Ads

Dua Anak Ditemukan Berpelukan & Isteri Disebelah, Suami Sedih Gagal Selamatkan Orang Tersayang

Anak Ditemukan Berpelukan
Anak Ditemukan Berpelukan

Agak tragis apabila dua anak ditemukan berpelukan di samping si ibu, kisah tiga beranak pergi serentak dalam satu malam disebabkan kebakaran di Taman Titiwangsa, Kluang, Johor semalam tular di media sosial.

Dua Anak Ditemukan Berpelukan & Isteri Disebelah

Menurut suami arwah, Noraini binti Ibrahim, 49, dia rasa sangat sedih dan ralat kerana tidak dapat selamatkan keluarga yang tersayang. Luahnya,

“Saya diberitahu dua anak ditemukan dalam keadaan berpelukan, manakala isteri bersebelahan mereka.

“Saya sedih kerana tiada lagi insan yang nak marah pada saya selepas ini. Hidup saya sudah kesepian, saya kehilangan mereka buat selama-lamanya,” kata Khairul Nizam Wahid, 50.

Dua Anak Ditemukan Berpelukan & Isteri Disebelah, Suami Sedih Gagal Selamatkan Orang Tersayang

Khairul Nizam adalah suami dan bapa kepada tiga beranak yang ditemukan mati dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.

Ads

Menerusi portal Berita Harian, kebakaran kira-kira 10.30 malam itu, mengorbankan isteri Khairul Nizam, Noraini Ibrahim, 49; serta dua anak lelakinya Khairul Nurhaziqq, 18, dan Khairul Nurhadif, 11.

Menceritakan kejadian itu, Khairul Nizam berkata, sebelum itu, dia keluar minum bersama salah seorang jiran ke sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

“Sebaik tiba di rumah, saya mahu membuang air. Saya masuk ke dalam rumah dan ternampak sofa di ruang tamu sedang terbakar. Saya cuba tarik keluar namun gagal kerana tersangkut dengan api pula semakin marak.

“Saya cuba masuk semula ke dalam rumah. Ketika itu, isteri dan dua anak berada di tingkat atas. Mereka tidak sedar tingkat bawah rumah sedang terbakar.

Ads

“Isteri kemudian sempat telefon saya bertanyakan apa berlaku kerana dia terdengar kekecohan di tingkat bawah rumah. Saya beritahu ‘rumah terbakar’ dan selepas itu, tiada lagi kedengaran suara mereka bertiga.

“Saya sudah berusaha sedaya upaya selamatkan mereka. Tapi, semuanya sudah terlambat,” katanya.

Cuba Masuk Rumah Semula Tapi Gagal

Dua Anak Ditemukan Berpelukan & Isteri Disebelah, Suami Sedih Gagal Selamatkan Orang Tersayang

Menurutnya lagi, disebabkan api semakin marak, dia keluar melalui pintu dapur, namun cubaan memasuki semula rumah gagal, disebabkan asap semakin tebal.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya keluar rumah dan menjerit ke arah jiran memberitahu rumah terbakar. Mereka keluar beramai-ramai memberi bantuan termasuk menghubungi bomba,” katanya.

Khairul Nizam dan arwah isterinya sebelum ini mengusahakan katering dan mereka sepatutnya menyiapkan beberapa tempahan termasuk untuk sebuah sekolah sempena menyambut Maulidur Rasul pada esok dan Sabtu ini.

“Saya tak sanggup hadapi dugaan ini, saya cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya.

Dua Anak Ditemukan Berpelukan & Isteri Disebelah, Suami Sedih Gagal Selamatkan Orang Tersayang

“Kalau boleh, saya nak ganti nyawa saya. Saya nak panjat tingkat atas tapi tangga tak ada. Saya tak nak kehilangan mereka kerana kami memang rapat, tidak pernah berpisah.

“Semasa kejadian, tingkap atas terbuka, mereka sepatutnya boleh terjun. Tapi, itulah kalau sudah ajal apa jua sekalipun ia tetap berlaku,” katanya.

Salam takziah kepada seluruh keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, mengampuni segala dosa serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Adik Haira

“Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa?” – Pak Cik Saudara...

Adik Haira diserang anjing hingga parah dan kini dirawat di ICU. Keluarga tampil menafikan dakwaan serta meminta spekulasi dihentikan.