ifa raziah

Meletop… inilah imej terbaru penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah yang kini lebih langsing sampai menimbulkan tanda tanya di kalangan Netizen. Haaaa… apa sebenarnya yang diamalkan Ifa Raziah sehingga berat badannya susut?

Ada yang berfikiran negatif menuduhnya membuat liposuction atau sedut lemak untuk tampil dengan tubuh yang lebih kurus.

Ifa menafikan bahawa dia telah menyedut lemak:

“Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai… saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada… Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?

“Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?”

IKLAN

Buka Rahsia Makan Telur

Ifa juga tidak merahsiakan sebab sebenar dia berjaya menguruskan badan, iaitu mengamalkan makan 10 biji telur sehari. Tetapi, diet seperti itu menyebabkan dia merasa muak, jadi dia berhenti dan mula mengelak sebarang jenis makanan pepejal dan hanya minum air:

“Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.

“Saya dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.

IKLAN

“Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.

“Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua.”

Dari apa yang diberitahu oleh Ifa, makan 10 biji telur sehari bermakna ia diet rendah karbohidrat (bukan diet Atkins). Tak hairan Ifa boleh menurunkan berat sehingga 12 kg dalam masa dua bulan.

IKLAN

Jangan cepat sangat nak tiru ya, sebab tak semua orang boleh buat cara ni. Kalau yang benar-benar kental saja mampu mengamalkannya. Sila dapatkan nasihat doktor sebelum melaksanakan apa-apa jenis diet!

Pesanan Dari Ifa Raziah

SALAM SAYANG, kalau ifa ni boleh cantik dan nampak awet muda bak kata org lain lah. Ifa tak cakap pun ifa ni cantik tapi uolls yang dok puji ifa hari-hari kan? Dok bergosip sesama sendiri mengata ifa ni pakai produk apa? Operate ker muka dia. Cucuk ker muka dia tu.. sampai putih dan tegang dan nampak lebih muda sekarang ni.

Kemon everbody! Lets work it out. Jom kita cantik sama-sama. Takder sape cakap nak cantik tu mudah, murah dan senang. Tapi once awk dah jaga penampilan diri. Suami pun semakin sayang pada awak.

Jadi… terpulanglah pada kaum wanita yang teringin sangat nak kurus, mungkin anda boleh cuba petua Ifa Raziah ini. Moga mampu bertahan dan hasilnya luar biasa! Selamat mencuba.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI