3 subjek dapat G termasuk Sejarah, bapa tak malu malah bangga kongsi kejayaan dicapai anak dalam SPM. Jika ibu bapa lain banyak berkongsi anak dapat straight A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, lain pula cerita seorang bapa iaitu Mohammed Khairi.
Aktif dalam dunia penerbitan animasi dan pernah menang beberapa anugerah di festival luar negara seperti Best Animation & Effects dari Archaeology Channel International Filem Festival 2022 selain Honorable Mention dari Cannes Short 202, dirinya berkongsi result SPM anaknya, Ammar Danish yang mana tiada satu pun A sebaliknya pencapaian tertinggi cuma C+ selain ada tiga subjek gagal iaitu Sejarah, Matematik dan Perniagaan.
3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah
Apa yang membuat ramai terharu, dirinya menitip kata semangat kerana kegagalan dalam SPM bukan titik penamat kejayaan. Bahkan mengakui result SPM nya juga dahulu “sama hebat” iaitu English, Matematik, Sejarah dan Sains semua gagal tapi akhirnya bangkit semula dan mencapai kejayaan dalam hidup termasuk mempunyai master.
Ya, bukan semua anak dilahirkan pandai dan jangan ibu bapa berasa sedih jika result anak tidak memberangsangkan hari ini. Kerana kejayaan hidup bukan ditentukan dengan keputusan SPM.
Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM
Menulis di fbnya, atas nama Aie Creatvtoon, dirinya berkongsi keputusan SPM anaknya dan menulis kata-kata semangat.
TAHNIAH AMMAR ANAKKU!
Buat apa nak malu?
IKLAN
Jika ini yang terbaik Allah hadirkan untuk awak, papa bangga dengan kamu. Orang lain bangga dengan anak-anak mereka yang dpt A, A dan A yang banyak, so kita collect apa yang mereka tinggalkan untuk kita Nak. Its OK. Life must have a balance and rhythm…
Apa de hal nak, papa dulu SPM pun sama ‘hebat’ mcm Ammar. English, Math, Sejarah, Sains.. Semua Failed tapi papa bangga dengan apa yang papa kecapi sekarang. Eh..Master holder plak tu. Mana datang pun tak tau.
Siap dapat jalan-jalan pi Benut, Kokdiang dan Ulu Cengkoi. Oklah kan. Ini satu kejayaan dalam hidup jugak!
Jangan Pandang Belakang Sijil, Teruskan Usahamu.. Tahniah Anakku!
Virus COVID-19 menjangkiti manusia tidak mengira siapa. Siapa sangka lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19 tekad meneruskan kelangsungan hidup biarpun terpaksa melalui kesusahan.
Anak Sulung Jadi ‘Ibu Ayah’
Anak sulung, Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kini memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu dan bapa’ meletakkan harapan tinggi buat adiknya untuk menerima ketentuan itu dan bangkit daripada segala kedukaan yang dihadapi.
Penuntut jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Politeknik Mersing, Johor itu tetap mahukan semua adiknya meneruskan pembelajaran demi memastikan masa depan yang lebih baik buat mereka.
“Saya mahu adik ke sekolah dan berjaya dalam pelajaran. Walaupun dugaan kami besar, saya tidak mahu masa depan mereka tidak menentu dan tercicir dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Terdahulu, beliau dan tujuh adiknya dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang meluangkan masa bertanyakan khabar serta menyampaikan sumbangan dan bantuan, termasuk pendidikan dan sara hidup.
Reda Pemergian Insan Tersayang
Nazurah berkata, semua adiknya reda dengan pemergian insan tersayang biarpun rasa sedih itu masih menebal dalam diri.
“Ayah dan ibu pesan untuk jaga adik baik-baik dan walau apa pun yang terjadi, kami jangan berpisah.
“Saya akan jaga adik sebaiknya, akan ingat pesanan ayah dan ibu,” katanya yang kini tinggal bersama ibu saudaranya di rumah berkenaan.
Menceritakan pemergian bapanya, Benyajeed Bernie, 45, pada 16 Julai lalu diikuti ibu, Noraini Ibrahim, 43, dua hari selepas itu, Nazurah mengakui bapanya mempunyai sejarah penyakit iaitu pernah menghidap angin ahmar 10 tahun lalu, manakala ibunya mempunyai penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
“Ibu dan bapa saya belum disuntik vaksin COVID-19 ketika mereka disahkan positif virus. Ibu positif dulu dan bapa kemudian menjadi kontak rapat,” katanya memberitahu beliau dan semua adiknya turut disahkan positif dan kini sudah tamat menjalani kuarantin diri.
Dijaga Makcik
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Nazurah berkata dia akan menetap di situ untuk menamatkan pengajiannya di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang dan belum merancang untuk tinggal bersama neneknya di Pahang.
“Memang ada yang cakap kami akan tinggal bersama nenek selepas ini, tetapi buat masa ini belum lagi sebab mak cik mahu jaga kami di sini,” katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan, terutama Ismail Sabri, Dr Adham dan Noraini yang sudi membantu mereka dan berjanji bantuan yang disalurkan pelbagai pihak akan digunakan sebaiknya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Selain bantuan wang tunai, bakul makanan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Nazurah juga ditawarkan pertukaran tempat pengajian di Mersing, Johor ke Behrang bagi membolehkan dia tinggal bersama adiknya yang lain.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga ini. Semoga anak-anak ini diberi kekuatan untuk terus cekal meneruskan kehidupan walaupun tanpa insan tersayang. Diharap pihak berwajib juga, dapat terus memberikan bantuan demi kelangsungan kehidupan anak-anak yatim piatu ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
‘10 tahun lalu terpaksa tolak.’ Kini teruja bakal tunai haji bersama suami dan madu pada tahun ini. Sudah tentu kegembiraannya berganda apabila dapat ke Tanah Suci bersama insan tersayang.
Tidak tergambar kegembiraan pada wajah seorang suri rumah dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.
10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak
Norlizahayati Mohd Yatem, 57, bukan sahaja akan merakamkan kenangan perjalanan sebagai tetamu ALLAH SWT bersama suaminya, Abdul Rahim Mohamed, 61, malah madunya berusia 41 tahun akan turut serta berangkat dalam penerbangan yang dijadualkan pada 27 Jun depan.
Menurut Norlizahayati, pada tahun 2012, dia pernah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, namun terpaksa melupakan hasrat ketika itu kerana kewangan belum mencukupi selain anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Norlizahayati, selepas itu dia berazam membuat simpanan setiap bulan dan akhirnya pada awal Januari lalu dia menyertai kursus haji secara maya, seterusnya mereka bertiga mendapat tawaran untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada bulan lalu.
“Tak sangka setelah terpaksa menolak tawaran kira-kira 10 tahun lalu akhirnya ALLAH SWT izinkan saya pergi bersama suami dan madu yang menetap di Kuala Lumpur.
“Sebelum ini suami dah maklumkan mahu membawa kedua-dua isteri menunaikan haji, lagipun hubungan kami baik dan Alhamdulillah, ALLAH mendengar doanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bersama Suami, Madu
Norlizahayati yang menempuh hidup bermadu sebagai isteri pertama sejak 2005 berkata, ini merupakan haji pertama mereka dan sehingga sekarang persiapan masih dilakukan secara berperingkat memandangkan suaminya yang merupakan pesara tentera, kini menerima rawatan di hospital akibat Covid-19.
Menurutnya, walaupun diuji dengan keadaan kesihatan suami, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat malah melihat suami yang semakin sembuh memberi keyakinan untuk mereka bertiga menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
“Lagipun Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan kami hujung bulan Jun, jadi masih ada masa untuk membuat persiapan,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Semoga urusan Norlizahayati bersama suami dan madunya dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila suami, enam anak dan pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Rebecca Sedih Bila Covid-19 Serang Keluarga
Berita sedih tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri status di akaun Instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan, saya mewakili suami Datuk Norazam Sulaiman serta seluruh keluarga ingin memberitahu keluarga kami diserang penyakit Covid-19.
“Datuk Norazam Sulaiman, enam anak saya Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana positif Covid-19. Selain itu tiga daripada enam orang pembantu saya turut dijangkiti wabak tersebut.
Bersyukur, Rebecca & Dua Anak Negatif Covid-19
“Hasil ujian calitan yang dilakukan saya dan dua orang lagi anak negatif Covid-19.
“Saya tersangatlah sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi, apapun, saya bersyukur diri saya negatif termasuk dua orang anaknya yang lain.
“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan kami sekeluarga lebih-lebih lagi suami saya yang keadaannya sedikit teruk daripada yang lain. Saya tahu suami saya kuat,” kongsinya.
Minta Maaf & Minta Kontak Rapat Jalani Ujian Calitan
Rebecca juga turut meminta maaf dan menyarankan kepada mana-mana pihak yang ada kontak rapat dengan mereka dalam tenpoh tujuh hari sebelum ini agar segera menjalani ujian calitan untuk tujuan keselamatan bersama.
“Kalau anda kontak rapat dalam tempoh tujuh hari ke kebelakangan ini, tolong buat ujian calitan,” tulisnya.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.