Mana Lebih Berbaloi Beli, Barang Kemas Besar Kosong Atau Nipis Padu

Sebelum nak beli barang kemas atau emas pakai ini, mak-mak kenalah hadamkan dulu; jenis (rekaan) dan ciri-ciri barang kemas tu. Ada barang kemas yang besar tapi kosong (hollow). Yang nipis pula padu. Ada beza ya setiap barang kemas tu dari segi ketahanan.

Jadi dalam bab beli barang kemas ni, bukan sekadar cantik dipakai. Bab simpanan jangka panjang dan ketahanan pun perlu diambil kira.

Oleh sebab itulah, sebelum nak membeli, kenalah faham jenis barang kemas yang macam mana yang lebih berbaloi untuk dimiliki. Bila dah faham, taklah nanti bila barang kemas dah sampai di tangan tiba-tiba menyesal.

Inilah yang dikongsikan Ayu (Mak Aji) dalam postingnya, berkenaan barang kemas yang ada di pasaran.

Barang Kemas Besar Kosong VS Nipis Padu (Solid)

Mak Aji nak bagi review sikit berkaitan emas nipis tapi solid dan emas besar tapi kosong. Sebelum tu nak minta maaf dengan penjual-penjual emas. Bukan nak mengacau bisnes, tapi lebih kepada nak beri kesedaran pada pengguna.

Especially yang baru nak pergi menyimpan emas. Jadi mereka perlu ada ilmu sikit kalau nak beli emas dan guna dalam jangka masa yang lama.

Mana Lebih Berbaloi Beli, Barang Kemas Besar Kosong Atau Nipis Padu

IKLAN

Gambar di atas ini, ketiga-tiga patern kiraan gramnya adalah lebih kurang sama. Antara 47-52 gram. Jenis Rolex – 47 gram, Lipan – 49 gram, Coco – 52 gram. Penjelasannya macam ni :

1. Cuba anda bayangkan gram nya tak jauh beza. Tapi kenapa Lipan dan Rolex nipis? Sedangkan si Coco pula gemok besar. Ok.. emas lebih kurang sama (gramnya) kemudian digemukkan, ertinya emas itu dinipiskan. Bila dah nipis makanya mudah pecah, patah, merekah dan semestinya bila berlaga memang mengeluarkan bunyi-bunyi yang sangat mengganggu.

2. Coco.. bila dah nipis, dan berlaga sikit jadi kemek. Bila pakai lama sikit permukaannya akan menjadi cepat merekah dan akhirnya akan pecah dan putus. Berbeza dengan Rolex dan Lipan sebab kedua-duanya solid. Ketuk pada batu pun takde efek. Cuma bila dipakai di tangan nampak keciklah.

Biarlah Emas Nipis, Janji Padu

3. Kita nak guna emas yang kita beli dalam tempoh lama dan guna untuk investment masa depan kan. Sebab emas ni bila kita beli setahun dua, lepas tu kita tukar.. memang rugi. Kalau ‘pandey’ pecah rugilah nak ditukar di masa terdekat. Jadi bila nak beli emas biarlah nipis kecil asalkan solid. Jangka hayatnya panjang.

IKLAN

4. Emas ni nipis pun takde hal, janji padu (solid). Lama lama pakai pun tak mudah kemek, pecah mahupun putus. Memang sesuai untuk investment sehingga 10 tahun akan datang.

5. Lainlah kita banyak emas. Ini kita pakai pun sekali sekala saja atau kita tak pakai langsung. Jika untuk simpanan saja, maka bolehlah nak beli emas besar kosong macam tu. Tapi kalau kita hanya ada seketul dua emas yang nak diguna selalu. Mak Aji tak advice beli yang kosong dan besar terus. Memang tak tahan.

Maaf ya sekiranya posting ini ada orang yang tak suka. Cuma kesian dengan mereka yang membeli kelak kecewa kemudian hari sebab ilmu tiada untuk menilai.

IKLAN

Peace no war!

*Status ini dimuatnaik dalam bahasa Sarawak. Diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dengan keizinan penulis.

Antara barang kemas atau gold bar, untuk simpanan mana lebih baik.

MW : Bila dah tahu ini, mudahlah mak-mak nak buat pilihan mahu pilih barang kemas ini jenis (design) yang macam mana. Semoga lebih bijak dalam membeli emas.

Sumber/Foto : Ayu

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI