Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.

Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.

Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.

Baca Artikel Menarik Lain: Gagahkan Diri Terima Skrol Ijazah, Ayah Meninggal 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen!

Bayi 4 Bulan Terima Skrol Graduasi, WAKIL Ibunya Meninggal Selepas Bersalin

Majlis Konvokesyen, Aksi Mak Ayah Tarik Perhatian

Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.

Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.

IKLAN

“Sedang Mencari Calon Menantu” Aksi Comel Mak Ayah Semasa Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian

Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.

Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.

“Sedang Mencari Calon Menantu” Aksi Comel Mak Ayah Semasa Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian

IKLAN

Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.

“Sedang Mencari Calon Menantu” Aksi Comel Mak Ayah Semasa Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian
.

Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.

IKLAN

Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.

Sumber: Nurulmohdshah @tiktok

@nurulmohdshah_ ‘MENCARI CALON MENANTU’ 🤣 Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma 🤣 Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak 🤣 #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyp #viraltiktok #kkm #konvo #videoviral ♬ original sound – 𝑯𝑬𝑰𝑵 𝑯𝑻𝑬𝑻 🫧

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita