Gagal ketika percubaan, SPM lulus cemerlang. ‘Pelajar terharu dapat anugerah cemerlang daripada Tun M.’

Sebelum itu, Izz Khalisa Amri, 18, mendapat keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G ketika percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan cukup teruja apabila akhirnya dia memperoleh keputusan cemerlang 5A 4B seperti yang tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Gagal Tak Bermakna Masa Depan Gelap “Tak Ada Anak Dapat Straight A SPM Tapi ‘Dean List’ Pengajian Di Universiti”  

Gagal Ketika Percubaan

Kejayaan diraih itu membolehkan Izz Khalisa yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor atau lebih dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) menerima Anugerah Cemerlang daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, baru-baru ini.

Menurut Izz Khalisa, dia pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.

SPM Lulus Cemerlang

“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan menelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan.

‘Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya kerana hilang fokus. Perkara ini mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.

“Namun, ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan iaitu 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G.

Baca Juga D Sini: 

IKLAN

Berhenti Bandingkan Keputusan. “Masih Ramai Yang Cemerlang SPM, Tapi Akhlaknya Gagal

SPM Tak Ada A; Doktor Ini Pernah Gagal, Dapat Result Teruk Jangan Kecewa, Itu Bukan Pengakhiran

‘Jangan Tersalah Pilih.’ Lepas SPM, Tugas Parents Kaji Kursus Sesuai, Ikut Minat Anak

Pelajar Terharu

Sehinggalah saya menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM dan mengenal erti sabar dalam setiap usaha. Seman[1]gat yang berkobar-kobar, sanggup bersengkang mata untuk belajar bersama guru-guru tidak mematahkan semangat saya untuk ke peringkat akhir,” katanya.

Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).

IKLAN

‘Saya rasa gembira sebab daripada dulu saya gagal dan sekarang boleh bangkit dengan keputusan lebih baik dan itu bukan senang. Perkara paling seronok apabila dapat pergi majlis itu adalah saya dapat ambil ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.

Gagal Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang. ‘Pelajar Terharu Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M.’
Izz Khalisa ketika menerima anugerah kecemerlangan daripada Tun Mahathir.

 

“Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi didikan dan kata-kata motivasi.

“Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM, Allah SWT tak kejam, sampai masa kita akan berjaya, percaya pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” katanya.

Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M

Dalam masa sama, Izz Khalis berkongsi doa dan dorongan daripada ibu bapa antara kunci kejayaan dirinya selain tidak mudah putus dan konsisten dalam kelas.

IKLAN

“Apabila ada kelas jangan tak masuk sebab bila ketinggalan satu kelas kita akan susah nak dapat dalam kelas seterusnya. Jadi, saya rasa konsisten dengan usaha, kemudian kita kena sabar juga. Memang susah nak konsisten tapi apa yang saya buat adalah bila balik sekolah saya akan masuk juga kelas dalam talian dengan menggunakan telefon semasa dalam kereta.

Gagal Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang. ‘Pelajar Terharu Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M.’
“Jangan bandingkan keputusan kita dengan kawan lain sebab itu dia. Kita tengok keputusan kita sama ada ia meningkat atau tak. Kalau meningkat walaupun sikit maksudnya ada kita tetap peningkatan dan percaya ia boleh jadi lebih baik. Apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.

Mingguan Wanita : Gagal sekali, tidak bermakna gagal selamanya dan Izz Khalisa mampu buktikan dia mampu berjaya seperti orang lain.

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI