Niat perkahwinan bukan atas dasar cinta, sebaliknya ikhlas untuk membantu ibu tunggal dan 5 orang anak-anaknya. Meskipun jurang usia yang besar iaitu usia 23 tahun, bagaikan hubungan ibu dan anak, namun ia bukanlah halangan dalam meneruskan hasrat murni, malah tidak mangambil hati kata-kata ejekan mahupun nista yang dilemparkan.

Lelaki berusia 24 tahun yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima tidak kisah diejek rakan kerana niatnya ikhlas untuk menolong wanita berkenaan.

Rahsiakan Perkahwinan

Mohd Azmirullah Mohd Azan yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Wan Nazihah Wan Awang, 47, mengakui pada mulanya merahsiakan perkahwinan mereka daripada rakan-rakan.

“Apabila saya beritahu (mengenai perkahwinan mereka) ada yang mengejek. Tapi, saya tak kisah dan ambil hati pun sebab niat saya bukan mahu bercinta sebaliknya saya ikhlas hati nak membantu.

 

“Apatah lagi kesemua anaknya masih bersekolah ketika itu. Selepas kahwin, ada juga yang anggap isteri adalah mak saya kalau kami keluar bersama. Cakap depan-depan pula tu. Saya okay saja,” katanya.

4 Tahun Berkahwin

Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin, isterinya banyak memberi tunjuk ajar terutama ketika berdepan orang sekeliling.

“Ini kerana ada saja yang toksik, tetapi pekakkan telinga. Dalam kalangan kedua belah keluarga, Alhamdulillah okay saja.

“Pada awal perkahwinan memang kekok, apatah lagi anak sulung sebaya saya. Anak lelaki seorang saja yang bongsu, jadi dia memang manja dengan saya.

IKLAN

“Ketika ayahnya meninggal dunia, dia baru berumur setahun. Tidak merasa lagi kasih sayang daripada ayah. Alhamdulillah, semua anak menghormati saya dan mereka panggil papa,” katanya.

Lima anak isterinya berusia antara 24, 20, 17, 14 dan sembilan tahun.

Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5

Perniagaan Jual Gas

Menurutnya, dia kini meneruskan perniagaan yang pernah diusahakan Allahyarham suami isterinya iaitu menjual gas.

“Menjual gas ini adalah perniagaan isteri. Selepas kematian suami, macam-macam perkara berlaku. Jadi, selepas berkahwin saya teruskan perniagaan ini. Saya sendiri buat kerja, bawa lori dan menaikkan semula perniagaan ini.

 

IKLAN

“Sebelum ini pun saya kerja kampung juga. Tidaklah senang. Kiranya, apabila bersama isteri kami sama-sama susah dan sama-sama senang. Hampir 24 jam saya bawa isteri bersama,” katanya.

Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5

Hantar Anak Pusat Tahfiz

Selain meneruskan perniagaan, Mohd Azmirullah yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan melaksanakan amanat Allahyarham untuk menghantar semua anak ke pusat tahfiz.

“Arwah pesan, semua anak-anak kena masuk tahfiz. Alhamdulillah, yang sulung dan nombor dua sudah tamat pengajian. Sekarang, yang ketiga dan keempat masih belajar.

“Sementara yang bongsu, Insya-Allah tahun depan. Anak sulung juga bakal berkahwin tahun depan,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, kisah perkahwinan Mohd Azmirullah yang dikongsikan di TikTok menjadi tular hingga mencecah 1.7 juta tontonan.

@geemie8599 #fypage #fypppppoppppppppppppppppシ #papamuda #jodohku #alhamdulillah❤️ ♬ bunyi asal – GEEMIEGAS

Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5 Mesti Baca:“Dulu Anggap Ayah Angkat Kini Jadi Suami”, Jodoh Jarak Usia 21 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Artikel Menarik:Jangan GELOJOH Dalam Mencari Jodoh, Nanti Menyesal & Kecewa Sepanjang Masa

Mingguan Wanita: Murni sungguh hasrat lelaki ini.Meskipun bukan atas dasar cinta, sebaliknya niat berkahwin untuk membantu ibu tunggal anak 5. Doakan baik-baik, semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI