2 beradik rentung dalam kebakaran, cuba lari keluar namun terperangkap di sebalik pintu jerigi. Takdir yang tertulis buat dua beradik apabila meninggal dalam kebakaran di Jalan Simpang Tiga terperangkap di sebalik jerigi besi pagi tadi.
Usaha dua beradik, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, Muhammad Al Qayyum berlari keluar saat menyedari rumah terbakar tidak menjadi kenyataan apabila keduanya ditemui rentung.
2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.
“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.
Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.
Dalam pada itu, datuk kepada dua beradik syurga ini, Lokman Marni, berkata, dia redha dengan takdir yang tertulis namun sering kali mengingatkan anak-anak agar tidak mengunci pintu jerigi kerana bimbang sesautu terjadi tetapi akhirnya menjadi kenyataan.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Lokman berkata, dia pernah berpesan sebelum ini agar jangan kunci pintu jeriji.
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
“Saya selalu ingatkan agar pintu jeriji jangan dikunci kalau keluar ke mana-mana, risau kalau berlaku perkara tidak diingini.
“Tak sangka kejadian sebegini menimpa dua cucu saya, namun saya redha dengan apa yang berlaku, ALLAH lebih sayangkan kedua-dua cucu saya ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran pada Isnin.
Menurutnya, ketika kejadian anak dan menantunya keluar makan kira-kira jam 3 pagi.
Ads
“Saya difahamkan mereka keluar makan ketika kejadian, dapat tahu kejadian menerusi panggilan telefon daripada jiran.
“Anak saya tak dapat masuk sebab masa itu bomba sedang padam kebakaran,”ujarnya.
Dalam pada itu, Lokman mengakui dia amat sedih kehilangan dua cucunya yang ketika ini sedang menunggu kehadiran cucu ketiga tidak lama lagi.
“Anak saya sedang sarat mengandung lapan bulan, ujian ini amat berat untuk kami sekeluarga tempuhi.
“Kali terakhir saya bertemu mereka berdua ketika majlis hari lahir saya di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Disember lalu,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua cucunya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu.
“Kedua-dua mereka memang manja dengan saya, tak ada sebarang perubahan pada tingkah laku mereka,” tambahnya lagi.
Rupanya mudah kupas telur kalau ikut video yang dirakam Puan Najah Farahin ini. Anda cuba perlukan 2 step yang tak merumitkan kepala. Dan paling penting, tak perlu tunggu lama.
“Sebenarnya video ni Najah buat untuk students Kelas Online Sandwich Ekonomi Najah. Kalau nak kupas telur sebiji dua tu ok lagi. Buatnya macam Najah pernah dapat order sandwich untuk 3 papan telur. Nak dekat 100 biji tu. Takkan nak ketuk sebutir-sebutir kan.
“Anak murid Najah pun dah dapat order sandwich telur banyak sekarang ni. Tahniah anak-anak murid ku. Bangga cikgu taw!”
Teknik Mudah Kupas Telur
1. Lepas siap rebus telur tu. Lalukan atas air paip lebih kurang 5 minit. Nak bagi telur sejuk. Pastikan telur betul-betul sejuk.
2. Masukkan at least 10 biji dalam periuk dan goncangkan sehingga kulit telur tu tertanggal dengan sendiri. Kalau rebus sepapan tu janganla goncang sepapan terus. Berat nak goncang pula periuk tu.
Tengok Video Nak Lagi Faham
Najah buat versi lemah lembut ja tu. Sebab nak rakam video. Ikutkan staf Najah lagilah dia buat laju kemain. Tertanggal semua sekali kulit telur tu.
Nur Raisha Amanda didera kekasih ibu kerana aktif & bising. Sejak semalam tular gambar seorang anak kecil, Nur Raisha Amanda, setahun 11 bulan yang mengalami bengkak di bahagian muka, bibir dan belakang tubuhnya kerana dipukul menggunakan pengangkut baju selain ditampar berkali-kali di bahagian muka.
Ia ditularkan oleh bapa saudaranya di fb atas nama Wakzam Sempoi yang mahu memburu lelaki yang mendera anak saudaranya iaitu Amir Shafiq Suhaimi, 31 tahun.
Nur Raisha Amanda Didera Kekasih Ibu Kerana Aktif & Bising
Berdasarkan laporan polis dibuat oleh ibunya selepas anaknya didera, dipercayai teman lelakinya yang tinggal serumah memukul anak kecilnya itu kerana aktif dan berbuat bising. Selepas dipukul, anaknya itu dikurung di dalam bilik semalaman. Ibunya turut mengakui penderaan itu bermula pada 4 Jun hingga semalam sebelum mereka dibawa ke rumahnya, di Jalan Rejang, Setapak Jaya, Setapak tanpa berani melawan.
Ia nyata mendatangkan kemarahan orang ramai kerana kanak-kanak tersebut masih kecil dan tubuhnya birat dengan kesan lebam.
Jelas bahagian belakangnya kesan penyangkut baju yang dihayun ke tubuh kecilnyaMukanya ditampar berkali-kali hingga lebam dan dikurung semalaman dalam bilik selepas didera
Tidak sampai 24 jam selepas wajah pendera ini tular di media sosial, polis mengesahkan sudah menahan suspek.
Lelaki Sudah Ditahan Polis
Memetik laporan Harian Metro, Lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, ditahan polis, malam ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan berkata, lelaki berusia 31 tahun terbabit ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.
“Polis akan memohon perintah reman di mahkamah, esok di bawah kes siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).
Saralathan dipetik berkata, berdasarkan maklumat suspek dipercayai memukul mangsa kerana dikatakan bising.
Dia didakwa memukul hingga mangsa bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan.
Kejadian dilapor berlaku di rumah dihuni suspek dan teman wanitanya sebelum bayi itu kemudian dihantar ke rumah keluarga wanita terbabit di Taman Setapak Jaya.
Difahamkan ketika kejadian ibu mangsa ada bersama anaknya namun tidak melawan suspek.
Bukan satu tapi dua Allah uji, ibu redha ujian anak meninggal serentak. Tiada daya upaya seorang ibu apabila diuji kehilangan anak dikasihi. Bukan seorang tapi dua. Tapi inilah ujian dilalui seorang ibu bila mana dua anak meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika keluar membeli donut.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok @reen.133, ibu ini menyuarakan kesedihan hatinya dengan ujian menimpa.
Bukan Satu Tapi Dua Allah Uji
Bagi yang ternanti-nanti update daripada saya. Alhamdulillah, kedua-dua jenazah anak saya telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad tengah hari tadi, selepas zohor.
Mohon maaf kepada yang wasap, mesenger dan komen saya tak dapat jawab keseluruhannya. Terima kasih atas ucapan dari semua. Terima kasih kawan-kawan yang hadir bagi kekuatan kepada saya.
Terima kasih kepada adik-beradik, ipar duai, dan jiran tetangga. Doakan saya sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian ini…. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul….
@reen.l33 Bagi yang ternanti-nanti update daripada saya. Alhamdulillah… Kedua-dua jenazah anak saya telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad tengah hari tadi, selepas zohor.Mohon maaf kepada yang wasap, mesenger dan komen saya tak dapat jawab keseluruhannya. Terima kasih atas ucapan dari semua. Terima kasih kawan-kawan yang hadir bagi kekuatan kepada saya.Terima kasih kepada adik-beradik, ipar duai, dan jiran tetangga. Doakan saya sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian ini…. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. #eksidenjalangapam#duaberadik#kakakdanadik#meninggaldunia♬ original sound – ReeN Agro
Memetik laporan Sinar Harian, hasrat seorang kakak yang mahu membelikan adik lelakinya donat tidak kesampaian apabila kedua-dua maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa Fatihah Ramli, 21, dan adiknya Hijjaz Kasturi Ramli,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Fatihah Ramli, 21, dan adiknya Hijjaz Kasturi Ramli,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ibu Redha Ujian Anak Meninggal Serentak
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzil Othman berkata, dua beradik yang merupakan pekerja swasta itu dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh dipercayai ingin membeli donat di sebuah stesen minyak di kawasan itu.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok hingga mengakibatkan penunggang terpelanting ke dalam longkang berdekatan.
Pembonceng iaitu kakak tercampak di tengah jalan dan menemui ajal di lokasi kejadian.
“Ada saksi yang mendakwa sebuah motosikal lain gagal mengelak dan telah melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Pembonceng yang tercampak di tengah jalan disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.
Tambah beliau, mayat dua beradik yang beralamat di Felda Kemendor itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.
“Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.