Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
Ads
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Ads
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Ads
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saat bapa menyedut sebatang rokok, tanpa sedar ia membahayakan nyawa anak sendiri. Walau tidak menghisapnya, tapi asap rokok yang disedut menjadikan kanak-kanak dikategorikan sebagai perokok pasif.
Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami ialah :-
Bila Nak Cium Anak Tolak
Bahaya rokok :-
Setiap kali membakar sebatang rokok, ada 600 bahan kandungan berbahaya yang mengaktifkan 6000 bahan kimia setiap kali menyala dan menyedutnya.
Bahan kandungan di dalam rokok adalah bahan karsinogen penyebab kanser, masalah jantung selain mengakibatkan sesak nafas.
Rokok juga mengakibatkan individunya mengalami perubahan pada bibir, gigi selain kuku yang akan menjadi kekuningan dan sedikit kehitaman.
Soalnya Kenapa Ayah Busuk…
Pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction ) dengan beralih ke produk alternatif bebas asap Tobacco harm reduction (THR) atau pengurangan bahaya tembakau adalah gerakan yang dapat menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia.
THR menawarkan peluang kepada perokok beralih ke safer nicotine products (SNP) atau produk yang dengan risiko yang cukup rendah untuk kesihatan. Selari dengan kemajuan sains dalam industri ini, lahir produk alternatif seperti vape.
Menariknya, penggunaan produk alternatif ini kurang memberi mudarat berbanding rokok tradisional dan ia terbukti efektif dalam menurunkan kadar individu merokok di negara ini. Ianya bukan sekadar mengurangkan kemudaratan, tetapi juga berkesan dalam mengurangkan kekerapan merokok. Lebih menarik ia boleh menambah selera makan jika beralih ke e-vaping.
Ini dinyatakan oleh Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.
“Selalunya perokok amat kurus dan tidak mempunyai selera makan. Jadi apabila berhenti merokok, mereka akan mendapati selera mereka bertambah kerana kandungan nikotinnya telah berkurangan.
Perlu tahu bahawa Pendekatan Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction) semakin popular di peringkat global. Selain boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan, ianya juga boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat.
Pilihlah kesihatan yang baik demi kebahagiaan rumahtangga
Jadi buat suami yang ingin berhenti tabiat merokok atau mengurangkan kemudaratannya, isteri boleh mempertimbangkan dan sarankan untuk beralih daripada rokok biasa kepada produk alternatif bebas asap rokok ini.
Ini kerana kandungan nikotin yang ada, perokok tetap rasa ‘puas’ merokok dan dapat memberikan pengalaman yang sama. Malah sebenarnya terdapat pelbagai jenis produk alternatif bebas asap rokok ini. Kategori produk seperti produk tembakau yang dipanaskan (HTPs), e-rokok (vape), snus dan kantung nikotin oral (oral nicotine pouches).
Kalau rokok biasa (tembakau) ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan lain lagi.
Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi berbanding rokok, e- rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa.
Bahkan dari bacaannya menurut Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus kurang mudarat daripada merokok.
Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% kurang mudarat lebih daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membeli belah dalam talian (online) merupakan perkara biasa dalam kalangan berjuta orang di seluruh dunia. Namun, kini, pembelian barang dan perkhidmatan dalam talian semakin rancak dan semakin melonjak naik serta mendapat kepercayaan di kalangan pembeli di Malaysia.
Menyedari hakikat tersebut, Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara mencecah RM 4.6 juta sepanjang 12 bulan yang lalu menerusi lebih 2,300 penstriman secara langsung. Sekaligus, jelas menunjukkan Shopee Live memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan perniagaan rakyat Malaysia. Jualan 9.9 lalu pula menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda!
Shopee turut mendedahkan bahawa separuh daripada barangan terjual daripada penjual strim langsung paling aktif adalah melalui produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baru dan terpakai (pre-loved). Selain itu, barangan kemas, produk wangian dan kecantikan pula merangkumi 25% daripada barangan yang terjual di strim secara langsung.
Siapa sangka, empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang yang menjual barangan kemas telah menyumbang kepada Kawasan Wilayah Utara Malaysia merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual. Manakala Wilayah Tengah Malaysia pula mencatatkan RM1.2 juta barangan terjual. Pantai Timur mengungguli rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai.
Antara penjual strim langsung yang cemerlang di Malaysia termasuklah , NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang, __SSLine29___her’s bag Heanny’ dari Sarawak dan Miera Estore dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai pakaian termasuk pre-loved. Jika anda pembeli tegar di Shopee, nama Momo House dari Kedah pastinya tidak asing lagi kerana penjual Shopee Preferred + itu mempunyai hampir sejuta pengikut dan merekodkan antara penjual strim langsung paling tinggi di Malaysia.
Jualan Pada Kumpulan Sasar
Kehadiran Shopee Live telah memberi banyak manfaat untuk penjual memasarkan produk mereka kepada kumpulan sasar yang efektif. Antara penjual yang berjaya menggunakan platform tersebut sebaik mungkin ialah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah.
Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti pasar malam dan pasar pagi. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi apabila berniaga secara fizikal ialah apabila jualan harian kurang daripada RM100, menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi di pasar yang tidak konsisten. Keputusannya menggunakan platform Shopee Live mengubah nasibnya. Lulu berjaya mengembangkan pengkalan pelanggannya dan meningkatkan jualan sehingga mencecah RM100,000 sebulan. Ternyata fesyen Muslimah mempunyai jumlah permintaan yang tinggi di Shopee Live serta mendapat tempat di hati para Muslimah di Malaysia!
Antara faktor mendorong kejayaan tersebut termasuklah jadual fleksibel Shopee Live yang membolehkan Lulu berhubung dengan para pelanggan pada waktu optimal membeli-belah. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos dengan tidak perlu menanggung sewa kedai secara fizikal. Isi kandungan strim langsungnya yang bersifat peribadi dan aktiviti menggalakkan penglibatan bersama para pelanggan juga turut menjadi faktor pendorong kejayaannya ini.
Tambah Lulu lagi “Perniagaannya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara melakukan penstriman langsung dan memupuk keyakinan diri, Lulu dapat melihat dirinya ‘bagaikan mempunyai sebuah kedai yang besar’ di mana pelanggan tertunggu-tunggu dirinya bersiaran di alam maya.
“Saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di samping menjalankan perniagaan di Shopee Live. Ia memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tetapi kepuasan hidup.”
Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019.
Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan di Shopee Live selain berkongsi demo berkenaan produk dan memastikan ketulusan pada setiap penstriman secara langsung.
“Apa yang Zhi Wei tunjuk di Shopee Live adalah apa yang pembeli bakal perolehi apabila membeli produk tersebut. Selain itu, ia dapat memupuk hubungan yang baik dengan pelanggan serta menjawab soalan secara langsung”.
Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb turut menyaksikan perniagaannya berkembang dengan baik.
“Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan para pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim secara langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.Akui Linda...