ada nilai kebebasan, pengorbanan dan kebanggaan.
Ia juga bukan sekadar sehelai kain berwarna yang menghiasi majlis rasmi semata-mata. Tersemat nilai kegemilangan tanah air yang perlu digarap dan dihalusi oleh setiap warga yang cinta dan kasihkan negara ini.
Bahkan insiden memijak, dipasang terbalik dan lain-lain lagi yang pernah terjadi boleh mengakibatkan pertelagahan besar jika tidak ditangani secara betul kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.
Ads
Namun tindakan selamba seorang lelaki yang menggunting jalur gemilang walau sudah disergah dan dia kembali menyergah wanita yang merakam perbuatannya menggunting hampir kesemua bendera Malaysia yang dipasang di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang.
Ternyata ramai yang benar-benar geram dengan tindakan tidak masuk akal ini memandangkan negara akan meraikan kemerdekaan negara yang ke 65 menjelang 31 Ogos ini. Satu perkongsian dari pengguna Tik Tok @Ieka Kartika _yang berkongsi ragam selamba lelaki ini cukup membuatkan ramai yang geram dengan perbuatannya.
Ads
Kata Ieka, dia sudah menyergah perbuatan lelaki terbabit (dari dalam kereta) namun lelaki berkenaan menyergahnya kembali. Apa yang pasti tindakannya buat ramai yang marah dan geram kerana maruah negara diinjak-injak.
“Pengalaman miliki 8 orang anak, membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran ke-9 nanti” begitulah yang diungkap oleh penyanyi dan komposer Harry Khalifah.
Setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.
Walaupun sering dianggap susah, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan.
Sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, Harry seperti mana yang dilaporkan mStar Online akui dia dan isteri begitu gembira apabila mengetahui akan hadir anak kesembilan.
Pasangan ini baru saja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu.
Malah Harry juga telah menjangkakan isterinya yang bernama Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.
“Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat.
“Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.
“Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini.
“Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti,” ungkapnya.
Harry yang bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri akui sebagai seorang bapa dia punya tanggungjawab yang sangat besar.
“Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban.
“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.
“Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai.
“Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.
“Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti,” sambungnya.
“Shuib seorang lelaki baik, sering memberi sokongan kepada artis lain” kongsi Zara Zya seperti mana dipetik menerusi portal berita.
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mengaitkan pelakon Zara Zya dengan pelawak dan ahli perniagaan Shuib.
Namun kisah mereka akhirnya terlerai apabila baru-baru ini terlancarnya Bubble Bee by Zara Zya. Hubungan mereka rupanya hanya sebagai rakan bisnes.
Zara Zya juga akui peminat sememangnya tertunggu-tunggu mahu melihat dia berkahwin dek kerana itu apabila bergambar dengan Shuib juga dikaitkan mereka bercinta.
Namun dirinya tidak merasa tertekan dan tidak ambil kisah berkenaan identiti lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya nanti.
Seperti yang diceritakan menerusi Harian Metro, Zara yang berusia 36 tahun memberitahu kemungkinan faktor umur menjadi punca peminat cepat mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
“Kami sebenarnya adalah rakan bisnes dan tak lebih dari itu.
“Namun bila kami bergambar bersama bukanlah satu gimik murahan semata-mata untuk promosi perniagaan.
“Bagi saya Shuib seorang lelaki yang baik dan sering memberi sokongan kepada artis lain.
“Dia baik dan kami juga pernah sekali bekerjasama sebelum ini tetapi itu dulu dan sudah lama perkara itu berlaku,” kongsi Zara Zya.
Zara juga akui dia tidak terbeban soal jodoh. Ini kerana dia lebih selesa mengutamakan kerjaya.
“Ada peminat saling berlawan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pasangan terbaik untuk saya.
“Sejujurnya saya tak terbeban dengan persoalan jodoh tapi kadang kala apabila penat bekerja saya akan tertanya kenapa mereka berbuat demikian.
“Mana tahu kalau-kalau buka bisnes di sini, saya akan bertemu jodoh,” sambungnya.
Sedih ibunya, Saya Syanina kerana terpaksa hari-hari melihat anak-anak hidup susah. Lagi-lagi sejak lif PPR rosak melibatkan 17 tingkat malah kerap kali mengalami kerosakan. Seakan tak nampak jalan untuk dibaik pulihkan.
Puas buat aduan mengenai lif PPR rosak di pihak pengurusan, tapi akuinya penduduk dibuat macam bola.
Ibu ini kongsikan kisah anaknya yang bernama Mica. Menangis kesedihan.. kepenatan. Terpaksa naik turun tangga bertingkat-tingkat hari-hari. Terlalu sedih sehingga ibunya berdoa agar dibukakan rezeki untuk pindah rumah baru.
Sebagai ibu, hatinya pilu tengok anak-anaknya terpaksa harungi kesusahan sebegitu hari-hari. Sampai menangis. Pernah juga dua kali jatuh tangga. Bukan sekejap tempoh sabar nya itu.
Empat tahun tinggal di flat PPR Kempas Permai Blok D, itulah yang terpaksa dihadap setiap hari. Lif rosak. Tak boleh bayang penduduk yang tinggal tingkat 17 deritanya macam mana.
“Setiap hari aku doa nak hidup selesa sikit, bukan untuk aku, tapi untuk anak anak. Aku tau Allah tak nak bagi sekarang, Allah nak bagi nanti.. ade hikmah kite susah sekarang dengan anak anak. Bukan aku tak bersyukur dengan rezeki Allah, bukan aku tak boleh hidup susah, tapi aku tak kuat tengok anak anak nangis, tengok anak jatuh tangga. Aku rase berdosa biar anak hidup susah.. 4 tahun dah duduk sini, masih lagi orang cakap aku tak boleh sabar, aku tak bersyukur?
Dalam video nih mica nangis lagi tak tau kali ke berapa dah dia cakap “Mica tak nak naik tangga” kau tau tak perasaan sebak aku nih jadi mak, aku rase looser sebab tak boleh ade kan rumah terbaik untuk anak.. hari hari panjat tangga ke tingkat 8 bukan benda biasa untuk kami anak beranak.
Tolong doakan kami dapat keluar dari PPR nih cepat ya, kami tak mampu beli lagi, tapi InsyaAllah mampu sewa rumah lain.. aku tak pernah mintak simpati melalui anak, tapi Allah je yang tau hati aku, hati seorang mak nih.. semoga Allah murahkan rezeki kite selalu sayang Abdul Rashid Abdul Jalil
Perkongsian ibu ini berentetan daripada kisahnya yang viral berkenaan lif rosak di kediaman mereka.
Tak tau nak viral kan macam mana lagi, tapi ini yang Penduduk PPR Kempas Permai Blok D hadap setiap hari.. dulu awal duduk tahun 2018 ade jugak rosak, tapi tak sekerap sekarang.. sekarang setiap hari rosak.
Kami duduk 17 tingkat bukan 7 tingkat.. dekat blok ni ade ibu mengandung, ade anak kecik, ade warga emas, ade orang OKU.. bayangkan orang dalam pantang naik tangga, orang OKU tidur dalam kereta sebab tak boleh naik lift dengan kerusi roda?
Ramai je geng blok D dah call pengurusan dah call Suk, tapi kami dibuat macam bola, dia pass A dia pass B dia pass C sampai kami tak tau nak mengadu dengan siapa lagi.. kami manusia bukan binatang, kami penat dengan semua nih.
Bila call dia suruh sabar, orang waras pun boleh hilang akal kalau macam nih setiap hari.. takan sebab kami bayar RM124 sebulan nak aniaya kami macam nih.. dalam makluman kami lift baru dah siap tapi pengurusan kata masih tunggu inspection, berapa kali datang nak inspection pun tak tau, tadi masa saya call lagi dia cakap tunggu official pulak.
Janji mule bulan 8 siap, nih dia drag jadi hujung bulan 8.. lift yang kami pakai sekarang memang totally tak boleh diguna, dibetulkan pun rosak balik alasan lift dah uzur, bile suruh buka lift baru yang dah siap kate pulak kena tunggu official.
Anak saya dah dua kali jatuh tangga sebab kan lift.. anak yang sulung balik school jam 1.20 petang sepatutnya boleh balik rumah makan dan mandi sementara tunggu masuk school agama jam 3 petang tapi terpaksa saya bawak kan baju school agama salin kat masjid berdekatan, dan makan dalam kereta.
DIA MEMANG NAK BUNUH KAMI PELAHAN LAHAN MUNGKIN
KALAU KESIAN KAN PENDUDUK DIA TAK BUAT MACAM NIH
Tolong saya viralkan supaya Menteri Besar ke TMJ ke n semua orang besar boleh turun padang tengok keadaan kami kat flat nih
BANTU SAYA SUPAYA SEMUA PENDUDUK DI SINI DAPAT HIDUP TENANG TANPA MASALAH LIFT NI LAGI, LIFT ADE 3 YA TIGA TAPI SATU PUN TAK BOLEH PAKAI.
Maklum ibu ini lagi kes lif rosak ini pernah masuk news 22hb haritu, still masalah yang sama jugak masih tak boleh pakai sampai sekarang, kami PENAT.
KL Fashion Week 2026 kembali dengan tema Destinasi: Tanah Air, menghimpunkan lebih 50 pereka fesyen tempatan, koleksi eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik di Esplanade KLCC.