“Ayah Hidap Angin Ahmar, Ibu Kanser” Anak Tunggal Tak Fikir Langsung Nak Kahwin. Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dipikul oleh anak tunggal ini, apabila menjaga mak ayah yang sakit.
Sejak enam tahun lalu, kehidupan Mohd. Yusri Haiqal Mohd. Yusop, 33, mengurus dan menjaga bapa, Mohd. Yusop Sulaiman, 63, yang menghidap angin ahmar sementara ibu, Mahani Saleh, 58, pula pesakit kanser sejak dua tahun lepas.
Tak Fikir Nak Kahwin
Menurut Mohd. Yusri, ketika ini dia tidak langsung memikirkan masa depannya termasuk berumah tangga selain memastikan kedua ibu bapanya gembira di sebalik kesakitan dihadapi.
“Dulu saya kerja kilang di Kulim dan apabila ayah sakit, saya terpaksa pulang. Sebagai anak tunggal inilah tanggungjawab saya menjaga kerana dahulu mereka jaga saya sejak lahir, kini tugas itu saya pikul.
“Tak fikir langsung nak kahwin. Lagipun siapalah yang mahukan orang seperti saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Chegar di sini semalam.
Ayah Hidap Angin Ahmar, Ibu Kanser
Katanya, bapa diserang angin ahmar setelah terjatuh di rumah akibat penyakit darah tinggi sebelum ujian keluarga itu berterusan apabila ibunya pula disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan terpaksa menjalani pembedahan pada Oktober tahun lepas.
“Mak jalani kemoterapi di Hospital Lama Alor Setar sebanyak enam kali dan kemudian radiografi di Hospital Pulau Pinang. Saya perlu bagi semangat kepadanya,” katanya.
Ads
Jelasnya, dia kini bekerja sebagai pembantu am di sebuah kedai besi di Jalan Langgar, di sini untuk menanggung keluarga dan memerlukan pekerjaan yang fleksibel kerana perlu membawa ibu dan bapa ke hospital.
Sementara itu menurut Mahani, dia disahkan menghidap kanser itu setelah mengesan ketulan di payudara kanan.
“Tahun lepas saya ambil keputusan untuk buang payudara dan sekarang sedang kemoterapi. Rawatan ini memang melemahkan tetapi saya kena kuat. Alhamdulillah saya ada seorang anak yang sentiasa berada di sisi,” katanya.
Ads
Katanya, perbelanjaan mereka seharian adakalanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang kepada akaun Bank Islam, 02084020262878 (Mahani Saleh).
Cubaan ‘sondol’ rumah tangga, Nadya Syahera pesan wanita bujang tidak ganggu keharmonian pasangan suami isteri. Isu tentang ‘penyondol’ sejak akhir-akhir ini semakin hangat. Apatah lagi tehadap pasangan suami isteri yang bergelar selebriti.
Wanita yang ingin menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain, tolonglah berubah dan jangan aniaya kaum sendiri.
Setiap kali bertemu dengan selebriti pasti akan terpacul soalan tentang pengalaman ‘disondol’. Seperti kaum isteri yang lain, pelakon Nadya Syahera turut berkongsi tentang rumah tangganya yang cuba diganggu pihak ketiga.
Untuk rekod Nadya dan suami, Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Nadya juga mendedahkan wanita berkenaan dianggap tidak mampu menggantikan tempatnya.
“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya.
“Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.
“Lupakan nak ambil laki (suami) saya. Kalau anda sanggup bertahan macam saya, saya berani potong jari, pergilah,” ungkap Nadya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Nadya yang juga duta produk kecantikan, Nano Comestic turut berpesan kepada kaum wanita berstatus bujang supaya tidak mengganggu keharmonian pasangan suami isteri.
“Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga.
“Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.
“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda.
“Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” luahnya.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pembunuhan kejam Abby Choi kerana harta, bekas bapa mentua tak puas hati pembahagian harta. Pembunuhan kejam dan sadis melibatkan pempengaruh dan model Abby Choi sememangnya menggemparkan. Hanya kerana harta, model cantik ini maut di tangan bekas bapa mentua durjana yang tamakkan hartanya.
Kira-kira dua minggu lalu, wajah Abby Choi Tin-Fung menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah digital, L’Officiel Monaco.
Tetapi, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kehilangan sosialit berusia 28 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Abby Choi pada Selasa lalu dan kemudiannya digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh miliknya, tiga hari kemudian.
Sebelum ini, ikon fesyen dan pempengaruh media sosial itu telah mencipta nama sebagai salah seorang individu paling disegani dalam industri berkenaan.
Wanita yang mempunyai gaya unik tersendiri itu bukan hanya popular di Hong Kong malah turut mempunyai peminat di seluruh dunia.
Abby sering dilihat menghadiri acara Paris Fashion Week dan tampil dalam sejumlah majalah terkenal seperti Elle, Vogue dan Harper’s Bazaar.
“Saya adalah seorang individu yang sentiasa mengambil inspirasi dan mencuba gaya baharu. Kadangkala saya juga cuba mengenakan busana lebih mewah dengan gaya suai dan padan untuk tampak berbeza,” katanya menerusi wawancara baru-baru ini.
Tetapi, kehidupan glamor beliau berakhir dengan tragis apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai telah didalangi oleh bekas bapa mertuanya.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati rumah tiga tingkat yang menjadi lokasi penemuan bahagian tubuhnya dalam keadaan mengerikan dijadikan sebagai tempat ‘menyembelih’ Abby.
Beberapa laporan media mendakwa bekas bapa mertuanya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian hartanah mewah yang menjadi punca pertikaian hingga mereka tergamak membunuhnya tanpa perikemanusiaan.
Pada Jumaat, polis Hong Kong menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan terancang susulan penemuan pelbagai bukti jelas di sebuah rumah di perkampungan Lung Mei Tsuen di Tai Po yang terletak di pinggir bandar raya tersebut.
“Kami sedang berusaha mencari kepala mangsa,” kata jurucakap polis, Alan Chung ketika mengesahkan sepasang kaki mangsa ditemui di dalam sebuah peti sejuk.Menurutnya, rumah itu turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging, namun tidak mempunyai sebarang perabot.
“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui,” jelasnya lagi.
Sebagai usaha menjejaki bahagian lain tubuhnya, kira-kira 100 anggota termasuk penyelam dari unit khas digelar Flying Tigers telah dikerahkan untuk melakukan carian di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O.
Operasi itu dilancarkan selepas siasatan awal mendapati bekas bapa mertua dan abang iparnya dilihat di kawasan itu pada Rabu, sehari selepas Abby dilaporkan hilang.
Ketika penemuan mengejutkan itu heboh diperkatakan media, bekas suaminya, Alex Kwong akhirnya berjaya ditahan di kawasan dermaga Tung Chung pada Sabtu.
“Kami percaya dia mungkin sedang menunggu bot laju sebagai cubaan untuk melarikan diri,” lapor South China Morning Post memetik sumber rapat dengan pihak berkuasa sambil menambah Kwong turut membawa wang tunai HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya.
Tanggung keluarga bekas suami
Walaupun sudah berpisah dengan Kwong, Abby dikatakan masih menanggung bekas suami dan keluarganya.
Wanita itu juga membeli hartanah di Kadoorie Hill di Ho Man Tin, sebuah kawasan kejiranan mewah di tengah Kowloon di bawah nama bekas bapa mertuanya.
Difahamkan, nilai pasaran hartanah itu dianggarkan berjumlah HK$45 juta (RM25.4 juta).
Pada tahun lalu, Abby memaklumkan rancangannya untuk menjual hartanah mewah tersebut.
Wanita jelita itu juga berjanji untuk menempatkan keluarga bekas suaminya ke kediaman lain, namun rancangan itu mencetuskan bantahan daripada mereka hingga membawa kepada pertengkaran mulut.
Siasatan pihak berkuasa juga mendapati Abby tidak mendaftarkan perkahwinan terbaharunya pada 2016 bersama Tam Chuk-Kwan anak kepada pengasas rangkaian restoran kasual di Hong Kong, TamJai Yunnan Mixian yang beroperasi di Tanah Besar China.
Kegagalan Abby berbuat demikian akan menyebabkan aset miliknya bakal diwarisi dua anaknya bersama Kwong.
Sebelum wanita itu dilaporkan hilang, Abby dikatakan menaiki kereta bersama bekas abang iparnya yang bekerja sebagai pemandunya.
Tetapi, media tempatan melaporkan Abby tidak sempat mengambil anak perempuannya dan ia adalah kali terakhir wanita itu dilihat masih hidup.
Pada Ahad, bekas bapa mertuanya dan abang iparnya telah didakwa atas tuduhan membunuh manakala bekas ibu mertuanya berdepan tuduhan menghalang keadilan.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 dan 65 tahun itu yang diberkas pada Jumaat akan dihadapkan di Mahkamah Bandar Kowloon pada Isnin. – Agensi / Sinar Harian
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cikgu Ayu minta maaf, isu suruh bungkus makan di rumah anak ditenung meragam di restoran. Setiap orang punya pendapat tersendiri. Namun apa yang kita lontarkan adalah tanggungjawab untuk kita menelannya jika orang tidak bersetuju dengan apa kita suarakan.
Sebab itulah Rasulullah mengajarkan kita diam itu lebih baik dari berkata-kata yang mungkin menyakiti hati ramai orang. Bahkan dalam satu Riwayat Al-Tabarani menyebut, “Kebanyakan dosa anak-anak Adam itu ada pada lisannya.”
Isu menyuruh orang bungkus dan makan di rumah yang dilontarkan Cikgu Ayu bila anak meragam di restoran ternyata mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat. Mak-mak yang ada anak ramai mesti pernah mengalaminya di mana mereka rasa tidak selesa bila ditenung saat anak meragam. Tak hairanlah ramai ambil pendekatan bungkus dan makan saja di rumah kerana tahu anak-anak tengah melasak.
Dan selepas ramai tidak bersetuju dengan pandangannya, di Tok Toknya, Cikgu Ayu telah membuat permohonan maaf kerana menyuarakan isu ini.
Menjelaskan hal ini, dirinya menjelaskan situasi dialaminya ini ketika dirinya sekeluarga pergi bercuti.
“Ya Allah, ramainya parents yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa. Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya. Tapi satu family yang jeling. Yess anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang.
“Ada yang cakap saya tak cuba tenangkan. Tak gilir dengan suami. Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak. Orang boleh judge tapi orang tak nampak struggle saya bagi baby diam. Kakak dan Yayang just stay kat tempat dia orang je.
Kata Cikgu ini lagi, baby setahun enam bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham. Dan kami tak tapau sebab order tercicir. Last-last saya memang tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta.
“Jadi dalam situasi ini, saya minta maaf buat kornang yang terasa dengan saya. Isu bungkus bawa balik rumah. Saya tengah bercuti, Bawa anak-anak berjalan. Yang gelarkan anak saya binatang, moga kata-kata awak, awak dapat rasa nanti. Alhamdulillah, terima kasih semua nasihat yang stich. Dan untuk korang yang menaip tanpa sempadan, moga urusan kali dipermudahkan.
“Dan mana kedai makan yang tak bag kanak-kanak bising, insya Allah let me know kedai korang. Saya takkan masuk. Maafkan saya sekali lagi dan terima kasih yang bagi teguran. Saya terima dengan hati yang terbuka,”katanya.
Berdasarkan komen di tik toknya, mereka tiada isu dengan soal bungkus itu namun lebih banyak menasihatkan Cikgu ini agar menjaga mulut kerana dirinya pernah melontarkan kata-kata yang agak pedas sebelum ini.
Moga tenang-tenang sahaja kerana tiada siapa bersih dari dosa dan semoga ia menjadi pengajaran buat semua agar jaga lisan masing-masing.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!