Rupanya berselimut putih tepi jalan tu mayat adik, niat ziarah mak di hospital akibat kanser bertukar tragedi. Sangat menyentuh perasaan apabila sekujur tubuh yang sudah ditutupi selimut putih rupanya adik sendiri.
Bagi seorang abang, ianya satu ujian yang sangat berat untuk diterima apabila adik meninggal di tepi jalan akibat kemalangan jalan raya. Masa yang sama, ibunya di hospital menerima rawatan akibat kanser dan ayahnya pula mengidap kencing manis juga di hospital sama.
Rupanya Berselimut Putih Tepi Jalan Tu Mayat Adik
Memetik laporan Berita Harian, seorang abang tidak menyangka mayat berselimut kain putih di tengah jalan adalah adiknya yang terbabit kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, berhampiran Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam tadi.
Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, Muhammad Hairie Fitri Mohd Husaini, 20, dalam perjalanan ke HSNZ yang berhampiran dengan lokasi kejadian.
Katanya, dia ke hospital untuk melihat ibu bapanya yang masing-masing dirawat di wad kerana kanser usus dan potong kaki akibat kencing manis (bapa).
“Disebabkan jalan ke hospital ditutup sebab ada kemalangan, saya berpatah balik dan melalui jalan Pantai Batu Buruk serta singgah di rumah rakan sebelum dimaklumkan adik kemalangan di jalan berkenaan.
Ads
“Sebelum itu, ketika sedang bekerja di pusat penjagaan kuda di Lembah Bidong, Setiu, saya menerima panggilan daripada rakan meminta segera pulang tanpa diberitahu kenapa.
Niat Ziarah Mak Di Hospital Akibat Kanser Bertukar Tragedi
“Saya menyangka ia ada kaitan dengan ayah atau ibu, tetapi tidak sangka pula rupanya adik yang meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.
Mangsa, Muhammad Araf Farhin, 16, pelajar GIATMARA Telemong, Hulu Terengganu maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang melanggar belakang kenderaan utiliti sukan (SUV).
Anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Panji Alam, di sini, selepas keluar minum bersama beberapa rakan.
Ads
Rakannya, Muhammad Rusdi Rashid, 16, berkata, dia bersama arwah keluar rumah jam 10 malam untuk minum bersama beberapa lagi rakan dan ketika perjalanan pulang, arwah didakwa mengekori rapat kenderaan berkenaan.
“Arwah gagal mengelak dan melanggar belakang kanan SUV itu sebelum tercampak manakala saya yang menunggang motosikal di belakang arwah juga terjatuh selepas terlanggar motosikalnya,” katanya yang cedera ringan.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.
Gaji RM80K sehari. Masyuk sangat ni. Dalam sehari dah dapat banyak tu, bayangkan kalau sebulan, mahunya berjuta ringgit. Kaya sangat ni.
Namun, nak dapat gaji RM80K itu tidaklah semudah yang disangka. Jiwa kena kental dan hati kering. Sanggup terima risikonya. Inilah yang perlu kena hadapi dan berbaloi dengan apa yang dapat itu.
Inilah yang dikatakan kerja paling bahaya di dunia. Hany dengan menjadi tukang tukar mentol, mampu perolehi gaji RM80K sehari. Bukan calang-calang kerja ye!
Tukang tukar mentol, waktu kerja Cuma sehari sahaja dan tugas yang dilakukan ini hanya 6 bulan sekali. Gaji memang masyuk. Tapi, biasanya kerja yang gaji tak realistik ini lebih terdedah kepada bahaya.
Bukan setakat terdedah pada bahaya, tapi silap langkah bileh membawa maut. Berapa ramai yang berani untuk melakukan kerja ini. Tugasnya cukup simple, hanya tukang tukar mentol, di bayar gaji USD20,000 atau RM80K sehari!
Tugasnya, kena panjat menara tv dengan ketinggian 1500 kaki sambil memikul perkakas elektrik yang berat.
.
Kerja ini tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi mereka yang ada rasa gayat dengan ketinggian.
Betapa gayatnya bila tengok gambar pekerja ini. Memang berbaloi dengan kerja yangdilakukan. Malah bukan sebarangan orang yang dapat lakukan. Hanya bekerkelulusan tertentu seperti kejuruteraan elektrik dan perlu menjalani latihan tersendiri sebelum mejalankan tugas.
.
Berdasarkan Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat, menara elektrik dan komunikasi di negara membangun menerima gaji purata tahunan berjumlah lebih RM271,249 atau (USD 67,000). Walaupun bayaran yang diberikan amat berbaloi, namun kerana risikonya membuatkan ramai takut untuk memohon. Sehingga kini, mengikut statistik di Amerika Syarikat, hanya 9,000 orang sahaja yang bekerja dalam bidang ini dan mereka menyasarkan lebih ramai untuk bekerja.
Mingguan Wanita: Ada berani tak? Cubalah. Tapi nak kerja ini pun bukan calang-calang, perlu kepakaran juga.
Kadang-kadang kerana terlalu fokus kepada kekurangan dan kelemahan orang hingga salah sendiri tak nampak. Ingatlah hidup di dunia bukanlah hidup untuk diri sendiri sahaja. Dari lahir hinggalah dicabut nyawa, kita sentiasa mengharapkan ehsan orang lain.
Jangan sesekali mendongak ke langit dan ingat bahawa kita adalah orang yang baik dan banyak berbuat kebaikan kerana tidak semua amal ibadat dikongsi.
Ikuti perkongsian Hana Shahadan ini dan ingat baik-baik.
Jangan Nampak Salah Orang Saja
Jangan ingat bila kita buat kebaikan, kita sorang sajalah yang baik. Orang lain tu jahat di mata kita.
Jangan ingat kita ini sudah sedekah banyak, sedangkan ada ramai orang sedekah lagi banyak tapi diamkan saja.
Jangan ingat kita ini sentiasa betul saja dan asyik nampak orang lain dalam dunia ini sentiasa salah.
Jangan ingat bila kita selalu berdoa solat mengaji, kita seorang jelah bagus, sedangkan ramai lagi orang dekat luar sana buat lebih banyak amalan tapi tak bercerita.
Jangan ingat kalau kita baru nak berubah tapi kita keji orang lain dengan mudah.
Jangan ingat asyik nak salahkan orang, salah sendiri tak pernah nampak.
Tapi ingat, Allah nak beri hidayah Allah beri. Asbab jaga hubungan dengan orang lain, sebenarnya jadikan hidup kita ini berkah.
Tapi ingat, dunia ni bukan sebab “diri sendiri seorang diri”.
Hiduplah untuk terima kekurangan orang lain, belajar bersyukur, bukan terus menghukum.
Muhasabah diri, kita ni dari lahir sampai bakal jadi jenazah pun orang lain buatkan. Kalau ingat semua ini sebab diri sendiri je, bila meninggal gali lubang dan tanam la sendiri.
#share bila sentap kita sentiasa ingat diri kita ni tak sentiasa betul.
6 tahun jaga suami terlantar parah akibat kemalangan, isteri diuji pasangan berkahwin lain. Pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu berakhir dengan kesedihan apabila selepas sihat, suami bertindak berkahwin lain.
Luahan seorang isteri, Nurul Syazwani di media sosialnya meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah bekas suaminya, Muhammad Syahmi bin Yusof bertindak berkahwin lain selepas sembuh dari kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Terengganu enam tahun lalu.
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan
Menulis caption, “Tahniah suami. Moga bahagia dengan pilihan hati awak. Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya” katanya yang memaparkan gambar persandingan suaminya dan perempuan lain.
Dan selepas kisahnya terkongsi, Nurul Syawani menulis ” terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun + 2 tahun PJJ sebelum accident. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baru.
Kini Isteri Ditinggal Demi Perempuan Lain
Dari perkongsian ini ramai menzahirkan rasa geram dan ada yang bersedih tentang pergorbanan isteri yang disia-siakan. Isteri yang sanggup menjaga hingga suami pulih, isteri yang sanggup meminta ditukarkan untuk menjaga suami yang sakit namun akhirnya selepas sembuh,suami memilih perempuan lain untuk bahagia.
Mingguan Wanita cuba untuk menemuramah Nurul Syazwani namun dirinya menolak dengan baik. Mereka baru saja berpisah minggu lalu dan minggu ini, suaminya bertindak berkahwin lain.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dirinya memohon agar tiada kecaman dibuat kerana bekas suaminya seorang yang baik sebelum ini.
Tulisnya, Assalamuaikum. Saya minta maaf terpaksa tolak untuk di interview kerana saya perlukan masa bertenang. Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik & saya juga telah buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.
“Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya & anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu. Ujian ini bukan hanya untuk saya tapi juga dia juga.
Mohon jangan kecam yer kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami. Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.Doakan yang terbaik untuk kami, Salam sayang buat semua♥️♥️♥️
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang...