Bagi pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman, Elyana yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 9, dan mengambil seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.
Difahamkan Elyana bersyukur masih sihat namun figura ini perlu banyak berehat kerana cepat berasa penat dan tidak boleh berjalan banyak.
Sel Kanser Elyana Merebak Ke Organ Badan Lain
“Memandangkan penyakit kanser saya sudah lama, sekarang kata doktor ia merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.
“Ketika dimasukkan ke hospital selama lima hari pada November lalu, walaupun saya dimaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, tetapi didapati sel-sel itu sudah menyerang ke bahagian badan yang lain,” luahnya.
Rawatan Kemoterapi Terpaksa Ditangguhkan, Kesihatan Elyana Tidak Mengizinkan
Menurut penjelasan Elyana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, doktor mahu dirinya menjalankan rawatan kemoterapi secepat mungkin, namun sekarang terpaksa ditangguhkan seketika kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
“Sekarang, saya pun masih hilang selera makan dan berat badan pula 41 kg.
“Dalam badan saya ketika ini tiada lemak, jadi bimbang juga kalau tak dapat menjalani rawatan itu dengan lancar,” terang Elyana yang akui tidak mempunyai selera makan sejak beberapa bulan lalu malah kini badannya semakin lemah.
Ads
Namun Elyana juga menyatakan dia perlukan masa untuk menguatkan badan terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan kimoterapi.
Rahsiakan Penyakit, Elyana Tidak Mahu Orang Bersimpati
Elyana dan suami yang pernah menjadi penghias muka depan muka hadapan majalah Mingguan Wanita ketika itu menyatakan pada awalnya dia bukan sengaja mahu merahsiakan tentang penyakitnya, namun sebenarnya bersebab.
Niat utama dia merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan umum adalah tidak mahu orang bersimpati dengan keadaannya.
Ads
“Awal-awal dulu memang saya cuba merahsiakan penyakit saya daripada orang lain sebab saya ingin jadi seperti Elyana yang dulu.
“Apabila saya dapat tahu ada kanser, saya rasa ia pengakhiran hidup. Perasaan saya bercampur-baur, ada rasa malu, rasa down dan tak boleh nak buat kerja serta lakukan aktiviti lasak lagi.
“Saya sebenarnya rasa takut bila orang tahu saya sakit, orang akan beri layanan berbeza. Saya tak nak perkara itu berlaku. Satu lagi perkara yang saya tak suka apabila setiap kali berjumpa, orang akan tanya dah sihat ke belum dan komen tentang bentuk tubuh saya.
“Perkara ini sangat sensitif pada saya. Walaupun saya tahu kadang-kadang orang yang bertanya tak bermaksud negatif, tetapi pesakit kanser ia amat sensitif.
“Oleh sebab itu menjadi tujuan utama saya untuk tidak berkongsi tentang penyakit saya dengan orang lain,” jelas Elyana lagi ketika itu sewaktu team MW hadir ke kediamannya untuk sesi fotografi tersebut.
Hargai Diri Sendiri
Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.
Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.
Ads
Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.
Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Elyana lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.
“Saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kalau kita sentiasa berdoa pasti ada jalan penyembuhan yang Allah akan bagi.
“Oleh itu, kepada semua pesakit kanser di luar sana dan keluarga mereka, satu sahaja saya ingin pesan, jangan lupa support each other sebab pesakit kanser atau pesakit kronik perlukan sokongan insan tersayang.
Enjoylah Kehidupan Ini, Tiada Apa Yang Dapat Kita Patah Balik
“Sebenarnya enjoylah kehidupan ini sebab segalanya telah berlaku dan tiada apa yang dapat kita patah balik atau meratapi.
“Kita sememangnya tak mampu untuk melawan takdir. Apa yang boleh kita buat, teruskan kehidupan dan pandang ke hadapan.
“Jangan lupa berdoa dan berusaha melakukan ‘proses penyembuhan’.
“Jika anda buat kemoterapi atau radioterapi, jangan lupa minum air banyak-banyak dan jangan lupa makan sebab badan kita perlukan tenaga dan stamina untuk melawan segala penyakit,” ujarnya yang berharap anda semua dapat mendoakan Elyana dan keluarganya mendapat penyembuhan daripada Allah SWT.
MW: Berdoa Elyana kuat dalam melawan penyakitnya dan diberikan kesembuhan.
Pemergian ibu mentua penyanyi Ernie Zakri, Allahyarham Wan Faaizah Karim, 55 meninggalkan kesan kesedihan buat menantu ini. Bak kata Ernie, ibu mentuanya itu seorang yang terlalu baik, kelakar, sporting malah ‘kaya’ dengan pesanan dan nasihat.
Biar pun cuma sempat bersama arwah ibu mentua selama 5 bulan saja. Ernie yang juga isteri penyanyi, Syameel ini redha dengan pemergian insan yang membesarkan suaminya.
Arwah ibu mentuanya ini terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.09 malam 23 Ogos lalu.
5 Bulan Saja Allah Pinjamkan Umi Untuk Saya – Ernie
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah.
Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis. Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat.
I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother & father in law ever. MasyaAllah.
Ernie Zakri Redha Pemergian Ibu Mentua
Anak anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah. Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah swt lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan.
Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah swt yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah swt balas kepada anda semua.
Kenangan bersama ibu dan ibu mentua di hari bahagia Ernie.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Syameel dan Ernie Zakri, semoga Allahyarham Wan Faaizah Karim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kanak-kanak 12 tahun korban terkini strok haba, bapa kongsi simptom awal anak demam tak berpeluh. Dunia kala ini diuji dengan kemarau. Dan ia turut dirasai oleh negara kita di mana suhu adakalanya mencecah sehingga 33-37 darjah selsius. Bahangnya sangat terasa sehingga ramai yang lebih rela berkurung di dalam rumah dari keluar berjalan-jalan.
Jika minggu lalu, kita dikejutkan dengan kematian dua orang kanak-kanak akibat strok haba, terkini seorang lagi kanak-kanak menjadi korban terbaru strok haba.
Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah Kluang meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Kanak-Kanak 12 Tahun Korban Terkini Strok Haba
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Bapa Kongsi Simptom Awal Anak Demam Tak Berpeluh
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tip guna hair dryer keringkan parut caesar ni bukan saya memandai. Ada doktor yang ajar masa saya bersalin anak sulung dulu. Nama doktor lupa sangat, maklumlah 13 tahun lepas punya cerita.
Dahlah anak pertama, kena bedah pulak memang panic giler. Tapi saya bertuah dilayan baik oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Bukan senang nak jaga parut bedah, kena hati-hati takut jadi jangkitan.
Saya kongsikan cara saya jaga parut Caesar, Alhamdulillah parut cantik macam garis lurus je dan tak pernah berair atau kena jangkitan. Masa adik saya bersalin bedah pun, dia amalkan tip ini. So far memang ‘menjadi’.
Selepas mandi, pastikan lap bahagian parut dengan kain yang lembut seperti kain lampin. Lap perlahan-lahan, jangan tonyoh kasar ye. Saya guna kain lampin sebab serap air dan fabriknya lembut.
Kemudian, anginkan bahagian parut di depan kipas angin. Tapi saya prefer guna hair dryer. Jauhkan jarak hair dryer lebih kurang sejengkal dari parut.
Tujuan guna hair dryer ni supaya bahagian parut betul-betul kering jadi tak de lah lebihan air kat parut tu.
Elakkan menggaru jika gatal, ia boleh menyebabkan parut terbuka dan jangkitan kuman. Jangan bagi bahagian parut berpeluh, nanti gatal. Lap selalu dengan kain lampin. Saya tekap perlahan-lahan, jangan kasar-kasar ye takut cedera nanti.
Pastikan bahagian parut sentiasa kering, bersih dan tidak berpeluh.
Jangan pakai bengkung biasa. Minta nasihat doktor kalau nak beli bengkuk pembedahan.
Saya memang tak makan gamat atau ikan haruan, saya ikut nasihat doktor. Saya hanya ambil Vitamin C untuk bantu sembuhkan luka Caesar. Bimbang juga nanti parut kat kulit perut je ok tapi parut kat dalam masih tak sembuh. Jadi memang saya tak berani nak makan sebarang jamu atau makanan sampingan lain.
Jangan angkat berat, ingat ye kita baru lepas bedah.
Masa dalam pantang, saya makan buah oren untuk bantu lawas. Itu cara saya, tak paksa sesiapa untuk ikut. Hanya berkongsi tip yang saya amalkan dulu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...