Ingat lagi pada Mukhriz, pemuda hilang di Bukit Broga selama seminggu? Kisahnya cukup sensasi bercampur sedih selepas emaknya turun naik berkali-kali mencarinya. Terkini, dia sudah temui gadis idaman dan melupakan gadis bunian yang melamarnya.
Penat mencari anaknya, sudah hilang dan kini berganti berita gembira bila anaknya itu meminta dia merisik gadis yang pernah belajar satu pondok dengannya di Pondok Darul Taqwa di Arau, Perlis.
“Belum ada sebarang tarikh lagi tapi Mukhriz sudah meluahkan hasratnya terhadap gadis itu. Umur perempuan itu pun masih muda, 18 tahun dan sama-sama mengaji dahulu. Kalau ada jodohnya, syukurlah.
Tambah emaknya, Rohana Saad dia gembira dengan hasrat anaknya itu sekali gus memberi petanda anaknya sudah tidak mengingati “lamaran” dari alam ghaib yang pernah di hebohkan ketika awal anaknya di temui.
“Anak baru minta risik-risik, kalau ada jodoh saya rasa gembira menerimanya,” jelas Rohana lagi.
Ular Besar Bertukar Jadi Tongkat
Ada banyak cerita di sebalik kehilangan anaknya terutama munculnya ular besar yang menjadi tongkat di dalam gua Mukhriz berteduh. Ini perincian kehilangan Mukhriz selama seminggu di Bukit Broga yang dikongsikan Rohana kepada Mingguan Wanita.
Sama ada mahu percaya atau tidak, wujud unsur-unsur misteri namun semuanya adalah kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam. DIA mengkehendaki apa yang tidak difkirkan oleh akal cetek manusia biasa.
Dalam kes kehilangan Mukhriz. Dia mengikut seorang kanak-kanak berjubah putih berserta purdah di puncak kedua. Di situlah bermulanya cerita bagaimana anak muda ini mulai tersesat selama seminggu.
Ads
Wujud juga cerita kononnya kakak kepada remaja berkenaan mengajaknya berkahwin. Sukar untuk ditolak kenyataan ini kerana sebaik sedar dan berada di alam manusia. Di jari manisnya sudah tersarung sebentuk cincin emas putih sebagai tanda ikatan telah bertunang.
Mukriz juga dikatakan telah ditemukan dengan kedua ibu bapa remaja berkenaan di dalam gua. Tempat dia tinggal selama seminggu itu. Selama tempoh itu, dia menjadi imam solat dan mengaji al-Quran bersama ibu bapa remaja berkenaan.
Kesemua mereka memakai pakaian serba putih, lelaki tua itu berserban dan berwajah serius (tidak kacak pada pandangan mata kasar Mukhriz). Manakala isterinya memakai purdah.
Siapa Mukhriz, Mengapa Dirinya Jadi Pilihan ‘Calon Suami’ Orang Di Alam Ghaib
Sebelum datang ke Kuala Lumpur menolong pakciknya berjualan mi sup di merata pasar malam sekitar Kuala Lumpur. Mukhriz merupakan bekas pelajar Pondok Darul Taqwa di Arau, Perlis.
Dia tidak menghabiskan pengajian, sebaliknya menolong pakciknya berniaga. Namun mungkin pekerjaan itu tidak sesuai dengan minat, sekejap saja dia membantu pakciknya itu. Melihat kecenderungan Mukhriz, pakciknya telah mencarikan pekerjaan baru untuknya di sebuah bengkel kereta di Seksyen 29, Shah Alam.
“Mukriz baru dua minggu bekerja ketika kejadian. Dia juga baru pertama kali mendaki bukit itu. Semasa di puncak kedua, dia mengikut seorang kanak-kanak perempuan selepas tiba di satu simpang,” kata Rohana.
Ads
Mungkin lahir dari latar belakang pendidikan agama yang baik dan memiliki hati yang “bersih” menjadi asbab anak bujangnya itu menjadi pilihan orang alam ghaib itu.
“Kata Mukhriz kepada kami selepas selamat sampai ke rumah, dia mengikut kanak-kanak perempuan itu, setelah penat berjalan. Malam itu dia tertidur di atas hamparan rumput. Buka saja mata, kata Mukhriz dia seperti berada di dalam gua. Di sisinya ada tiga susuk tubuh berpakaian putih iaitu mak, ayah dan remaja perempuan itu.
Misteri Sebatang Tongkat, Cincin Emas Putih Dan Sebiji Buah Warna Oren
“Selama seminggu hilang itu, dia menjadi imam solat dan hanya mengaji sahaja. Tanpa sedar dia sebenarnya sudah hilang selama tujuh hari. Kehilangan yang cukup merisaukan semua orang yang turut serta dalam pencarian.
“Kedua orang tua berjubah putih itu juga berkelakuan sama kerana mereka juga khusyuk dengan solat dan mengaji al-Quran. Dia tidak terasa lapar dan bagi menghilangkan dahaga, dia minum air terjun dalam gua berkenaan.
(kebarangkali air terjun ini adalah andaian Mukhriz sahaja. Ini kerana ketika seminggu kehilangannya, hujan turun setiap hari. Malahan dia dijumpai di tepi batu besar dan bukan gua seperti pandangannya).
Ads
“Malam sebelum dia ditemui itulah, kata Mukhriz ketika sedang lena tidur, dia melihat seekor ular besar di atas dinding gua. Ular besar itu sempat bersuara, esok hari ikut cahaya matahari naik dan Insya-Allah dirimu akan selamat.”
Dari cerita Mukhriz kepada kami, keesokan harinya, sedar-sedar sahaja, di sisinya ada sebatang tongkat. Dijarinya pula tersarung cincin emas putih tanda ikatan pertunangan dan sebiji buah berwarna oren seakan warna labu.
“Saat tersedar itu, Mukhriz mendongak ke langit. Ada sinar matahari di celahan batu berkenaan dan dia menjerit meminta tolong dengan suara yang sangat perlahan.
Ada beberapa orang pendaki terdengar jeritannya (pendaki ini bukan dari kalangan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat). Hinggakan salah seorang daripada mereka berkata, jika dia manusia, goyangkan pokok. Dan Mukhriz dapat lakukan biar tubuhnya terlalu lemah.
“Mukriz kemudian ditarik naik ke atas oleh seorang pendaki dari luar negara. Sebelum pelancong luar itu meninggalkan tongkat itu di sisi batu. Sedangkan itulah barang pemberian untuk anak muda ini dari alam ghaib.
Mukhriz sempat makan buah berwarna oren itu dan katanya, cuma ada biji-biji di dalamnya. Dia membuangnya,” cerita Rohana yang mengaku dia bermimpi anaknya masih selamat dan kerana itulah dia nekad mendaki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Menulis dengan kedua belah tangan serentak kiri dan kanan ini jarang berlaku pada seseorang individu. Jumlah mereka tak ramai, nisbahnya 1 dari seratus orang. Mereka yang alami kelebihan ini dipanggil ambidextrrous.
Wanita ini, Yusalma Azzahra seorang ambidextrous survivor ini juga pernah berhadapan peristiwa pedih dalam hidupnya semasa kanak-kanak. Sebab itu, hari ini beliau kongsikan agar mak ayah tak salah faham.
Jika ada anak yang cenderung menulis dengan kedua belah tangan, mereka bukan ‘pelik’ atau pemalas. Tetapi mereka ambidextrous dan perlu dibantu.
Mereka Kata Saya Pelik, Tulis Dengan Kedua Belah Tangan
Ketika kecil saya boleh menulis dan mewarna dengan kedua dua tangan. Biasanya semasa tadika saya akan siapakan kerja rumah dengan menulis abc guna tangan kiri, tangan kanan akan mewarna buku latihan. Kadang kadang dua dua tangan menulis bagi untuk cepat siapkan kerja rumah. Saya ingat semua orang boleh buat begitu.
Ketika darjah satu, saya di ejek. Mereka ejek saya pelik. Ketika itu juga saya tidak tahu mengeja dalam bahasa melayu, di tadika Montessori saya lebih kepada belajar bahasa Inggeris dan Mandarin.
Guru pun memberitahu, “We use right hand for writing and drawing”. Saya tidak boleh bezakan tangan kiri dengan tangan kanan, balik ke rumah saya tengok ayah saya menulis dan saya ikut menulis menggunakan tangan yang sama sampai sekarang iaitu tangan kiri!
Hanya semasa darjah 3 saya dapat bezakan tangan kanan dan kiri. Sebab selalu di ingatkan tangan menulis tangan kanan, tangan menulis tangan kanan, tangan menulis tangan kanan. Hanya semasa darjah 2 saya boleh mengeja dalam bahasa Melayu dengan lancar. Tetapi secara tak sedar saya sudah lupa bagaimana bercakap dan menulis dalam Mandarin.
Jangan Sampai Jadi Mangsa Ejekan Rakan Lain
Mungkin kerana kurang latihan dan bercakap, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Seingat saya apa yang menimpa saya ini bukan sesuatu yang menarik perhatian keluarga dan pihak sekolah.
Hanya baru baru ini saya tahu golongan yang boleh menulis dengan kedua dua tangan ini dipanggil Ambidextrous. Sekarang saya cuba menulis tangan kanan, boleh sikit sikit tapi kurang cantik berbanding dahulu.
Cuba anda perhatikan anak atau orang di sekeliling anda, ada tak seperti saya? Lindungi mereka dari mangsa ejekan dan rasa rendah diri kerana ketika itu saya rasakan kelebihan itu seperti kecacatan.
Sekarang di India ada sekolah yang mengajar murid menulis menggunakan kedua-dua tangan tau
Pelakon Abby Abadi yang aktif dengan kerja-kerja khidmat masyarakat, memohon agar mereka yang mengalami terputus bekalan makanan atau keperluan harian, agar mengangkat bendera putih.
Dengan itu, akan ada jiran-jiran yang sedia maklum dan datang membantu. Tindakan sebegitu adalah lebih baik lagi berbanding membuat keputusan dan tindakan melulu.
Ramai yang terkesan dengan pendapatan yang kian meruncing. Malah, ramai yang terputus bekalan makanan. Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan pelakon drama kepolisian Gerak Khas ini, mereka diuji kesusahan yang begitu mendesak.
Sehinggakan ada ibu yang terpaksa memberi anak kecilnya minum air sirap. Abby juga melihat kempen kibarkan bendera putih ini sebagai satu idea yang hebat.
Mohon Angkat Bendera Putih
Kongsinya,
SEBARKAN…. Idea yang hebat dari seorang hamba ALLAH di FB.
Buat semua yang terputus sumber pendapatan, terputus bekalan makanan/ keperluan harian, mohon angkat bendera putih ye.. biar ada jiran-jiran yang tahu supaya anda tidak putus asa & ambil keputusan melulu.
Yang berdekatan.. Hulu Kelang, Keramat, Ukay Perdana, Wangsa Maju, Taman Permata…. ada ke yang sangat-sangat sesak sampai hidup kelaparan sekarang? Kalau ada DM saya ye (instagram Abby Abadi). Ada rezeki saya dan suami sampai dengan bantuan makanan.
Wallet Kasih PKP
Kongsinya lagi di instagramnya, “Sahabat-sahabat saya di sini yang budiman & dermawan, yang masih terus sudi nak bersama saya membantu mereka yang memerlukan, terima kasih sangat-sangat! Malaysian, Singaporean, Bruneian, Indonesian & dimana sahaja anda berada.. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH ye.
Hasil Dana Wallet Kasih PKP harini dapat diagihkan kepada 25 orang lagi. Syukur. Yang dah dibantu pun, bila dengar PKP bersambung lagiii.. datang lagi minta tolong.. Yang menunggu pun ramai lagi. Doakan ye. Doakan ALLAH permudahkan segalanya. Amin Ya rabbal alaminnn.
Anda yang berkemampuan dan mahu turut serta membantu Abby dialu-alukan sumbangan anda. Kongsi Abby lagi,
Kena kumpul lagi,
RHB Bank
26233500041199
Arbaieyah Abdul Manan
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...