Ads

Syed Saddiq & Bella Astilaah Pergi Kursus Kahwin, Belum Bersatu Pun Dah Peka Soal Nafkah

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Bakal menjadi suami yang bertanggungjawab, belum pun melangkah ke alam perkahwinan pun, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sudah serius mahu memahami bab nafkah ketika menghadiri kursus praperkahwinan bersama tunangnya, Bella Astillah.

Syed Saddiq & Bella Astilaah Pergi Kursus Kahwin

Syed Saddiq & Bella Astilaah Pergi Kursus Kahwin, Belum Bersatu Pun Dah Peka Soal Nafkah

Menerusi video yang kembali tular di media sosial, Syed Saddiq atau nama lengkapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, rancak mengajukan soalan kepada penceramah berhubung kaedah pemberian nafkah kepada isteri.

“Mana lebih baik, bagi bulanan atau lelaki bayar saja bila keluar?” katanya menerusi potongan video dikongsikan dalam Astro Gempak.

Penceramah itu kemudian menjelaskan nafkah zahir yang perlu diberikan adalah mengikut kemampuan seseorang ketua keluarga.

“Dalam bab nafkah zahir ini tolong ikut kemampuan suami. Isteri nak bantu boleh tetapi bantulah dengan betul,” katanya.

Ads

Belum Bersatu Pun Dah Peka Soal Nafkah

Syed Saddiq & Bella Astilaah Pergi Kursus Kahwin, Belum Bersatu Pun Dah Peka Soal Nafkah

Syed Saddiq turut mendapatkan penjelasan mengenai pemberian nafkah berdasarkan kemampuan terutama bagi lelaki yang berpendapatan lebih rendah.

“Bagaimana nak definisikan (nafkah) kalau ikut kemampuan masing-masing?

Ads

“Bagi seseorang yang mungkin tiada gaji lebih tinggi, mungkin telah pun laksanakan pembahagian empat perkara,” soalnya.

Dalam sesi tersebut, penceramah turut mengingatkan wanita supaya tidak memandang rendah suami hanya kerana jurang pendapatan.

“Orang perempuan tak boleh nak cakap dia beli tetapi tak minta duit. Jangan cakap begitu.

Ads

“Walaupun suami kita bergaji rendah daripada kita, dia tetap suami,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Syed Saddiq & Bella Astilaah Pergi Kursus Kahwin, Belum Bersatu Pun Dah Peka Soal Nafkah

Dalam potongan video yang difahamkan dirakamkan pada Mei lalu, turut menemani pasangan digelar BASS itu adalah adik kepada penyanyi dan pelakon, Didi Astillah serta suaminya, Diniey Ng.

Video berkenaan kembali mencuri perhatian selepas tarikh hari bahagia pasangan sensasi tersebut semakin hampir iaitu pada 10 Oktober ini.

Terdahulu, spekulasi mengenai tarikh pernikahan mereka semakin kuat selepas Syed Saddiq dan Bella dilihat berkunjung ke pejabat mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, bulan lalu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

rumah minimalis

10 Tip Rumah Minimalis, Cara Kurangkan Barang & Mudah Kemas

Nak rumah minimalis dan lebih mudah dikemas? Cuba 10 tip sisih barang, hadkan storan dan susun ruang supaya rumah lebih teratur.