Ads

Nahas Raya Aidiladha, Kepulangan Dinanti Akhirnya Jenazah Yang Tiba

Nahas Raya Aidiladha
Nahas Raya Aidiladha

Nahas Raya Aidiladha, lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan melibatkan kereta je­nis Proton Wira dan Honda City di Kilometer (KM) 76, Jalan Kuantan-Segamat, Paloh Hinai, di sini awal pagi tadi.

Nahas Raya Aidiladha

Nahas Raya Aidiladha, Kepulangan Dinanti Akhirnya Jenazah Yang Tiba

Lebih menyayat hati, nahas yang meragut nyawa Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, da­ri Ibu Pejabat Polis Daerah Kuan­tan dan isterinya, Nurulfiza Ardiana Amba, 46, itu berlaku pa­da pagi Hari Raya Aidiladha.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, pasangan tersebut bersama empat anak mereka berusia 10, 13, 15 dan 18 tahun dalam perja­la­nan pulang beraya ke Jempol, Negeri Sembilan. Empat anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi, Muhammad Afiq, 20, sudah berada di kampung me­nunggu kepulangan mereka.

Kepulangan Dinanti Akhirnya Jenazah Yang Tiba

Nahas Raya Aidiladha, Kepulangan Dinanti Akhirnya Jenazah Yang Tiba

Muhammad Afiq berkata, dia menerima berita mengenai nahas itu pada pukul 4 pagi selepas dikejutkan bapa sau­daranya yang memaklumkan ibu dan ba­pa­nya meninggal dunia.

Ads

“Memang terkejut sebab saya tidak tahu papa balik kampung ma­lam tadi (kelmarin). Saya ingat mereka bertolak awal pagi,” katanya.

“Saya tidak tahu mereka bergerak balik kampung awal pagi tadi kerana sebelum itu emak hanya menyatakan belum membuat keputusan lagi,” katanya.

Ceritanya, sehari sebelum kejadian, ibunya memaklumkan akan pulang ke kampung malam kelmarin atau pagi semalam.

Ads

“Biasanya mama beritahu bi­la nak bertolak, tapi kali ini tia­­da. Saya dapat tahu mereka ber­tolak pukul 1.30 pagi selepas di­maklum­kan bapa saudara,” ka­ta pelajar Kolej Vokasional Pertanian Che­nor itu.

Dua adiknya iaitu Mu­hammad Adib, 18, dan Mu­ham­mad Akif, 10, dirawat di Hospital Muadzam Shah, ma­nakala Nur Arissa Safiya, 15, dan Muham­mad Aqil, 13, ce­dera ri­ngan.

Nahas Raya Aidiladha, Kepulangan Dinanti Akhirnya Jenazah Yang Tiba

Ads

Sementara itu, adik ipar arwah Syah Lokman, Mohd. Nur Faezin Syabidin, 45, berkata, mereka se­keluarga menunggu kepulangan arwah sebelum menerima berita nahas pada pukul 4 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

Lebih menyedihkan, anak ar­wah sempat meng­han­tar mesej kepada sepupunya memaklumkan dia terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dinaiki arwah dipercayai hilang kawalan dan ter­babas masuk ke laluan berten­tangan sebelum bertembung dengan Honda City.

Sumber: Berita Harian 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Cara Bahagikan Daging Korban

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Miskin? Ini...

Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.