Penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, 24 November lalu telah berkongsi nama anak sulungnya bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
Keluarga bahagia bersama anak lelaki mereka.
Malah ketika itu juga Tuju menerangkan Loca B sedang berpantang di rumah. Dan bayi yang dilahirkan dinamakan Bintang Aiko.
Bintang Aiko Didiagnosis Gastrosis Sejak Dalam Kandungan
Namun sesuatu yang agak mengejutkan apabila semalam menerusi sebuah hantaran video menerusi akaun Instagram Loca B (kuning langsat) menulis tentang bayinya itu didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
Malah Loca B mendedahkan bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
Ads
Keadaan Baby Bintang Aiko sewaktu di NICU.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” tulisnya di kapsyen hantaran video tersebut.
Ads
Ulang Alik Lawat Bintang Aiko di Wad NICU
Paling menyedihkan isteri kepada Loca B ini juga memaparkan keadaan bayinya yang baru dilahirkan didiagnosis penyakit gastrosis.
Ibu yang masih dalam pantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tigu minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Sudah Dibenarkan Pulang, Terima Kasih Pada Doktor & Jururawat NICU
Tuju memangku anak kesayangannya Bintang Aiko yang sudah dibawa pulang ke rumah.
Pasangan ini juga akui mereka berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sangat besar dan menjadi pengajaran dalam kehidupan. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdulilah Bintang sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
“Ketika hendak meninggalkan wad NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang!
“Kami bersyukur kerana dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” tulis mereka yang cukup gembira dapat membawa Bintang pulang ke rumah.
MW: Berdoa agar Bintang Aiko dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Trend “jual diri” sewa jadi kekasih di hari raya, bayar RM80 dapat pegang tangan. Jaga maruah perempuan walau trend hanya gurauan. Di media sosial, terutama di twitter kecoh tentang sewaan menjadi kekasih di hari raya.
Di mana gadis yang merasakan diri “hot market” dan memiliki wajah menarik memberanikan diri menyewa diri sendiri untuk dibawa pergi beraya dan rumah terbuka.
Trend “Jual Diri” Sewa Jadi Kekasih Di Hari Raya
Dengan hanya bayaran antara RM200-RM250, iklan “menjual diri” ini meletakkan ciri-ciri seperti boleh berlakon menjadi girlfriend, friendly, pandai berborak, boleh betulkan sampin/ songkok/ rambut, tukang dengar masalah, boleh suap makanan dan extra charge RM80 jika nak pegang tangan.
Sekali pandang, ia dilihat seperti ada unsur-unsur gurauan kerana dari tweet di media sosial, baik gadis bertudung dan free hair turut mengiklankan perkhidmatan ini dan disebar luas di media sosial.
Tetapi kalau benar ia gurauan, perlu diingati malu itu adalah sebahagian dari iman. Zaman Jahiliyah dahulu, mereka menanam anak perempuan kerana dianggap beban sehinggalah kedatangan Islam yang memuliakan golongan ini dan meletakkan darjat mereka ke tempat tertinggi.
Tetapi semakin menghampiri penghujung dunia, gurauan meletakkan maruah perempuan ke bawah tapak kaki.
Dari satu tweet @Amirul Ruslam, katanya, sewa diri jadi kekasih ini adalah trendyang merosakkan sifat malu seseorang muslim.
Dengan tambahan lain @add on RM10, R70,RM80 dah dapat pegang tangan. Begitulah murahnya maruah dan kehormatan diri kita.Katanya lagi, no wonder hilang dara/teruna kerana berzina makin dianggap suatu kebanggaan.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Apa yang menusuk dari kata-katanya bahawa perempuan jangan nak demand tinggi-tinggi hantaran kalau semurah ini.
Ini kalau jenis perempuan dah pernah “dipegang” ni duit hantaran kahwin pun dah tak yah la minta tinggi2 ye.
Yg lelaki yg bt service + 1 ni pun tak pyh nk demand ciri2 isteri yg baik lebih2.
Yela kan, maruah & kehormatan diri sendiri pun dijual sekitar RM10-90 je.
Sedar diri.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 27, 2023
Carian Mingguan Wanita juga dapati selepas trend ini tular, ia menerima kecaman yang banyak dari orang ramai. Dan akaun twitter gadis-gadis yang mengiklankan diri juga sudah dinyah aktifkan selepas bertalu-talu menerima kecaman.
Pengacara dan pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin memanfaatkan waktu duduk rumah dengan menghabiskan bacaan Al-Quran. Dan hari ini dia berkongsi rasa bahagia, apabila berjaya khatam Al-Quran di musim PKP ini.
Kongsinya di instagram miliknya, yang merakam gambar berdua dengan suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Tulisnya,
“Alhamdulillah, I got a chance to Khatam Quran untuk ‘musim PKP’ sesambil WFH (Work From Home). Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan ni.”
“Aaaa, macam tak percaya lusa dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good & wealth.”
Doa Ini Tak Pernah Lekang Dari Kami – Siti Elizad
Siti Elizad dan suami sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata. Malah, pengacara ini juga sudah pun menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, setiap masa doanya agar Allah memberikan rezeki anak tak pernah putus dari bibirnya. Malah doa inilah yang selalu dibaca oleh mereka berdua.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
“Selain doa-doa yang lain, inilah doa yang tak pernah lekang dari kami berdua.”
Harapannya sentiasa ada agar Allah memberikannya anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
Mula menyanyi sejak berumur sembilan tahun, penyanyi Masya Masyitah mempunyai impian tersendiri untuk dicapai.
Penyanyi yang tampil dengan single Hapus itu juga kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila mengusahakan Delici by Masya yang menyediakan aneka kek dan biskut, hasil air tangannya sendiri.
“Perniagaan ini baru sahaja saya usahakan pada tahun lalu dan alhamdulillah ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.
“Buat masa ini saya hanya lakukan secara kecil-kecilan menerusi jualan atas talian kerana mahu lebih fokus agar kualitinya terjaga.
“Seronok berniaga kerana rasa puas hati apabila dapat hasilnya dalam masa singkat, selain penat lelah yang dirasakan berbaloi,” akuinya.
Meski usianya baharu menginjak usia 20 tahun, dia sudahpun memiliki rumah sendiri yang dibeli daripada wang simpanannya semenjak awal menceburi bidang seni.
Lebih membanggakan rumah jenis kondominium yang berharga RM300,000 itu dibeli secara tunai.
“Alhamdulillah impian saya memiliki rumah sendiri tercapai pada tahun lalu dengan menggunakan wang simpanan hasil penglibatan saya dalam bidang seni termasuk penyertaan dalam pelbagai pertandingan sejak kecil lagi.
“Saya usahakan untuk membeli secara tunai kerana tidak suka berhutang dan cuba mengelakkan daripada rugi dengan membayar lebih untuk kadar faedah dan sebagainya.
“Rumah itu saya diami bersama ibu saya, sementara bapa masih di Kulim, Kedah kerana terikat dengan komitmen kerjanya,” kata Masya yang mahu memberikan contoh terbaik buat remaja sebayanya.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...