Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan. Itulah antara perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang kini masih dipantau di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

Ibu tunggal kepada dua anak itu juga dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.

Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan

Berkongsi perkembangan kesihatan Nad, pelakon, Ungku Ismail menyatakan doktor belum dapat mengenal pasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad.

Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Ungki Ismail turut memberitahu Nad dipantau empat doktor dan diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan.

“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.

“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik.

“Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” katanya.

Ungku Aziz turut memaklumkan, doktor juga tidak pasti sama ada jangkitan berpunca daripada kencing tikus atau bakteria lain berikutan Nad tidak mempunyai gejala yang boleh dikaitkan.

IKLAN

“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha

Menerusi ruangan komen, pelakon Fasha Sandha juga menitipkan doa buat rakan seperjuangannya agar terus kuat berjuang demi anak-anak.

“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha

Difahamkan turut melawat ke hospital adalah Sharifah Amani, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz, Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

Selain itu, bekas suami Nad, Faliq Amiruddin hadir bersama dua anak mereka, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Baca Disini : Nad Zainal Kini Gembira & Bahagia, Tenang Bersama Anak-Anak “Tidak Pernah Memusuhi Bekas Suami”

IKLAN

Nad Zainal Sedang Kritikal Di ICU, Paru-Paru Dipenuhi Darah

Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan “We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak”

Rakan Selebriti & Juga Peminat Doakan Kesembuhan Buat Nad 

Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan “We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak”

Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan “We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan “We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan “We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak”

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Berita Harian 

Sumber Foto : Instagram Nad Zainal  

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI