Ramai yang terkesan akibat Covid-19, apabila kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Terutamanya dalam bidang penerbangan cukup terjejas teruk. Kesedihan diberhentikan kerja yang dicintai pasti dirasai, namun perlu segera bangkit melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi pelbagai komitmen perlu dilangsaikan. Walaupun ‘kerjaya baru’ mungkin tidak setanding pekerjaan sebelum ini.
Maurice Maureen Avila, salah seorang bekas pramugari yang diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu selepas syarikat penerbangannya menanggung kerugian akibat COVID-19.
3 Tahun Jadi Pramugari
Avila mengakui merasa sedih selepas tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, hingga menyebabkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.
Akur dengan apa yang terjadi, Avila bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menjual tong gas (LPG).
Ads
“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.
“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.
Ads
“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Ads
Meskipun rutin hidupnya kini berubah, beliau menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya kini dengan menjual tong gas.
MW:Jadi buat yang terkesan hilang pekerjaan akibat pandemik covid-19 ini, jangan berputus asa. Segeralah bangkit dan teruslah berusaha melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.Rezeki pasti ada di mana-mana.
Menerusi perkongsian sebuah video di laman Instagram, Mila Jirin berasa sungguh sebak sehingga tidak mampu menahan air mata apabila terlalu risaukan keadaan suaminya yang ketika itu sedang menjalani pembedahan bahu.
Mila telah mendirikan rumah tangga dengan Isz Mustapha pada November 2015. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Mohd. Arif Zikri yang kini sudah berusia tiga tahun.
Malah menerusi kapsyen di entri video tersebut jua, Mila yang juga bergelar seorang isteri dan ibu tidak dapat menampung kesedihannya seorang diri dan berkongsi dengan pengikutnya agar sama-sama dapat mendoakan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.
“Lumrah hati seorang ISTERI.
“Risaunya bukan kepalang. Terima kasih atas doa sahabat semua. Saya sangat hargainya,” tulis Mila
Malah Mila juga turut memohon agar suaminya Isz Mustapha dipermudahkan untuk segala urusan pembedahan.
“Sahabat saya yang saya kasihi. Mohon DOAKAN Suami saya @isz_mustapha dipermudahkan segala urusan Arthroscopy Surgery hari ini (semalam) #Amin
“Mommy tengah touching daddy atas bed tu mata mommy dah berhabuk. Perasaan seorang isteri ni lain kan,” kongsi usahawan ini yang ketika itu turut berkongsi sebuah video sebelum suaminya ditolak ke bilik pembedahan.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia dan juga merupakan seorang usahawan katering berjaya ini, menyatakan suaminya iaitu Isz Mustapha telah menjalani pembedahan arthroscopy.
Menerusi video yang dikongsi, Mila berkata, pembedahan yang dilakukan semalan itu terpaksa dibuat untuk merawat masalah pada bahagian bahu suaminya yang telah menyukarkan pergerakan tangan.
“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.
“Doktor cakap bukanlah major operation, minor sahaja (sambil menangis teresak-esak) tapi perasaan seorang isteri ini lain.
“Esok (23 Disember) merupakan birthday saya. Saya berdoa kepada Allah tak nak apa-apa. Cuma minta Allah bagi kesihatan yang baik kepada suami saya.
“Tangan suami saya tidak boleh angkat lurus ke atas. Jika tersalah pusing akan rasa sakit. Kemudian doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan,” kongsi Mila penuh sebak.
Benarlah apa juga kejayaan yang kita miliki dan antara tip untuk dimurahkan rezeki, berbaktilah pada kedua mak ayah selagi mana berkesempatan. Tak semestinya nak menghargai mereka bila tunggu ‘kaya’, boleh sahaja menghargai dan berbakti mengikut kemampuan yang ada.
Tak mampu dari segi harta benda, usahakan bantuan kudrat yang ada, mahupun ambil berat pada mereka. Ini kerana doa keramat daripada mak ayah, lebih-lebih seorang ibu ada keberkatannya dalam kehidupan kita.
Baru-baru ini, usahawan terkenal dan berjaya Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman,33 ada berkongsi catatan ringkas, ucapan Hari Lahir buat ibu tersayang, Bonda Rozita Ibrahim yang disambut pada 22 Disember lepas.
Menariknya Aliff Syukri bukan sahaja memberikan hadiah mewah berupa kereta baru idaman, malah cukup menghargai ibunya malah sanggup berkorban nyawa demi ibu tersayang. Makan tidak hairanlah disamping usaha gigih, rezeki usahawan ini cukup melimpah ruah apabila sangat menghargai ibunya.
Mak jangan menangis..Alhamdulillah syurga saya masih sihat sehingga saat ini. Tengok mak sihat, gembira dan bahgia adalah perkara paling penting dalam hidup kri. Insan yang saya agungkan @bondarozitaibrahim.
Bagi saya Harijadi mak adalah hari-hari. Sempena hari lahir mak 22/12 hari tu saya buat suprise hadiahkan kereta baru yang lebih luas untuk dia gunakan. Bukan apa,kadang-kadang tengok dia kalau nak ke mana-mana penuh barang dalam kereta.
Bagi saya apa yang saya ada hari ini adalah kerana doa seorang ibu yang tak pernah putus untuk saya, apa pun yang boleh membahagiakan dia saya sanggup walau apa sahaja.
Pengorbanan,kesabaran mak dalam membesarkan saya tak ada nilai yang boleh ganti,mak faham karenah gila-gila saya yang sabar dengan saya walau saya sekolah tak pandai, tak jemu didik saya.
Sempena hari lahir ni saya nak mak tahu, nyawa pun saya sanggup korbankan demi wanita/ Ibu yang bernama Rozita Ibrahim. Special thanks untuk daddy, odah dan cahaya yang banyak membantu suprise kali ni.
Saya harap kalau anda mempunyai ibu atau mak lagi hargailah mereka sementara mereka masih ada..semampunya anda.
MW: Tahniah buat Dato Sri Aliff Syukri, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibu tercinta. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa. Percayalah, apa juga kejayaan yang kita miliki hari ini, adalah dari keberkatan doa daripada seorang ibu.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang bakal menimang cahaya mata kelima. Ayu dan Zaquan yang bernikah pada bulan Januari 2011 kini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Ternyata pasangan ini bertuah kerana memiliki keluarga yang cukup bahagia dan harmoni apatah lagi dengan kehadiran permata hati, Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.
Bersempena dengan sambutan hari kelahirannya yang ke 36, ibu jelita ini turut memaklumkan dia kini sedang hamil anak kelima.
“MY ENDLESS LOVE.. ️ @zaqone_08 “#yesimpregnantagain “#ifeelloved “#ifeelspecial “#happy36thbirthdayayuraudhah” tulisnya di kapsyen entri di Instagram.
Suaminya, Zaquan juga membuat hantaran di entri akaun Instagramnya yang berbunyi;
“Mambo number 5 “#alhamdulillahrezekiallah “#” tulis Zaquan yang turut meletakkan teka teki jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti.
Malah menerusi perkongsian yang lain Ayu turut meletakkan gambar-gambar sepanjang sambutan hari lahirnya.
Ayu juga turut berterima kasih kepada mereka yang sudi mengadakan parti kejutan hari lahirnya.
“Alhamdulillah Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan yang perah otak berfikir, luang kan masa, tenaga, dan duit utk plan buatkan Surprise Birthday Party untuk Ayu ni, baik yg bagi tema ,mencari tempat, buatkn deco, belanja makan.. serta semua kawan2 yang hadir… tiada perkataan lain yang terlintas..
“Bersyukur dan berterima kasih dikurniakan orang disekeliling yang BAIK untuk Ayu. Alhamdulillah Terima Kasih semua” ungkap Ayu.
Sebelum ini wartawan MW pernah menemubual Ayu Raudhah dan wanita ini pernah berkongsi dirinya sewaktu mengandungkan anak ketiga Laura Zuleykha yang mempraktikkan amalan yang diberi oleh orang tua-tua.
“Waktu disahkan hamil, saya mula mengambil sarang burung sebagai makanan tambahan. Ketika itu, saya belum tahu lagi bayi kami perempuan atau lelaki. Saya amalkan makan sarang burung setiap hari. Ada kalanya rasa macam hendak muntah tetapi bila fikirkan khasiatnya, saya telan juga.
“Suami pula sudah seperti jururawat di rumah. Asyik tanya sahaja sama ada saya sudah makan atau belum sarang burung. Pada masa yang sama, saya amalkan bacaan surah al-Fatihah apabila teringatkan anak-anak.
“Alhamdulillah, setakat ini saya rasa perubahan yang positif. Lasak dan aktif, itu dah memang sifat anak-anak tetapi bonding antara kami sangat kuat. Garang? Rasanya bukan saya garang kot tetapi lebih kepada tegas kerana saya mahu mendidik dan mendisiplinkan anak-anak.
“Suami pula jenis yang fleksibel, sebab itulah anak-anak sangat rapat dengan dia. Tetapi bila sampai masa tidur, dengan sayalah mereka akan datang menghimpit. Saya dan zaquan memang tidak boleh berenggang dengan anak-anak, mereka harta kami yang paling berharga,” katanya.
Malah pada waktu itu juga Ayu turut berkongsi tentang keluarganya. Melihat ahli keluarga yang semakin ramai, ayu raudah tidak nafikan kehidupannya dan suami begitu sibuk sehinggakan masa untuk berdua-duaan menjadi amat terhad
“Ada juga yang bertanya, bila sudah ada anak ramai ni macam mana dengan waktu privasi saya dan suami. Terjejas atau tidak. Sebenarnya, saya tidak suka guna perkataan terjejas sebab anak-anak bukanlah gangguan tetapi anugerah yang sangat berharga buat kami berdua.
“Ketika bersama dengan anak-anak, kami akan gunakan waktu sebaiknya. Bermain, bercerita, melukis dan sebagainya. Saya isi waktu terluang dengan aktiviti yang anak-anak suka, momen ini sangat indah.
“Istilah privasi itu pula biasanya kami praktikkan saat berdua, tidak kiralah di mana-mana sahaja. Pada saya, selagi kuatnya rasa kasih dan sayang, takkan timbul perasaan jemu atau penat untuk bercinta.
“”Tempoh bulan madu bukan di awal perkahwinan tetapi setiap saat yang kita lalui bersama. Sekalipun suami lebih muda usianya tetapi fikirannya matang. Sikap family man, penyayang dan romantik benar-benar membuatkan saya jatuh cinta setiap hari.
Ini kisah kematian Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yang telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib.