Ads

“Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa?” – Pak Cik Saudara Adik Haira Bersuara

Adik Haira

Keluarga Nur Haira Watikah, kanak-kanak berusia dua tahun yang parah selepas diserang lima ekor anjing di Peserai, Batu Pahat, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan pemilikan haiwan berkenaan.

Menerusi perkongsian di media sosial, ahli keluarga, Shahrizal Mohd Hanafi, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menuding jari kepada keluarga susulan kejadian Adik Haira diserang anjing.

Menurutnya, anjing berkenaan merupakan zuriat anjing pemburu yang dilahirkan di kawasan semak kebun dan dibiarkan hidup seperti haiwan liar lain.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini, sekali lagi saya tegaskan anjing tersebut adalah zuriat anjing pemburu.”

Keluarga Minta Spekulasi Dihentikan

Shahrizal turut mempersoalkan dakwaan yang mengaitkan keluarga mangsa dengan pemilikan anjing berkenaan hanya kerana haiwan tersebut dibiarkan hidup di kawasan terbabit.

Adik Haira

Dalam keadaan Adik Haira diserang anjing dan kini sedang menerima rawatan, beliau meminta orang ramai menghormati keadaan keluarga yang sedang melalui detik sukar.

Ads

“Saya memohon sangat-sangat hormatilah adik Haira yang sedang bertarung nyawa di ICU & jaga perasaan Abi & Umi adik Haira. Hentikan spekulasi & tuduhan tak berasas.”

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Nur Haira sengaja memprovokasi anjing sebelum kejadian.

“Sampai hati orang tuduh adik Haira provoke anjing. Dia cicak pun takut, tengok ulat gonggok pun lari,” katanya.

Menurut Shahrizal, Nur Haira masih kecil dan sememangnya takut terhadap haiwan.

Adik Haira Masih Jalani Rawatan

Terdahulu, Adik Haira diserang anjing di halaman rumah di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, Batu Pahat pada 5 September lalu.

Ads

Kanak-kanak itu kemudian menjalani pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Namun, selepas kejadian diserang anjing, Nur Haira masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Dalam perkembangan yang sama, keluarga kini mengharapkan ruang diberikan kepada mereka untuk memberi tumpuan kepada keadaan Nur Haira.

Ads

Kisah Adik Haira diserang anjing turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet, termasuk mengenai dakwaan dan spekulasi yang muncul selepas kejadian.

Anda mungkin berminat dengan

Buat masa ini, penjelasan keluarga mengenai dakwaan berkenaan adalah berdasarkan perkongsian mereka di media sosial.

Baca juga artikel: Abang Terima 90 Jahitan, Gadai Nyawa Demi Selamatkan Adik Diserang Anjing!

Sumber: Threads


Nota editorial: Artikel ini berdasarkan perkongsian ahli keluarga mangsa di media sosial. Dakwaan berkaitan pemilikan anjing dan punca kejadian tidak dianggap sebagai fakta muktamad melainkan disahkan oleh pihak berkuasa atau sumber berautoriti.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dr Asma Mushtaq

Kejayaan Tawan Spantik 7,027 Meter Bertukar Tragedi, Dr Asma Mushtaq Meninggal...

Kejayaan Dr Asma Mushtaq menawan Puncak Spantik setinggi 7,027 meter bertukar tragedi apabila doktor O&G dan pendaki wanita Pakistan itu meninggal dunia dalam perjalanan turun. Jasadnya kemudian dibawa pulang menerusi operasi berisiko tinggi.